Bab 12 Kenyataan

6K 510 172
                                    

MAK datang menjengukku ketika waktu melawat hampir tiba ke penghujungnya. Banyak barang yang mak bawakan untuk aku. Terliur aku melihat bekas berisi nasi beriani dan beberapa keping sandwich tuna yang mak letakkan di atas cardiac table.

Sebaik mak mempelawa, aku tak tunggu lama untuk menjamahnya. Memandangkan pagi esok aku kena berpuasa, aku berniat mahu makan puas-puas. Perut aku memang sangat lapar. Tadi aku tak lalu makan sangat.

"Jaz kata nak datang tengok Nara. Dia ada datang tak tadi?" Mak tersenyum melihat aku menyuap nasi beriani dengan penuh berselera.

Aku mengangguk. Aku tak berminat nak bercerita pasal Jazlan. Membayangkan muka Jazlan pun aku tak sudi.

"Dia datang seorang atau dengan isteri baru dia?" Mak pandang muka aku tak lepas. Aku tahu mak sengaja menyebut perkataan 'isteri baru'. Nak menyelidik samada aku tahu atau tak yang Jazlan sudah berkahwin lain.

"Datang dengan Wafa." Aku memandang sekilas muka mak. Mak tersentak sedikit bila aku menyebut nama Wafa. Mungkin tak menyangka aku mengenali isteri baharu Jazlan.

"Nara dah tahu lama pasal dia. Sebelum ni, dia sendiri yang hantar pada Nara gambar-gambar dia dengan Jaz. Sebab tu Nara tahu pasal hubungan dia dengan Jaz. Malam terjadinya accident tu, Nara dan Jaz bergaduh besar sebab dia. Jaz ceraikan Nara sebab perempuan tu tak nak bermadu." Aku bercerita dengan tenang.

Kening mak berkerut. Tak tahulah apa yang mak fikirkan. Aku bukannya nak bercerita yang buruk-buruk pasal menantu baharu mak. Tapi, biarlah mak tahu perangai perempuan itu supaya mak dapat menyediakan perisai sebelum berlaku apa-apa.

"Jaz menangis-nangis bila tahu Nara accident. Dekat sebulan juga dia berkurung dan tak nak jumpa siapa-siapa. Dia cakap pada mak, dia menyesal sangat ceraikan Nara. Sebab dialah Nara accident. Dia tak tahu Nara mengandung. Kalau tahu Nara mengandung, dia tak akan ceraikan Nara."

Aku tersenyum sinis. Pandai Jazlan buat cerita. Tak akan ceraikan aku kalau tahu aku mengandung? Aku tak percaya. Itu cuma alasan Jazlan untuk menutupi rasa bersalahnya. Dia bimbang keluarganya akan menyalahkan dia atas kemalangan yang menimpa aku. Sebab itulah dia buat alasan begitu.

"Jaz kahwin dengan Wafa sebab Wafa yang desak Jaz. Wafa datang jumpa mak dan ayah, sebulan lepas Nara koma kat hospital. Dia minta mak restui hubungannya dengan Jaz." Mak menyambung.

Terkedu aku mendengarnya. Beraninya perempuan itu!

"Mak tak basuh dia?" Memikirkan mak yang tak sukakan poligami, aku tak fikir mak hanya duduk diam.

"Mestilah mak serang dia tapi mak tak boleh buat apa-apa bila dia cakap yang dia dan Jaz dah terlanjur. Mak terpaksa juga izinkan dia kahwin dengan Jaz."

Dah terlanjur? Aku dah agak. Tak terlanjur apanya bila dah berkepit siang dan malam? Tak puas berkepit di pejabat, sambung pula di rumah Wafa. Jazlan bukan malaikat. Warak macam mana pun jika sudah digoda, tersungkur juga.

Jazlan dah berzina dengan Wafa. Jijik aku mendengarnya. Dah tahu cerita sebenar, mati hidup balik aku tak akan menikah semula dengan Jazlan. Jangan harap aku akan jadi isterinya lagi.

"Eloklah Jaz kahwin dengan dia, mak. Biarlah dia bertanggung jawab dengan apa yang dia dah buat pada perempuan tu. Dah sedap-sedap dengan perempuan tu takkan nak tinggalkan pula."

Aku enggan memanggil bekas suami aku dengan panggilan abang. Jazlan tak layak jadi 'abang' aku. Lelaki macam Jazlan hanya layak dengan perempuan macam Wafa. Sama-sama merenyam.

Berkerut dahi mak mendengar bahasa aku. Sebelum ni mak tak pernah dengar aku bercakap yang buruk-buruk pasal Jazlan. Yalah...dulu aku hormatkan Jazlan kerana kami masih suami isteri. Dah jadi bekas ni aku bebas bersuara. Bukannya kami ada kaitan apa-apa lagi.

GERIMIS (Terbit)Where stories live. Discover now