DCJ8

4 0 0
                                    

Aku memandang sepi kad kecil yang berlatar belakangkan negara Eropah.

Maaf sayang. Babah tak dapat pulang cuti musim panas ni. Ke Beijing. Ada seminar. Jumpa nanti.

Aku mengeluh. Kad itu baru kuterima dari pejabat sekolah. Babah berjanji dengan ku dua bulan lepas. Dia akan pulang sebelum aku menduduki peperiksaan SPM. Tapi babah mungkir lagi. 

Tiba-tiba serasa air panas menakung di kelopak mata. Hatiku sebak.

"Kenapa ni? Termenung sorang-sorang kat sini?" aku terkejut. 


Dengan pantas aku mengesat airmata yang baru mula mengalir dengan hujung lengan baju kurung sekolahku.

"Awak menangis?" aku menggeleng. 


Masih menunduk ke tanah. Tidak mahu dia melihat wajahku yang sembab menahan tangis.

"Nah, sapu tangan awak hari tu. Kesat hingus tu. Jangan menangis lah. Tak comel."

Aku tersentak. Dia masih menyimpan sapu tangan yang kuberi padanya sewaktu mulutnya berdarah ditumbuk Adib dan konco-konconya.

"Ambil lah. Saya dah cuci sapu tangan ni. Bersih." Ujarnya lagi setelah melihat aku masih ragu-ragu untuk menyambutnya.

"Bukan macam tu lah maksud saya. Anyway, terima kasih."

"Amalina ada cari awak?" aku mengerut dahi. 


Kemudiannya menggelengkan kepala. Tiba-tiba terlintas di fikiranku peristiwa di tandas pelajar pagi tadi. Perlu kah aku beritahu? Perasaan sedih sebentar tadi hilang apabila nama perempuan gedik itu keluar dari mulut lelaki itu.

"Betul dia tak kacau awak?"

"Dia tak kenal Min. Lagipun, Min ni bukan ratu cantik macam dia, terkenal satu sekolah."

"Ooo."

"Kenapa?"

"Tak ada apa-apa. Cuma risau."

"Risau? Kenapa?" sekali lagi aku kehairanan. Lelaki itu menghela nafas panjang.

"Dia mengamuk. Marah-marahkan saya."

"Kenapa tiba-tiba nak mengamuk pula? Apa lagi yang tak kena? Kata dah putus. Kenapa sambung balik ke? Ish, tak paham saya dengan orang yang kemaruk bercinta ni." 

Rungut hatiku, bebal. Selebihnya hatiku masih marah dengan tindakan babah yang memungkiri janjinya. Lelaki itu merenungku tajam.

"Memang dia ada datang minta sambung balik perhubungan dahulu. Tapi saya tolak. Saya tak nak fikir lagi perkara-perkara yang melalaikan hidup saya." 


Ringkas jawapannya. Aku terpempan. Bercinta tu melalaikankah?

Dia sudah berubah. Ya, ketika itu kata-kata Nadeera 2 hari yang lalu mula bermain-main di fikiranku.

"Kau tak perasan ke?"

"Perasan apa?"

"Yelah, semenjak kau terseliuh di surau tempoh hari, dia sudah semakin rapat dengan kau."

"Alah, kalau setakat senyum dan bertegur sapa ketika bertembung, rapat apanya Nad?"

"Lagi satu, kita pun dah jarang nampak dia melepak kat tebing simpang sekolah tu kan? Takkan kau tak perasan? Hubungannya dengan minah gedik tu pun sudah semakin renggang. Aku pernah ternampak Si Amalina gedik tu keluar dating dengan Azroyi kat pekan."

DUNIA CINTA JASMINOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz