Puteri Kasih memandang ke arah puterinya dan kundang silih berganti. "Kamu berdua cakap fasal siapa ni ?" soal Puteri Kasih.

"Tak ada apa la mom , Tak penting pun untuk mom tau." kata Adelia.

"Apa-apalah , mommy nak masuk bilik. Ngantuk. Good night , sayang." ucap Puteri Kasih.

"Good night , mom." Adelia melihat kelibat Puteri Kasih sehingga hilang dari pandangannya.

"Vince , awak dah bagi surat jemputan saya ke rakan-rakan saya ?" soal Adelia.

"Dah tuanku." jawab Vince. Adelia mengambil tempat Puteri Kasih tadi. Dia menongkat dagunya di atas meja.

"Kenapa sorang pun tak call saya ? Betul ke awak dah hantar ni Vince !?" marah Adelia.

"Dah tuanku."

"Awak cakap apa masa awak bagi mereka surat jemputan ?" soal Adelia.

"Patik cakap , surat tu daripada tuan Puteri Adelia , jemputan ke majlis perkahwinan Puteri Diraja Lusia. Lepas tu , semua melopong sebelum bantai gelak. Patik pun tak tahu apa yang kelakar. Lepas tu , patik hanya cakap. Kedatangan mereka sangat dinantikan oleh tuanku." cerita Vince.

Terbeliak besar anak mata Adelia.

"Bantai gelak !!?" soal Adelia dengan tidak percaya.

Adelia segera mencapai telefonnya , dia segera membuka group whatsapp mereka empat sahabat.

Dear my sweet hunny bunnies babies boo !!! Korang dah dapatkan surat jemputan aku !?

-Adel.

ADEL !!! NAK BUAT PRANK PUN JNGN LAH GUNA NAMA DIRAJA
Malissa-

Ingat aku ada masa ke nak prank huh !?
-Adel.

Adel , kau tak ada job ke sampai guna nama keluarga diraja tuk attention ?
Malissa-

Membulat besar anak mata Adelia membaca whatsapp kedua daripada Malissa.

Adel !!!! Jangan begini. Masuk penjara , sape nak tanggung ! Aku tak nak gaduh ngan keluarga raja.
-Saleha.

"Alaah , bodohnya mereka ini." kata Adelia dengan senyuman 'penuh bahagia'.

Ya Allah , apa dosa aku ada kawan seperti mereka.
Adelia-

Abang long ada dik.. Jangan menangis
-Fariz.

Kau nak buat cerita gempak pun agak-agak lah Adel oii
Saleha-

Tak percaya sudah ah ! Aku tahu korang datang ke Lusia !!
-Adel

Tengok ah macam mana
Malissa-

Fariz , aku tahu hari jumaat kau datang dengan dorng berdua !! Siap korang kalau tak datang majlis kahwin aku...
-Adel

Apasal aku pula ? Dorang yang tak nak caya.
Fariz-

Serius ahhh kau puteri raja Adel ?
-Saleha

Benda ni tak boleh buat main tau Adel. Sedangkan permainkan nama keluarga diraja Malaysia boleh kena tangkap inikan pula Lusia.
Melissa-

Adelia melepaskan keluhan kecil. Apasal susah nak percaya !? Korang tak happy ke kawan korang ni berdarah diraja !? Bebel Adelia dengan geram.

Fariz , kau beritau dorang siapa aku. Dorang tak percaya la !
-Adel

Nenek-nenek sekali , silalah percaya si Adel ni puteri diraja lusia walaupun pangai dia macam setan dan langsung tak ada rupa seorang puteri.
Fariz-

Amboi , cantik bahasa !
-Adel

Terhibur Adelia membaca whatsapp rakan-rakannya. Macam-macam ragam !
Mintak-mintak lah si Fariz berjaya heret Saleha dan Malissa ke Lusia.





×××

Publish this chap because lama sangat menyepi. Exam sis tak start lagi , still otw huahuahua.. Bnyk tak cover lagi.

Pengajarannya , jangan buat kerja last minit.. If kau org zaman skolah slalu buat last minit , masuk u jangan tau...

Pecah kepala !

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now