DCJ34

3 0 0
                                    

"Ok, abang kira satu sampai tiga, kita angkat sama-sama ya."

"Ok."

"Satu, dua, ti..."

"Hoi! Apasal suruh orang perempuan yang tolong? Dah kurang orang lelaki ke kat sini?"

Aku dan abang Nain tersentak. Kami sama-sama menoleh ke arah laungan suara itu tadi. Kelihatan Luqman berdiri tak jauh dari tempat kami sedang mengangkat periuk kotor sambil memeluk tubuh.

Wajahnya kelat. Kenapa pula ni? Datang sahaja dah marah-marah.

"Kenapa dengan awak ni? Pagi-pagi dah marah kat orang."

Aku terus bersuara. Lelaki itu terus mara ke arah kami.

"Ke tepi. Angkat benda-benda berat ni bukan kerja orang perempuan. Engkau ni gila ke? Mendera orang perempuan suruh tolong engkau angkat benda-benda berat. Dah tak ada orang lelaki dah ke kat dalam rumah ni? Kalau si Jasmin ni terseliuh ke, jatuh ke, atau melecet tapak tangannya dia, siapa yang nak tanggung? " marah Luqman sambil memandang ke arah abang Nain.

"Saya tak suruh. Dia yang nak tolong," sahut abang Nain sambil melepaskan hujung pemegang periuk.

"A'ah. Abang Nain tak paksa Min pun. Min yang nak tolong dia," sahut aku pula bagi memperbetulkan keadaan.

"Tak payah nak bela sangat abang awak ni. Ke tepilah sikit. Awak faham bahasa Melayu ke tidak? Nak saya cakap bahasa Jepun ke?"

Telinga aku terasa berdesing dengan sindirannya. Tapi dengan pantas aku menginjak ke sebelah sebelum dirempuh tubuhnya yang tinggi. Abang Nain pula tercengang-cengang memerhati tingkah lakunya.

"Awak nak kain lapik tak?"

"Nak buat apa? Bukannya periuk panas."

"Buat lapik tangan. Supaya tangan tak melecet."

Lelaki itu terdiam namun beberapa saat kemudian dia menyuakan tangannya. Kain yang ku pegang bertukar tangan. Tak sampai sepuluh minit, kesemua 6 biji periuk kotor sebesar kawah berjaya dialihkan ke bahagian belakang dapur. Aku membiarkan kedua-dua lelaki itu meneruskan kerja menyusun dan menyimpan kerusi-kerusi dan meja-meja makan. 

Sambil menapak ke belakang dapur, aku menjijit sebekas sabun basuh pinggan dan beberapa keping span pencuci. Di dalam dapur sudah ada beberapa orang wanita datang membantu ummi Long mengemas pinggan mangkuk. Aku hanya perlu mencuci perkakas masak yang dilonggokkan di luar. Sambil mencangkung aku menyinsing lengan baju sehingga paras siku dan seluar track suit ku ke paras betis supaya tidak basah terkena air sabun. Sebiji-sebiji pinggan mangkuk aku sabun dan mengasingkannya di dalam baldi yang berisi air bersih.

Tiba-tiba terasa seperti dibayangi seseorang. Aku mendongak. Luqman!

"Awak ni sengaja nak lelaki yang di depan sana tu tengok kat awak?"

Erk? Kenapa ni? Tiba-tiba sahaja datang marah padaku?

"Awak tahu tak kat depan tu ada ramai lelaki yang sedang buat kerja?"

"Tahu. Tapi apa kena mengena dengan Min? Min bukannya melepak, goyang kaki di depan tu. Min tengah basuh pinggan kat belakang ni."

"Ha, tahu pun. Awak tahu tak keadaan awak tu menyebabkan lelaki-lelaki yang di depan tu asyik tertoleh-toleh tengokkan awak?"

"Tengok saya? Kenapa pula?"

"Itu apa? Sinsing lengan sampai siku, sinsing seluar sampai nampak betis melepak awak tu. Awak sengaja nak bagi orang tengok ke?"

Sekali lagi telingaku berdesing. Aku mula faham maksudnya itu. Secara mendadak terasa seperti jantungku berdegup semakin laju menahan amarah.

"Min bukannya sengaja nak senteng baju dan seluar min. Min Cuma nak elak daripada terkena air sabun. Nanti basah, susah pula nak buat kerja."

DUNIA CINTA JASMINजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें