"Focus, boy! You're a vamp, can't you beat a demon?!" jerkah Ray dengan wajah yang bengis.

  Quel mengetap gigi. "I'm a vampire and I can beat demons!! But, not you, Your Majesty!"

  Ray tergelak sinis. "Hanya kerana aku kerabat, kau tidak mahu mengalahkanku? Tidak mahu mencuba?"

  Quel menunduk.

  "DASAR LEMAH!!" tengking Ray. Ray hanya mahu Quel menunjukkan kekuatannya yang sebenar.

  Wajah Quel merah padam. Seandainya dia dihina, bermakna kerajaannya turut terhina atas sikapnya itu! Dia membuka kekuda, bersedia mahu berlawan. Penumbuknya digenggam.

  Ray ketawa kecil. Tekniknya sentiasa berjaya! Dia mendepakan tangannya. Senjata-senjata muncul di belakang Ray. Antaranya adalah puluhan pedang, tombak, rantai besi yang bergerigi dan bermacam-macam jenis senjata lagi.

  DP yang duduk di tepi tersengih. Para tentera melopong. Ni nak lawan ke nak membunuh?!

  Quel mengetap gigi. "Tuanku mulakan perlawanan dahulu!"

  Ray menggeleng. "Are you sure?"

  "Yes!"

  Dengan pantas, Rez melompat ke tengah gelanggang. "Perlawanan antara Putera Ray dari Demon Kingdom dan Quel dari Vampire Kingdom! Perlawanan ini tiada sebarang peraturan dan peserta bebas melakukan sebarang serangan! Peserta kalah sekiranya terkeluar dari gelanggang atau mengaku kalah! Sedia?"

  Ray dan Quel mengangguk.

  "MULA!!"

  Ray melibas rantai besinya ke arah Quel. Quel mengelak tipis. Ray mengasak Quel dengan senjatanya tanpa mahu memberi peluang buat Quel.

  Quel tidak berdiam diri. Matanya tajam menikam, memandang Ray. Serentak dengan itu, Ray berhenti.  Tubuhnya bergerak sendiri, seolah dikawal!

  Ray menyumpah dalam hati. Tubuhnya melayang ke udara selepas diberi 'hadiah' istimewa daripada Quel. Semakin lama, semakin banyak luka yang terdapat pada tubuhnya.

  Ray mengosongkan minda. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Secara tiba-tiba, tubuh Ray bebas daripada kawalan Quel.

  Yang lain memandang kosong. Nampaknya, selepas ini akan ada adegan kejar-mengejar antara Ray dan...

  Quel tersentak. "Mantera? Are you a witch..?"

  "He's not but I am," balas Lisya, selamba.

  Quel mengangguk. Tatkala dia menoleh, dia menerima 'hadiah' padu khas daripada Ray. Dia mengusap pipinya yang ditumbuk kuat.

  Ray memejam matanya. Tanah bergegar. Selepas itu, beberapa rantai besi bersaiz sederhana muncul. Rantai-rantai itu melibas ke sana-sini mengikut arah tangan Ray.

  Quel yang masih belum menyedari cara Ray mengawal rantai itu kekal fokus mengelak serangan itu. Yang menghairankannya adalah, rantai-rantai itu seolah-olah sedang membawanya ke satu arah. Dia menoleh ke belakang. Quel terkejut apabila mendapati sebuah sangkar yang diperbuat daripada tanah 'tersergam indah' di belakangnya.

  BUK!

  Sepakan sisi itu membuatkan Quel terpelanting ke dalam sangkar tanah. Ray tersenyum nipis. Perlawanan itu langsung tidak mencabar. Tanpa dia sedari, sebuah perlawanan sedang menanti.

  "RAY!!"

  Ray menoleh. Dia ketawa kecil. Tangan diangkat. "Let'e fight, girl," cabarnya.

  Lisya menyerangnya dengan jejari bayang. Ray menghentikan masa. Dia mendekati Lisya lalu jari dipetik. Tubuh Lisya disepak kuat.

  Apa? Korang nak cakap yang Ray bermain kotor kerana guna kuasa masa? Eh eh, tu kuasa dia. Lagi satu..

  Tubuh Lisya lenyap. Ray mulai berjaga-jaga. Tanpa amaran, bahunya ditepuk dari belakang. Ray melompat jauh ke hadapan.

  Lisya mengepal penumbuk. Rancangannya tidak menjadi.

  "Oh, come on, Lisya. Taktik tu kau dah selalu guna," sindir Ray.

  Mereka berlawan sambil diperhatikan tentera lain. Sementara itu, Ryn bersusah payah mengheret tubuh Quel selepas menghancurkan sangkar tanah tadi.

  "Tch.. Tak nak tolong. Dasar tak guna," kutuk Ryn perlahan. "Beratlah!!" bentaknya.

  "Perlukan pertolongan?" sapa seseorang.

  Ryn menoleh. "Hah, bagus. Bawa dia ke bilik rawatan!"

  Rez ternganga melihat Ryn berlalu pergi. Dia mengeluh kasar. Apalah nasib..










To be continued

Duhhh hambar! Sorryyyyyyy I don't have any idea for this part!

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now