DCJ10

4 0 0
                                    

12 tahun kemudian...

"Jenny, tolong cancel semua appointment saya petang ni ya. Saya perlu pulang awal hari ni."

"Baik, tuan. Err.."

Derapan tapak kasut dan suara itu semakin hampir. Aku menarik nafas panjang sambil bingkas dari sofa empuk di ruang menunggu.

"Babah!" panggilku perlahan tapi kupasti dia mendengarnya.

Langkah lelaki itu terhenti, betul-betul di hadapanku. Wanita Cina di sebelahnya juga turut memandangku.

"Jasmin? Bila sampai? Babah baru nak ke stesen bas."

Ada riak terkejut pada wajahnya. Aku tersenyum kelat sambil menyalami dan mencium tangannya. Rupa-rupanya dia sudah maklum kehadiranku. Mesti Ayah Long yang beritahu, getus hatiku.

"Bas Min tiba awal tadi. Err..malas nak tunggu kat stesen bas tu." Jawabku gugup.

"Tuan, nak saya panggilkan Pak Halim ke?"

"Err.. tak payah. Saya bawa kereta saya hari ni. Err... Jenny, kenalkan ini anak saya, Jasmin. Min, ini secretarybabah, Jenny. "

"Anak? Is this your daughter?" babah dan wanita Cina itu saling berpandangan seketika sebelum mereka memandangku semula.

"Yes, why?"

Wanita Cina itu kemudiannya tersenyum.

"Oh ya. I'll remember. But, sir. You look so young to have a daughter big enough like this. I thought she still in secondary school. Anyway...nice to meet you Min."

"Nice to meet you, Cik Jenny" aku menyambut salamnya.

Aku memandang ke arah babah. Memang patut wanita Cina ini berkata begitu. Babah nampak masih segak seperti orang berusia 30an. Mungkin juga kerana kerap berada di luar negara, negara beriklim sejuk, melambatkan proses penuaan.

"Jenny..just call me Jenny. If you don't mind, may I know, how old are you, dear?"

Soal Jenny lagi, masih tidak berpuas hati.

Lelaki berusia 51 tahun itu tertawa.

"She will be 29 next year. Oklah. Jumpa you next week, Jenny. Saya balik dulu," pintas babah seraya mengambil beg pakaian yang ku sandang di bahu kanan.

"Yeah, have a nice weekend, sir."

Aku membontoti babah menuju ke lif utama.

***

"Kenapa Min tak call babah masa sampai di stesen bas?"

"Maaf. Min tak nak susahkan babah. Lagipun tadi Min sampai awal sangat."

"Pukul berapa bertolak ni? Ayah Long bagitahu babah semalam, Min bertolak pukul 10.30 malam. Macam mana boleh sampai awal?"

"Pemandu bas tu bawa laju. Dia langsung tak berhenti mana-mana kat perhentian pun. Sebab tu awal."

"Abis tu berehat kat mana tadi?"

Aku tersengih.

"Min melencong ke KLCC."

"KLCC? Buat apa kat sana? Kenapa tak terus datang sini?"

"Err..maafkan Min.." lidah ku kelu mendengar nada suaranya yang agak tegas.

Lelaki di sebelahku itu mengeluh. Dia memandangku seketika sebelum memandang semula ke depan. Menumpu kembali pemanduannya.

"Maafkan babah. Babah bukan nak marah Min. Babah cuma risaukan keselamatan Min. Lain kali, apa-apa hal sekali pun, call babah. You are my daughter. Jangan fikir benda-benda remeh, sama ada ia akan menyusahkan babah atau tidak. Min masih di bawah tanggungjawab babah selagi Min belum berkahwin."

DUNIA CINTA JASMINWhere stories live. Discover now