BUM!!

  Pintu bilik yang didiami Quel dihempas kuat. Quel terkedu. Biarpun dia seorang pahlawan, dia tetap tidak boleh berlawan memandangkan di kerajaan itu terdapat beratus ribu tentera, malah sihir kegelapan untuk menyeru makhluk undead juga tidak mustahil untuk digunakan! Ah!

  Quel mengambil keputusan untuk keluar dari situ. Dia berdiri di atas beranda, sayapnya dikeluarkan lalu dikibarkan. Dia terbang, kembali ke kerajaan asal.

  Kai berdecit. Penumbuk dikepal.

••••

  Quel berjalan pantas, menuju ke ruang utama istana itu. Dia perlu menghadap Raja Zach, yang tertanya-tanya ke manakah dia menghilang buat beberapa hari.

  Selepas menghadap Raja Zach, Quel mencari di mana Hanz pula. Puas dia mengelilingi istana, barulah dia teringat.. Hanz.  Dekat akademi... Duhhh..

  Tanpa membuang masa, Quel terbang ke akademi. Dia perlu melaporkan perkara itu dengan segera. Biarpun perkara itu dianggap remeh, tetapi dia harus memberitahu Hanz juga.

  Quel memandang bangunan akademi yang gah itu. Perjalanannya ke kelas Hanz sedikit terganggu memandangkan beberapa ekor makhluk tak guna yang gedik dan nak menggoda acah siren mendekatinya. Mentang-mentanglah dia kacak! Sekarang dia tahu kenapa ketiga-tiga putera itu agak liat ke sekolah kadangkala.

  Tok.. Tok..

  Pintu kaca diketuk. Mata Quel meliar melihat seluruh pelosok kelas.

  "Eh.. Quel?" sapa Hanz.

  "Tuanku, patik datang mahu melaporkan tentang keadaan di Demon Kingdom," kata Quel dengan serius.

  "Awalnya kau balik.. Sepatutnya kau stay dengan diorang sampai tarikh berangkat mereka ke Vampire Kingdom!" marah Hanz.

  "Patik hampir tertangkap di sana. Malahan, dua orang kerabat DP telah pun mencurigai patik. Lagipun, di sana patik tidak dapat ke mana-mana memandangkan Putera Ray menitahkan patik untuk tinggal di istana sahaja," beritahu Quel dengan pantas. Err... Nak juga kau beritahu di hadapan pintu ye?

  Hanz mengerutkan dahi. "Takkanlah nak ke pekan pun tak boleh?"

  "Patik kena ajak salah seorang kerabat DP. Masalahnya, yang perlu diajak itu adalah salah seorang daripada yang mencurigai patik."

  Hanz mengangguk. "Baiklah. Laporan kau sudah cukup. Nanti aku berbincang dengan Rayyan dan L. Terima kasih, Quel. Kau dibenarkan cuti selama seminggu," ujar Hanz.

  Quel tersenyum nipis. "Terima kasih, Putera Hanz." Quel membongkokkan sedikit badannya lau berjalan pergi. Dia terbang ke sebuah tempat. Tak sabar mahu berjumpa dengan isteri dan anaknya!! Ehek, Quel sudah berpunya ya!

••••

  Hanz terus mendapatkan L dan Rayyan yang sedang bersembang di bahagian belakang kelas elit.

  "Weyh.." tegur Hanz.

  L dan Rayyan berpaling. "Ada apa?" soal mereka serentak.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now