"Haih.. Aku bosanlah, Rien," adu Violet. Mulutnya mencebik.

  Rien mengabaikan bebelan Violet yang semakin lama semakin berbisa. Tentang apa? Tentulah tentang si pembuli mereka di sekolah di bumi dahulu.

  "Jom!"

  Tubuh Rien terdorong ke hadapan. Kepalanya hampir terhentak ke lantai gara-gara tindakan Violet yang berdiri secara mendadak. Mujurlah Rise sempat menarik tangan Rien tatkala Leo menolak tubuh Rien ke hadapan. Eh? Clichè pula. Ahakss..

  "Nak ke mana?" soal Rien dengan malas. Terkejutlah juga sebab bukan selalu nak tengok gadis ayu ini malas. Uhuk!

  "Entah.." balas Violet dengan selamba.

  Buk!

  "Auch!" Violet mengusap kepalanya yang menerima 'hadiah' hempukan daripada Rien.

  "Rise, Leo.. Kita nak ke mana?" soal Rien dan Violet, serentak.

  "Pulang ke kerajaan."

  ••••

  Vladeric mengetuk tangan Rayyan. Jejaka itu berdecit. Tangannya memerah.

  "Pakcik kenapa?!" marah Rayyan. Tangannya diusap perlahan. Korang nak kata Rayyan lemah? Masalahnya tangannya diketuk dengan tongkat sakti milik Vladeric. Ukiran yang halus di hujung tongkat, bucu yang sangat tajam. Huhu...

  "Fokus! Magis ini penting dalam peperangan nanti!" bebel Vladeric. Stres dia dengan anakanda Raja Zion dan Permaisuri Sandra itu. Keras kepala dan dingin betul!

Flashback

  Rayyan menepuk meja itu dengan kuat. "Belajar magis?! Bonda, ayahanda, Rayyan sudah belajar magis di akademi!! Dengan latihan ketenteraan di sana dan di istana lagi! Urusan sebagai seorang putera! Rayyan sibuk!" bantah Rayyan.

  "Akademi mengajar kamu perkara yang turut dipelajari oleh yang lain. Tetapi, kalau kamu belajar magis daripada Vladeric, lebih baik! Dia seorang ahli sihir yang hebat! Dia yang terakhir dalam keturunan Neflos. Kamu pergi rujuk buku 'Keturunan Lagenda'. Ayahanda tak kira, kamu akan belajar juga dengan dia!"

  Rayyan mencebik. Dia mula mengomel. Kebetulan, ketika itu, Rien melalui tempat itu. Rien ternampak Rayyan yang sedang membebel dan membantah. Dia ketawa kecil melihat jejaka itu.

  "Apa-apa jelah. Sudahlah, Rayyan pergi dahulu." Rayyan berjalan meninggalkan mereka. Dia perlu meninjau menara kawalan. Selepas itu, kerja sekolah perlu disiapkan. Adeh... Laporan lagi. Latihan. Ah, serabut!!

••••

  Rayyan memandang Vlad dengan pandangan dingin. "Jadi kau ni Vlad?"

  Vlad menjeling Rayyan. "Bahasa kau tak boleh jadi lebih kurang ajarkah? Kau nak aku panggil Griead, guru kau semasa kau kecil dan Frios, guru tentera kau?" ugut Vlad.

  Rayyan ternganga. Dia menggeleng. Memang taklah! Griead, gurunya semasa dia kecil sangat tegas! Frios pula menyeramkannya! Silap-silap, dia akan didenda tekan tubi seribu kali dan berlawan dengan seribu tenteranya yang gagah perkasa! Ah!

  "Tahu takut! Nama aku Vladeric. Panggil aku Vlad," arah Vlad.

  "Aku panggil kau pakcik!"

  Vlad mengetuk kepala Rayyan. "Vlad!"

  "Pakcik!"

  Dan.. Mereka bergaduh sehinggalah Permaisuri Sandra datang ke tempat itu untuk mengingatkan Rayyan tentang latihan tenteranya. Rayyan menangis tak berlagu manakala Vlad ketawa besar. Tapi, tak lama apabila dia diheret Raja Zion untuk melakukan sesuatu. Permaisuri Sandra hanya mampu menggeleng.

End of the flashback

  "Kau okay ke tak?" tegur Rayyan.

  Vlad tersedar. Dia menjeling tajam putera itu. "Kau dah hafal mantera itu?"

  Rayyan meletakkan kepalanya di atas meja. Dia mengeluh berat. Tiba-tiba dia tersenyum kecil. Dia terus menghilang dari tempat itu. Vlad menggeleng.

  Tak lama selepas itu, Rayyan muncul semula. Kali ini, dia turut membawa L. Wajah putera Kerajaan Angel itu kelihatan pasrah.

  "Pakcik! Aku bawa dia sekali untuk belajar magis!" kata Rayyan dengan... Ceria?

  "Aku tak nak belajar sihirlah!" bentak L.

  "Kita tidak belajar sihir! Kita belajar magis!" marah Rayyan. Kepala L diketuk kuat.

  "Tiada beza pun!"

  "Berhenti bergaduhlah! Hah Rayyan, kenapa kau bawa putera ini sekali? Dia bukannya mahu belajar pun.." kata Vlad.

  "Aku kena belajar magis, dia tidak pula. Memang taklah. Kata sahabat setia, sama-sama susah senang. Hehehe.."

  L hanya terduduk pasrah. "Aku bukan penyihir.."

  "Apa? Hei, Lisya belajar sihir. Si kembar demon, Ryn dan Ryssa pun belajar sihir juga!" bidas Rayyan.

  "Itu mereka. Lagipun Lisya memang ahli sihir. Hei, kita lawan mereka, kita menang! Bukan mereka. Tak perlu susah-susah belajar sihir!" balas L pula.

  "Kalau kita kalah, jangan salahkan aku!"

  "Aku bunuh sahaja keturunan kegelapan itu!" L mengepal penumbuk.

  "SUDAH!" Vlad menumbuk meja. Meja itu hancur, bertukar menjadi debu.

  L dan Rayyan ternganga. Meja batu di taman bunga... Hancur? Mereka berpandangan.

  "LARIIIIIII!!"

  Vlad terpinga-pinga. Tiba-tiba, satu aura yang menyeramkan muncul. Bulu roma Vlad meremang.

  "Kau hancurkan meja aku... Vlad?" soal suara itu dengan nada menyeramkan.

  "Ma.. Maaf, Sandra.. A.. Aku tak sengaja. He. He. He.." Vlad ketawa kekok. Dia terus teleport pergi.

  Permaisuri Sandra mengetap gigi. Siaplah tiga ekor tu nanti! Raja Zion hanya tersenyum nipis melihat gelagat mereka berempat. Tetapi.. Dia tertanya-tanya.

  Ke mana Rien, Violet, Rise dan Leo menghilang?





To be continued

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now