"Yelah tu. Dina, kamu balik dari Langkawi ni, terus nak balik Shah Alam?" Soal Puan Iffah.

"Balik rumah ibu kot. Rindulah dekat ibu."

"Haa, bagus tu. Ibu ada buat majlis kenduri tahlil."

"Kenduri tahlil?" Soal Irdina. Sebelum dia kahwin, sudah buat kenduri tahlil. Sekarang ini mahu buat juga. Puan Iffah memang suka bersedekah. Dia memang selalu buat tahlil dalam setahun tiga kali. Tetapi, kalau rezeki lebih boleh bersedekah.

"Yelah. Kamu balik eh?"

"Okay ibu. Nanti Dina balik. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Jawab Puan Iffah. Dia meletakkan panggilan.

Nazran memandang Irdina dengan pelik. Macam sesuatu sahaja yang dibincangkan bersama ibunya.

"Siapa sayang?" Soal Nazran.

"Ibu."

"Kenapa ibu call?"

"Dia suruh kita balik. So, maknanya, lepas kita balik dari Langkawi kita balik rumah ibu. Ada kenduri."

"Ouh."

"Abang okay kan kita pergi rumah ibu?" Soal Irdina. Jawapan Nazran sangat sukar untuk ditafsirkan.

"Okay je. Sayang dah mandi ke belum?"

"Dah. Abang....." panggil Irdina meleret.

"Apa? Sayang tak habis lagi ke nak borong coklat?" Perli Nazran.

"Tak. Bukan itu. Sayang lapar." Kata Irdina.

Nazran melihat wajah Irdina yang comel itu. Dia mengusap kepala Irdina. Irdina hanya tersenyum.

"Makan je coklat tu." Perli Nazran.

Irdina tersengih seperti kerang busuk.  Mereka ingin bersiap untuk keluar makan. Perempuan, kalau bab makan memang nombor satu.

~~~
Percutian mereka sudah pun berakhir. Irdina dan Nazran sudah pun check out dari bilik. Selepas check, Nazran terus membeli tiket feri kerana ingin balik ke rumah Puan Iffah. Perjalanan mengambil 45 minit. Irdina pula termuntah-muntah akibat mabuk laut. Mujur Nazran menyediakan plastik.

Selesai menaiki feri, mereka manaiki teksi untuk ke Sungai Petani. Irdina sudah lemah disebabkan isi-isi perutnya sudah keluar. Jadi, Irdina hanya sandar di bahu Nazran sepanjang perjalanan mereka.

Teksi sudah sampai di halaman rumah Puan Iffah dan Encik Adam. Pemandu teksi itu segera keluar lalu mengambil bagasi penumpangnya. Nazran mengeluarkan duitnya untuk membayar upah teksi lalu teksi itu berlalu pergi.

Dari jauh, Puan Iffah berjalan laju menuju ke anak dan menantunya. Gembira dihatinya usah dikata. Tersangatlah bersyukur kerana keluarganya sudah lengkap.

"Dina! Kenapa ni? Lemah je ibu tengok." Soal Puan Iffah yang melihat keadaan anaknya lemah.

"Mabuk laut, bu." Jawab Nazran.

"Dah, jom masuk. Suruh Dina berehat." Arah Puan Iffah.

Nazran dan Irdina segera masuk. Mereka menuju ke bilik mereka. Nazran yang memaut tubuh Irdina itu membaringkan Irdina. Irdina menyelesakan pembaringannya.

Nazran membiarkan Irdina berehat di situ. Dia mahu keluar untuk mengambil bagasi mereka.

Kepala Irdina sangat berat. Seperti ada batu yang berat di dalam kepala otaknya. Dia membuka matanya. Mahu mencari kelibat Nazran tetapi tiada. Irdina mendengar pintu biliknya dikuak. Pasti itu Nazran.

Nazran menyusun bagasi itu di penjuru bilik. Selepas itu, dia menuju ke arah Irdina. Dia melihat Irdina terlena. Jadi, dia tak nak kacau. Dia berdiri tetapi ada tangan yang memegang tangan Nazran. Nazran melihat tangan itu milik Irdina.
Irdina membawa tangannya di atas dahinya.

"Sayang, urutkan. Please." Rayu Irdina.

Nazran hanya akur dengan rayuan Irdina. Dia duduk kembali lalu memicit kepala Irdina. Urutan kasih sayang itu membuatkan Irdina tersenyum.

"Tersenyum nampak. Tadi dekat feri muka asyik berkerut je." Perli Nazran.

"Tak tahulah. Tiba-tiba urutan yang abang urut ni hilang sakit kepala." Ucap Irdina.

"Alololo sayang ni. Okay, sayang rehat dulu. Abang nak tolong apa yang patut." Kata Nazran.

"Alaaa janganlah tinggalkan sayang. Abang duduk sini. Abang kan penat." Tegah Irdina.

Nazran tersenyum manja. Dia melihat wajah Irdina. Dia mengusap ubun-ubun Irdina. Melihat wajahnya, hati dia sudah cair. Sayang, semoga abang menjadi ketua keluarga yang baik.

Mr. Doktor I love youDonde viven las historias. Descúbrelo ahora