"Lambat hari ni. Ingatkan tak datang," tegur Munir dari belakang. 

Aku menoleh. Munir memegang satu kotak berisi buku. Aku mengurut dada seketika.

"Terkejut aku. Hilang semangat. Datanglah. Apasal pulak tak datang. Stok baru ke ni? Bak sini aku susun," ujarku seraya mengambil kotak tersebut dari tangannya.

"Manalah tahu. Semalam dah keluar dating," serkapnya sambil tersengih.

Aku menjegil ke arah Munir. Lelaki itu buat-buat tak nampak. Pura-pura mengemas kaunter yang sudah sedia bersih dan kemas.

"Aku keluar makan dengan Luqman je lah. Bukan dating. Jangan fikir yang bukan-bukan," balasku memperbetulkan tanggapannya.

Munir mencebik.

"Sampai ke tua lah kau tak kahwin, Min oi. Kenapalah kau susah nak nampak apa yang dah dia buat kat kau? Aku yang melihat pun dah faham apa yang berlaku dalam hubungan kau berdua."

"Tak ada apa yang berlaku, Moon. Aku kenal dia. Mulut kata lain, hati maksud lain."

Tanganku pantas meletak buku-buku yang baru dikeluarkan daripada kotak di atas troli buku baru. Selepas memasukkan rekod buku dalam sistem dan meletakkan kod harga, baru buku-buku tersebut akan disusun di rak mengikut bidang perkara yang telah dikhaskan.

Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Aku mengeluarkannya daripada poket apron kerjaku.: Hai, anak babah. Ada di mana? Babah dan Ibu baru sampai. Balik makan tengahari, ibu masak.Aku tersenyum. Lantas membalas semula pesanan ringkas tersebut.: Muss Read Shop. Tak payahlah. Babah dan ibu rehatlah. Min makan kat luar. Semalam dah janji dengan ayah cu.: Dia tak kerjakah?: Dia off hari ni.:Hmm, babah ingatkan Min keluar dengan Nain.:Taklah. Kenapa? Dia ada cakap ke?:He just asking 'bout u. So, I thought he want to ask u out for lunch.:Mm,tak ada pun.:Oklah. Enjoy ur lunch. Send my regard to ayah cu.:Orait.

Aku menyimpan semula telefon bimbit ke dalam poket apron. Kebiasaanku apabila berada di kedai. Sekiranya aku biar di dalam beg tangan, alamat bingit pula leteran si Munir kerana terpaksa mengangkat bagi pihakku.

Kting! Pintu kedai terbuka. Aku mendongak di celah-celah rak buku. Ayah cu melangkah masuk sambil tersenyum. Aku memandang jam di lengan. Sudah pukul 12 tengahari. Patutlah dia dah terpacak di sini. Ayah cu ni memang seorang lelaki yang menepati masa.

"Hai, kenapa tu? Tersengih-sengih, tersenyum-senyum."

Ayah Cu berdiri segak di hadapanku. Aku mengerutkan dahi. Pelik melihat wajah ayah cu seperti ada sesuatu. Berseri-seri. Pakaiannya pun tampak ringkas.

"What? Am I looked terrible?"

Aku tersenyum.

"Mmm, nampak lain sikit daripada semalam. Semalam macam serabut sikit, hari ni lain."

"Apa yang lainnya, Min?"

Hmm, mesti ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Aku amat pasti. Mesti sesuatu yang berkaitan dengan teman baikku yang sudah 2 tahun berada di perantauan.

"Berseri-seri. I know that kind of look. If I'm not mistaken, is Nad here... in Malaysia right now?"

Aku cuba menyerkap. Lelaki itu mengeluh tapi dalam riak yang masih manis.

"How do you know? I thought, no, we thought, we want to make you a surprised."

Aaaa.....

Aku menjerit dan melompat-lompat kegembiraan. Munir terpingga-pingga melihat telatahku.

"Call her. Please call her now. I want to talk to her."

DUNIA CINTA JASMINDove le storie prendono vita. Scoprilo ora