DCJ38

6 0 0
                                    

"Kau tak beritahu dia, kau balik sini?"

Aku mengerling ke arah Munir. Lelaki itu masih tajam memandang ke arahku. Aku sekadar mengangkat bahu tanda tidak kisah dengan tindakanku.

"Jasmin! Kau tinggal dia macam tu jer?"

Munir masih belum puas hati dengan tingkahku.

"Pembetulan yer, aku bukan tinggal dia. Itupun kampung dia juga. Lagipun dia ada kereta. Biarlah dia balik sendiri."

"Tapi dia tak sihat. Kaki terseliuh pula tu. Macam mana nak drive?"

"Alaahh, Munir. Biarlah dia fikir bagaimana dia nak balik sendiri. Dia dah besar panjang. Yang kau risau sangat ni kenapa?" soalku sambil meraup wajahku. Letih melayan lelaki yang terlebih kepoh ni.

"Kau tak beritahu dia?"

"Beritahu apa?"

"Tentang perasaan kau?"

Aku mengetap bibir.

"Aku dah tak ada apa-apa perasaan lagi terhadap dia."

"Ceh! Macam aku nak percaya sangat cakap kau tu."

"Suka hati kaulah. Lagi pun dia tak ingat apa-apa tentang yang aku cakap dulu. Huh! Cinta monyet Zaman jahiliah."

"Apa kau kata? Zaman jahiliah? Hahaha..lawak pula aku dengar istilah tu. Eh, sebelum aku terlupa! Aku ingat petang ni aku nak ke Kuala Lumpur. Ada temujanji dengan Puan Murni dari DBP."

Aku mengalih pandang ke arah Munir. Lelaki yang berkemeja jalur berona biru itu kelihatan tekun kembali meneleku buku-buku di atas rak.

"Kau nak aku ikut ke?"

Giliran Munir pula memandang ke wajahku. Dahinya mengerut seperti memikirkan sesuatu.

"Emm, tak payah. Aku jumpa sekejap jer. Selepas tu aku nak ke bank. Jadi kau boleh tutup kedai awal sikit hari ni."

"Aku tak kisah kalau nak tutup lewat pun. Lagipun aku bukannya ada buat apa pun kat rumah."

"Aku kisah. Jangan nak memandai buka sampai lewat petang. Nanti kau susah nak balik. Lainlah kalau kau ada teman lelaki datang ambil," tegas Munir separuh menyindir.

Aku mencebik. Tak habis-habis. Macamlah aku kemaruk sangat nak berlaki, gerutu hatiku. Aku terus menapak ke dalam bilik kerja. Sewaktu aku sedang sibuk mengemas kertas-kertas yang berselerakan di atas meja, tiba-tiba ada sesuatu yang bersinar dan panjang jatuh dari penjuru meja. Aku pantas menunduk ke bawah. Apa yang berkilau tadi? Aku cuba menggapai benda yang terjatuh tadi dari bawah meja. Perlahan-lahan aku menariknya. Alhamdulillah, dapat! Eh, ini rantai tangan yang diberi Luqman. Bagaimana ia boleh ada di sini? Aku cuba mengingati sesuatu. Mungkin tertanggal ketika aku sedang sibuk membuat kerja. Setelah sekian lama ia tercicir dari pergelangan tanganku, akhirnya aku jumpa juga. Adakah ia satu petanda tentang perhubungan kami? 

Aku mengeluh. Terasa hati semakin terluka apabila memikirkannya lagi. Aku menyimpan rantai tangan tersebut di dalam sampul dan kemudian memasukkannya ke dalam beg tanganku. Mungkin aku perlu kembalikannya semula kepada Luqman. Aku sepatutnya tidak menerima pemberian tersebut kerana ia mengundang pelbagai maksud yang tersirat. Aku sendiri sehingga kini tidak pasti apa tujuan pemberian rantai tangan itu. Adakah atas dasar hubungan sebagai seorang sahabat atau kekasih? Atau adakah sebagai satu ujian untuk menguji sama ada aku ini seorang yang materialistik atau sebaliknya? Aduh! Sakit kepala pula dibuatnya.


"Dia tu ada amnesia agaknya."

"Hah! Kau ni ada akal ke tak cakap macam tu kat Luqman?"

"Habis tu, macam tak ada langsung memori bila dia tanya pasal perasaan aku. Tentulah aku rasa pelik. Aku ni dah rasa satu macam. Malu pun ada juga. Bodoh betul aku masa dulu. Kenapalah lurus sangat? Berterus-terang tentang perasaan aku masa tu. Ishh... malunya aku," aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

DUNIA CINTA JASMINWhere stories live. Discover now