DCJ28

4 0 0
                                    

Aku menekan alat kawalan jauh televisyen, menukar siaran baru beberapa kali. Tiada rancangan atau tayangan yang menarik minatku. Akhirnya aku terus menekat punat tutup. Babah dan ibu Darlynna tiada. Sudah tiga hari berada di Sibu bagi melihat tapak projek. Babah ada juga mengajak aku mengikut mereka ke sana tapi aku menolak. Kalau aku ikut pun, pasti aku akan terperap di dalam hotel juga. Aku lebih selesa berada di rumah sendiri. Sekurang-kurangnya bila aku berada di rumah sendiri, aku boleh membuat apa yang aku suka. 

Baru sahaja berkira-kira hendak naik ke bilik, tiba-tiba telefon bimbit di tanganku berbunyi. Luqman. Mimpi apa telefon malam-malam ni. Pelik pula rasanya. Aku menekan punat terima.


"Dok buat apa tu?"

Tanpa salam terus sahaja bertanyakan soalan padaku. Lelaki ini bukan reti nak berbahasa lembut denganku.

"Assalamualaikum. Dok tengok tv. Kenapa?"

"Waalaikumussalam..err..saja. Cerita apa?"

"Entah. Tak tengok sangat pun. Tak ada cerita yang best pun. Ingat lepas ni nak terus masuk tidur."

"Tidur? Awalnya. Baru 8.30. Jom keluar. Makan-makan."

Hah! Gila ke lelaki ni? Tak pernah ajak keluar malam-malam. Dia nak ajak aku keluar dating ke? Tapi mana boleh, babah dan ibu tiada. Nanti tak pasal-pasal kena marah. Getus hatiku.

"Malam-malam ni? Tak naklah. Lagipun, Min dah kenyang. Baru saja makan petang tadi."

Aku menolak dengan memberi alasan mudah padanya.

"Itu makan petang. Ini dah malam. Kalau Min tak nak makan, Min teman Luq makan je lah."

Macam tu pulak. Tadi ajak orang makan. Ini suruh teman sahaja.

"Takkan Luq nak datang dari KL ke Shah Alam ni semata-mata nak ajak Min keluar makan. Tak logik langsung. Ajaklah kawan Luq yang lain. Yang duduk serumah dengan Luq," cadangku, terus-terusan menolak.

"Tiada sesiapa kat rumah ni. Semua balik kampung. Lagipun hari tu, dia juga yang kata bosan di rumah. Tak ada sesiapalah di rumah. Tak ada sesiapa yang nak bawa dia keluar. Luq ajak berjalan tak nak pula."

Ingat juga dia pada keluhan aku tempoh hari. Aku yang kerap ditinggalkan sendirian. Aku yang sentiasa kesunyian.

"Yelah. Luq kat KL. Masa Luq nak sampai sini mungkin dah dekat pukul sepuluh. Takkan Min nak balik rumah tengah-tengah malam? Nanti babah dan ibu marah, Min keluar malam-malam."

"Oi, cik adik. Cuba tengok kat sliding door rumah awak tu. Saya dah ada di depan ni. Eleh, konon-konon Cinderellalah tu. Saya bukan nak jual ke atau nak buat apa-apa kat awak. Saya cuma ajak keluar makan. Kalau awak risau abah awak marah, nanti saya call abah awak minta kebenaran nak bawa anak dara dia keluar makan. Keluar malam dengan abang Nain dia boleh pula."

Berdesing telingaku mendengar bebelannya. Walau bagaimanapun, aku tetap melangkah ke pintu depan. Kelihatan Honda civic sedan terparkir di hadapan pintu pagar rumahku. Lampu tinggi keretanya sengaja dipasang.

"Yelah, yelah. Min ikut. Tunggu kejap. Min nak tukar baju."

Agak-agaknya, macam mana kalau aku tetap juga tak mahu keluar denganny? Adakah dia akan terus memujuk rayu atau beredar macam tu saja?

"Mm..lagi satu.."

"Apa?"

"Jangan pakai skarf merah tu ye."

Eh, eh, kenapa dia memikirkan aku akan memakai skarf merah pemberiannya pula?

"Apsal tak boleh pulak? Suka hati Min lah. Rambut Min, suka hati Min lah nak pakai tudung yang mana pun," jawabku pantas. 

DUNIA CINTA JASMINWhere stories live. Discover now