Aku menarik nafas lega apabila kedua-dua mereka belum tiba di rumah. 

"Awak, awak geraklah cepat. Nanti Reen dengan D sampai, diorang nampak awak mesti diorang pelik.."

"Kau halau aku?"

"Eh! Tak. Janganlah salah faham. Awak sendiri tahukan pernikahan kita ni...."

"Ye, aku tahu. Tapi tak payah sampai suruh aku balik cepat. Aku tahu bila nak kena balik..," balasnya seperti berjauh hati. Aku menggigit bibir.

"Sorry..," ujarku.

"Dah, aku balik dulu. Ingat, seminggu je. Lepas tu, pindah keluar. By hook or by crook.."

"Ye, saya tahu.."

Anaqi berpaling mahu pergi. "Eh, awak!" Gamitku. Lelaki itu memandangku.

"Err...nak salam..," jawabku gagap. Anaqi melangkah mendekatiku. Tangannya disuakan sebelum aku menyambutnya. Spontan, tangannya menarik kepalaku, membawa ke bibirnya. Entah kenapa, perbuatannya ini setiap kali dilakukan, aku jadi cepat tersentuh.

"Jaga diri baik-baik..," ucapnya sebelum masuk ke dalam kereta. Aku hanya berdiri tegak, agak kaku. Hon dibunyikan dan kereta Anaqi menderu pergi. 

Tanganku naik dahi, menyentuh kesan sentuhan tadi. Tanpa sedar, aku mengukir senyuman. 

                                      ****

Riuh rumah sewa kami sebaik sahaja Qaireen dan Diana tiba. Masing-masing teruja dapat bertemu kembali. Kami berpelukan seketika.

Malam itu, Qaireen mencadangkan supaya kami keluar makan di luar sahaja memandangkan peti ais masih kosong, belum sempat membeli belah lagi.

Sempat aku menghantar whatsapp meminta izin dari Anaqi.

+ Awak, saya keluar makan dengan Reen dan D, boleh?

Tidak sampai 10 saat, lelaki itu membalasnya.

- Pergilah. Tapi jaga diri. Ingat status kau.

+ Saya tak lupa. Terima kasih, awak!

Aku menyimpan handphone di dalam sling bag sebelum melangkah keluar dari bilik. Diana memandu kereta menuju ke arah lokasi yang dicadangkan Qaireen. Aku hanya menurut.

- Aku dah masukkan duit belanja dalam account kau untuk minggu ni.

Whatsapp yang aku terima dari Anaqi selepas kami bertiga selesai membuat pesanan. Duit belanja? Tapi kenapa? Eh, kau ni Ulya. Kau kan dah jadi isteri dia. Tanggungjawab dialah untuk bagi kau nafkah.

Aku menepuk dahi. 

"Kau dah kenapa, Kayla?" Soal Qaireen, hairan melihat aku tiba-tiba menepuk dahi.

"Hah?? Takda apa-apa. Aku rasa gatal kat dahi. Ingatkan ada nyamuk..," bohongku.

"Macam-macamlah kau ni, Kayla. Eh, so ceritalah macam mana kau harungi hidup sebulan duduk dengan mamat sengal tu?" Ujar Diana.

Aku terdiam. Mamat sengal tu dah jadi husband aku, D!

"Okay je. Dia takda buli aku pun.."

"Ye ke? Macam pelik je. Takkan dia langsung tak buli kau?"

"Tapi kan, aku salute lah dengan kau, Kayla. Even si Anaqi tu dah lumatkan hati kau, kau boleh lagi hadap dia. Kalau aku memang tak lah. Tak kuat, weh!" Giliran Qaireen pula berbunyi.

"Betul cakap Reen tu. Kalau aku pun tak sanggup.."

"Aku fikirkan mama je. Selain dari tu, aku tolak tepi. Biar jelah.."

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now