DCJ36

5 0 0
                                    

Selang beberapa minit kemudian kelihatan abang Nain datang menghampiri.

"Kenapa Min terpacak di sini? Kata nak lepak kat pangkin."

Aku mengunjuk ke arah Luqman yang sedang memanjat pokok. Abang Nain terkejut apabila memandang ke atas.

"Tak ada kerengga ke?"

"Entahlah. Harap-harap tak ada. Kalau ada pun mungkin semut hitam kot," teka ku tanpa kepastian.

"Eh, Man! Turunlah. Kita guna galah panjang sahaja. Banyak ranting reput tu," jerit abang Nain.

Luqman terus memandang ke bawah sebaik sahaja mendengar suara abang Nain. Kelihatan wajahnya berubah.

"Tak payah. Aku boleh buat. Aku orang kampung. Bukan macam kau orang bandar. Pokok buah macam ni pun kalau tak reti panjat, lebih baik duduk rumah diam-diam."

Hatiku tersentap mendengar jawapannya. Lain benar nada suaranya berbanding tadi. Aku kemudiannya memandang pula ke arah abang Nain. Wajahnya tersenyum kelat. Mungkin terasa dengan sindiran Luqman itu tadi.

"Luqman! Turun lah! Nanti jatuh." Jeritku. 

Lelaki itu terus memanjat pokok rambutan tanpa menghiraukan jeritanku di bawah. Tinggi egonya! Tidak pernah berubah! Aku mengalih pandangan ke arah Abang Nain. Dia melongo. Masih terkejut dengan tindakan Luqman yang seolang-olah cuba mencari gaduh dengannya. Dia tidak berani berkata apa-apa lagi. Semalam kerana cuba meleraikan pertelingkahan mulut antara aku dan Luqman, sikunya bercalar mencium tanah.

"Abang Nain, tolonglah."

"Sorry, Min. Abang Nain tak berani masuk campur. Luq seperti tak suka kita..."

Gedebuk! Ada sesuatu yang jatuh dari pokok rambutan di hadapan kami. Luqman!

***

"Padan muka! Ego! Kenapa tak patah jer kaki tu? Senang sikit," omelku sambil mencampakkan kain pelikat di hadapan Luqman. 

Lelaki itu memandangku sayu. Kemarahanku sudah ke tahap tidak mengira sesiapa lagi yang berada di hadapanku.

"Min...Jaga sikit mulut tu," Tegur babah. 

Aku memandang babah yang duduk bersebelahan Abang Nain. Abang Nain pula langsung tidak bersuara semenjak dari kejadian tadi.

"Kenapa dengan kamu berdua ni? Sehari dua ni ayah Long tengok asyik nak bertekak sahaja. Kamu berdua ni pantang berjumpa. Ada sahaja benda yang nak dilawan bertengkar. Ingatkan dah besar panjang, dah berubah. Tapi, rupa-rupanya masih sama. Sekali-sekala cuba lah bercakap elok-elok sikit," ujar Ayah long pula sambil menggeleng-gelengkan kepala. 

Aku menjeling ke arah Luqman.

"Nasib baik pokok yang Luqman panjat tu tak ada kerengga cuma banyak dahannya yang dah reput," ujar Ummi Long dari dapur. 

Di tangannya ada sebotol minyak gamat.

"Hah, Luqman. Pergi tukar seluar tu. Nanti Ummi Long nak tengok luka kat betis tu."

"Tak payah, Ummi Long. Luka ni sikit ja."

Huh, ego! Gerutu hatiku semakin jengkel.

"Orang dah nak tolong tu, buat sahajalah apa yang disuruh. Tak payah lah nak menunjuk lagak tu lagi. Belajar sampai Jepun pun perangai tak pernah berubah."

Bebelku antara dengar dan tidak.

"Jasmin. Sudahlah tu. Kamu ni pun satu, belum jadi isteri orang lagi dah suka membebel," sampuk ummi long. 

DUNIA CINTA JASMINWhere stories live. Discover now