DCJ2

6 0 0
                                    

"Kau gila ke? Kalau Amy Maisara tahu tentang hal kau dan Luqman, mampus kena serang."

Aku memandang Nadeera dengan perasaan bimbang.

"Aku tak ada pilihan. Kau sendiri pernah tengok bagaimana dia mempergunakan Faiz Ilham."

"Itu lelaki. Takkan dengan pelajar perempuan pun dia sanggup mengugut juga?"

"Kau tak tengok mukanya. Aku sendiri gerun sebenarnya. Melihat air mukanya, aku berani jamin dia tidak berbohong. Dia mampu buat apa yang dikatakannya. Lagipun, sudah 4 hari kejadian itu berlaku. Aku rasa dia pasti akan terlupa tentang hal itu."

"Kau benar-benar yakin ke, Min? Aku rasa kau salah."

Aku memandang Nadeera kehairanan. Pandangannya tidak berkalih sebaliknya tajam memandang ke hadapan. Mulutnya muncung mengunjukkan sesuatu di hadapan. Aku menoleh. Luqman! Lelaki itu sedang makan bersama rakan-rakannya. Sepincing pun dia tidak memandang ke arah kami.

"Dia tak tengok kita. Kau buat-buat tak nampak aje. Jangan ambil peduli sangat, " ujarku separuh berbisik.

Risau sekiranya tingkahlaku Nadeera akan menyebabkan Luqman perasan tentang kewujudan kami di situ. Perlahan-lahan aku menarik tangan Nadeera beredar dari situ dengan segera. Namun baru beberapa langkah kami menapak, telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi. Aku menggapai telefon di dalam beg sekolah. Nombor pemanggil tersebut tidak dapat dikenal pasti. Aku memandang wajah Nadeera.

"Jawab aje lah. Mungkin babah kau. Dia kan selalu call."

Tak mungkin. Babah selalu mengguna telefon bimbitnya. Dia tidak pernah mengguna telefon awam atau telefon pejabat. Dalam aku berkira-kira untuk menjawab, deringan telefon bimbitku terus terhenti. Seketika kemudian, satu pesanan ringkas masuk.
Anonymous: Kenapa tak angkat? Jangan cuba nak lari. Tunggu Luq tepi tangga Perpustakaan. Seorang. Nanti Luq datang.

Luqman! Bagaimana dia tahu nombor telefon bimbitku? Aku memandang Nadeera sambil mengunjukkan telefon bimbitku. Nadeera membaca pesanan tersebut sekali lagi dengan perlahan.

"Mampus aku Nad."

"Min, tenang ya. Pucatnya muka kau. Macam nampak hantu."

"Macam mana aku nak bertenang Nad. Dia mesti buli aku sungguh-sungguh. Menyesal aku balik lewat hari tu. Menyesal sungguh. Kalaulah aku tak merajuk hari tu, tentu perkara ni takkan berlaku. Aku pasti tak akan terikat dengan janji gila si samseng tu."

Aku dah mula rasa seperti hendak menangis.

"Min, sabar. Sabar banyak-banyak. Nak menyesal sekarang pun dah tak guna. Apa kata kau ikut jer arahan dia. Kau nak aku temankan?"

Aku menggelengkan kepala.

"Tak apa. Kau balik lah dahulu. Dia suruh aku tunggu seorang diri. Kalau apa-apa hal nanti, aku hubungi kau."

"Baiklah. Tapi jangan lupa hubungi aku, walau apa-apa pun yang terjadi."

Aku mengangguk. Dengan lemah aku melangkah perlahan menuju ke arah tangga yang berhampiran dengan perpustakaan. Aku melabuhkan punggungku di atas tangga. Kebiasaannya tangga tersebut diguna oleh kakitangan pejabat sekolah. Di waktu sudah menginjak ke pukul 6.00 petang, suasana di situ semakin lenggang dan sunyi kerana kakitangan pejabat sekolah sudah lama pulang.

"Kau ni memang suka duduk atas tangga. Nak jadi minah tangga ke?"

Tersentak aku apabila mendengar suara dari belakang. Aku menoleh. Luqman berdiri betul-betul di belakangku. Hujung kasutnya hampir mengenai belakang baju kurung sekolahku. Aku pantas berdiri. Mengibas-ngibas belakang bajuku.

DUNIA CINTA JASMINWhere stories live. Discover now