"Tak payahlah. Kita dah nak jumpa dia petang ni. After lunch."

"Tak nak. I want to talk to her right now. Please, ayah cu."

"Telefon sendiri. Don't you have your own handphone?"

"Alah, ayah cu. Tak seronoklah. Buat-buat tak faham pula. Cepatlah," gesaku pantas. 

Mana boleh guna telefon aku. Sah-sah la si Nad tu tak akan angkat.

"Ok. Ok. Sekejap."

Munir mencuit lenganku sewaktu ayah cu sedang sibuk mendail nombor telefon Nadheerah.

"Moon, Nad dah ada kat Malaysia," ujarku kegembiraan.

"Hah! Ya ka? Eiii...seronoknya."

"Min, here. She is on the phone line."

Aku terus mencapai telefon bimbit ayah cu.

"Weiii, kurang asam. Tak guna punya kawan. Balik tak beritahu," kutukku semahunya. 

Kasar sungguh bahasaku pada bakal ibu saudaraku itu. Ayah cu menjelingku tajam. Aku mengerut muka sambil menjelir kembali padanya.

"Aikk, aaaa... teruknya. Honey, you dah berpaling tadah. Teruklah lelaki tu, langsung tak boleh diharap. Ingat nak berkomplot, dia pula pecahkan rahsia. Eiii, geramnya!"

Aku tertawa lagi. Komplot tak menjadi.

"Padan muka. Nak kejutkan orang konon. Lain kali nak cari partner, jangan cari bapa saudara aku. Ingat aku tak boleh baca riak muka dia."

Haha...kahkah..Aku tertawa berdekah-dekah. Seronok yang amat sangat. Seronok kerana komplot ayah cu dan Nadheera tak menjadi dan seronok kerana teman baikku itu sudah berada di Malaysia.

***"Aku balik sebab ayah cu kau lah."

Aku mengacau ais yang mula mencair di dalam gelas coklat.

"Eh, kenapa pula? Dia dah ajak kau kahwin ke?"

"Habis kau ingat dah berapa lama kami bertunang? Sebulan?"

Aku tertawa melihat riak wajahnya yang kemerahan seperti udang bakar. Aku tahu, bukan ayah cu yang memaksanya pulang. Aku cukup kenal bapa saudaraku yang satu itu. Lebih daripada aku mengenali babah. Kami membesar bersama. Usia kami yang hanya beza 7 tahun membuatkan aku dan ayah cu agak rapat. Dia yang sentiasa memerhati gerak geriku. Aku tak begitu terkejut apabila Nadheera menyatakan perasaannya terhadap ayah cu padaku. Aku juga tidak terkejut apabila ayah cu juga turut menyatakan perasaan yang sama terhadap rakan baikku itu. Apabila Nadheera menyambungkan pelajarannya di United Kingdom dan ayah cu pula mula bekerja di Pusrawi, hubungan kami sedikit renggang. Sementelah pula aku sudah jarang balik ke kampung kerana sudah tinggal bersama babah.

"Moon sihat? Kenapa kau tak ajak dia jumpa sama?"

Nadheera melabuhkan punggungnya di birai katilku. Aku meletak kembali gelas coklat yang berisi air bali ais di atas meja kerjaku dan kemudiannya menghulurkan sebiji bantal peluk kepadanya.

"Aku keluar date dengan tunang kau lah tadi. Carikan hadiah untuk si buah hati yang merajuk. Buat apa aku nak ajak si moon tu? Menyibuk aja nanti," usikku nakal. 

Nadheerah menjeling. 

"Teruk tau. Ada tunang pun tak boleh diharap. Kerja sahaja. Mak aku dah bising tau. Dia risau aku kat sana dah 2 tahun sendirian."

Dia menumbuk-numbuk bantal peluk yang kuberi tadi. Ish, kalau ya pun marah, janganlah bantal peluk aku pula dijadikan sasaran.

"Eleh, mak kau ke yang bising atau kau sendiri dah mabuk kepayang. Balik pun sampai tak menyempat, " usik aku lagi. 

DUNIA CINTA JASMINWhere stories live. Discover now