DCJ20

3 0 0
                                    

"Hai, apa hal nak jumpa Min kat sini?"

Lelaki itu tersenyum memandangku. Dia menghulurkan sepucuk surat

"Saya dapat tawaran ke Jepun. Mungkin 3 bulan lagi akan bertolak ke sana."

Hatiku tiba-tiba menjadi beku. Dada mula terasa sendu. Aku tersenyum kelat. Aku yang berusaha bagai nak rak, kenapa aku tak dapat tawaran tu? Kenapa Cikgu Ramli beri tawaran tu kepada Luqman. Sambil melabuhkan punggung di atas batu sungai, aku menjulurkan kaki agar mencecah ke permukaan air. Manakala, Luqman lebih selesa berdiri sahaja di sebelahku. Aku mengutip beberapa biji batu kecil dan membalingnya ke dasar sungai. Cuba membuang kekecewaanku yang mula membuak-buak.

"Hujung minggu ni dah nak bertolak ke Kuala Lumpur. Min ikut hantar Luq ke stesen ya."

"Kuala Lumpur? Nak buat apa?" soalku sambil memanggungkan kepala, memandang ke arahnya.

"Kursus intensif bahasa Jepun. Persediaan sebelum berangkat ke sana. Takkan tak ingat kot? Kan Min banyak buat kajian sebelum apply dulu."

***

"Sesiapa yang berminat, sila isi borang dengan lengkap. Kepilkan salinan keputusan peperiksaan SPM atau STPM serta sijil-sijil ko-kurikulum kamu dan serahkan kepada saya selewat-lewatnya 26 April ni."

Ramai-ramai yang berebut mengambil borang yang dihulurkan oleh Cikgu Ramli. Aku, Nadeera dan Luqman pun turut serta dalam kumpulan itu. Berminggu-minggu aku membuat bacaan tentang universiti-universiti yang terbaik dan bersesuaian dengan kursus yang aku minta termasuklah universiti luar negara. Aku yakin, aku dapat melanjutkan pelajaranku ke luar negara seperti babah.

***"Min nak babah tolong ke? Babah ada kawan dalam Kementerian Pendidikan." Suara babah kedengaran jelas di hujung corong telefon.

"Tak payah. Min usaha sendiri. Lagipun tak seronok kalau menang tanpa bertanding" jawabku yakin.

Babah tertawa sambil memuji-muji sikap anaknya ini. Aku tidak perlu mengambil kesempatan di atas kelebihan yang dimiliki babah. Berkat keyakinan aku yang terlampau tinggi ini juga menyebabkan aku kecewa teramat sangat apabila namaku tidak tersenarai dalam 2 orang yang terpilih melanjutkan pelajaran ke luar negara.

***

"Bukan Jasmin tak layak. Nama Jasmin berada paling atas dalam senarai yang saya hantar kepada pihak Kementerian. Tetapi mereka mengutamakan pelajar yang berkelulusan STPM yang lebih layak. Mereka lebih matang untuk menghadapi cabaran di negara orang."

Aku terhenyak. Alasan yang benar tidak munasabah. Akhirnya aku terpaksa akur dengan keputusan pihak sekolah. Tak guna kalau aku merayu lagi. Surat sudah pun dikeluarkan oleh pihak kementerian.

***"Min dah lupa ke?" 

Lamunanku putus. Ingatanku pada saat-saat mula mengisi borang, perbualan dengan babah dan yang terakhir rayuanku semasa berjumpa dengan Cikgu Ramli. Aku tahu dua orang pelajar STPM yang tersenarai melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tetapi aku tidak tahu salah seorangnya adalah Mohd Luqman Hakeem.

"Awak tak payahlah nak perli saya. Saya tau lah saya ni tak pandai," ujarku antara dengar dan tidak.

"Perli? Apa maksud Min? Luq tak perli Min. Luq cuma nak ..."

"Nak menyakitkan hati Min? Begitu?" potongku.

Serasa ada air yang mula bertakung di kelopak mataku. Aku yang menolongnya mengisi borang, tetapi kenapa dia yang dapat? Kenapa bukan aku?

Kalaulah dia tahu kekecewaanku. Kalau lah dia faham. Matanya mencerlung memandangku.Aku bingkas. Sambil mengibas-ngibas punggung yang dilekati pasir aku menyarung selipar.

DUNIA CINTA JASMINWhere stories live. Discover now