"Benarkah dia guardian? Atau seorang malaikat maut?" bisik L dengan nada hairan.

  BOOOM!

  L dan Leo tercampak jauh tatkala mereka berlaga penumbuk sebentar tadi. Mereka berdecit.

  Leo bangun daripada duduknya. Dia mendepakan tangan. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Lingkaran purba muncul di bawah kaki Leo. Iris mata kanan Leo kekal berwarna kuning tetapi kini dihiasi sesuatu.. Seperti.. Pentagram? Agak menggerunkan.

  L dapat merasakan aura berbahaya daripada Leo. Dia bangkit lalu memandang tepat ke dalam anak mata Leo. Matanya berubah merah. Kesemua penonton terkejut! Takkanlah L mahu membunuh Leo?!

  Rise hanya bereaksi tenang. Oh tolonglah, L takkan mampu bunuh Leo!

  Beribu bebola api meluru ke arah L. Di pihak L pula, kilauan merah menghiasi tempatnya. Sebuah permata terapung di hadapan L. L menyentuh permata itu lalu ia hilang, meresap ke dalam tubuh putera itu.

  Kilauan merah itu meluru ke arah Leo. Seperti tadi, mereka berlawan, tetapi dari jarak jauh.

  Kilauan merah milik L dan bebola api biru milik Leo. Siapakah pemenangnya?

  BOOOOOOMMM!!

  Tersentak semua orang. Fokus mereka beralih, melihat ke arah kelibat yang sukar dikenalpasti. Ya, dua orang lelaki yang sedang berlawan dengan kelajuan pantas.

  "Kalahkan dia, Leo," kata Rise dengan senyuman.

  "Semestinya." Leo tersenyum sinis.

  L memandang hairan. Jejaka itu sedang berbicara dengan siapa? Tanpa membuang masa, dia meluru ke arah Leo dengan pedangnya yang sudah bertukar kepada pedang cahaya.

  L tertanya-tanya, adakah lelaki itu hanya mempunyai satu kuasa sahaja? Mustahillah. Kebanyakan pemilik lencana emas mempunyai tiga kuasa. Yang berlencana perak pula kebiasaannya mempunyai dua kuasa. Begitu juga dengan pemilik lencana gangsa.

  Leo hanya berdiri teguh di situ. Tatkala L 'mendekati', tangan kirinya disilang ke bahu kanan tetapi jaraknya lebih kurang tiga sentimeter. Sebuah kubah api muncul.

  L yang tidak menjangka kemunculan kubah itu tersentak. Dia segera melibas pedangnya. Libasan yang kuat itu menyebabkan dirinya tercampak ke belakang. Dia menahan diri daripada terjatuh dengan pedang cahayanya.

  Sorakan penonton kembali bergema. Kebanyakannya menyokong L, terutamanya pelajar perempuan. Ceh, tu belum lihat wajah Leo dan Rise lagi. Kalau dah lihat, Rys rasa boleh pekak telinga! Eh, sorakan untuk L pun dah pekak, apatah lagi kalau digabungkan dengan sorakan untuk Hanz, Rayyan, Rise dan Leo!

  Rise memandang Leo. Begitu juga Rien dan Violet. Kedua gadis itu tekun menonton, mahu belajar beberapa teknik. Huh! Nak lawan pelajar elit tanpa kuasa? MATI!

  Kalau tanya tentang Riane, jawapannya dia ada kelas. Dia dari kelas kedua dan kelas tu sekarang ni perlu belajar sejarah. Ehek!

  Pap!

  L dan Leo menepuk tangan serentak. Kesemua penonton memandang pelik.

  Cahaya berkilauan. Dua figura elok berdiri di tengah-tengah gelanggang colosseum. Tetapi, jarak tuan sebenar mereka sangat jauh! L di utara, Leo di selatan!

  L dan Leo membuka kekuda. Pergerakan mereka di'tiru' oleh figura api dan cahaya itu. Kini, para pelajar mula memahami.

  Mereka berlawan sesama sendiri. Pada pandangan yang lain, ia agak sukar kerana L dan Leo tidak berhadapan. Hanya figura mewakili.

  Sedang asyik memerhatikan sang figura berlawan, tiba-tiba, cahaya biru dan cahaya putih kekuningan meluru ke udara. Ia bergerak tangkas! Umpama sedang berlawan!

  Cahaya itu memunculkan diri yang sebenar. Leo yang sedang berlawan dengan L di udara kini menarik perhatian penonton. Tak lama itu, muncul lagi cahaya lain. Pelajar mula keliru, mana satu Leo dan L yang sebenar?

  Kini ada tiga. Figura yang masih bertarung, cahaya pertama yang sedang berlawan di hujung colosseum di udara dan cahaya kedua bersabung tenaga di bahagian tepi colosseum.

  Beberapa orang pelajar terjerit tatkala figura L rebah, manakala figura Leo menghilang umpana debu. Kemudian, pelajar yang sedang menonton perlawanan Leo dan L si cahaya kedua tadi juga terjerit kuat apabila 'Leo' menikam pedang api birunya ke perut 'L'. 'L'rebah. Manakala perlawanan 'L' dan 'Leo' si cahaya pertama tadi, diakhiri dengan kekalahan 'Leo', gara-gara kuasa istimewa putera itu.

  Kesemua figura itu lenyap. Penonton terdiam. Mata mereka meliar mencari kedudukan sebenar L dan Leo.

  ZZAPPP!!

  Kilat memancar laju. Api biru bertembung dengan kuasa kilat itu. Namun, kelibat sang pemilik tiada jua.

  Lingkaran api terhasil di udara. Ia mula menyerang sudut tepi colosseum. Kilat tadi mulai lenyap.

  BUK!

  Semua tergamam melihat L yang tersungkur manakala Leo elok 'melekat' di dinding colosseum. Mereka bangun lalu berlari menuju ke arah sesama sendiri.

  Tsunami api berada di belakang Leo dan ribut kilat di belakang L. Semuanya berlaku dengan pantas.

  ZZUPPP!

  Pelindung yang dihasilkan pelajar elit retak lalu pecah berderai. Semua orang tergamam.

  Kini... L dan Leo berdiri, menghadap sesama sendiri, sambil menghunus pedang... Di leher musuh masing-masing.

  "You.. Win the battle," ucap mereka serentak sebelum menghilang, lesap bagaikan debu.

 





To be continued

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now