"Reen tahu sangat perangai abang macam mana kak. Dari kecil lagi suka sakat Reen.."

"Bukan selalu pun abang dapat jumpa Reen, kan? Sayang, Humaira mana?" Soal Abang Faiz memandang isterinya.

"Kat depan dengan Ica. Awak pergilah tengokkan. Eh, you girls pergi depan. Takda apa sangat pun nak dibuat kat dapur. Akak pakai caterer je. Tapi kalau Reen nak tolong, bawakkan kek ni ke depan boleh?"

"Boleh je kak.."

Aku dan Diana sedari tadi hanya menjadi pemerhati dan pendengar yang setia. Melihat kemesraan Abang Faiz dan Kak Hana membuatkan aku tersenyum. Andai suatu hari aku punya suami, aku juga mengimpikan hubungan mesra begini. Saling sayang menyayangi. 

Tiba-tiba pula teringatkan Izz Anaqi. Apalah yang dia tengah buat sekarang?

Majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Seronok melihat telatah Humaira yang comel dan lincah. Sempat aku berselfie dengan birthday girl. Gambar itu aku hantar kepada Anaqi.

+ With this adorable birthday girl. Comel kan dia?

Tak lama selepas itu, Anaqi membalas whatsappku.

- She's cute. Like you.

Ouch! Bersemut handphone saya tau, awak? 

Beberapa jam kemudian, kami meminta diri. Aku sedikit terkejut apabila Kak Hana menarik aku ke dalam pelukannya. Begitu juga Diana.

"Thanks ya Ulya, Diana..sudi datang memeriahkan majlis Humaira.."

"Sama-sama kak. Thanks sudi jemput kami. Comel sangat Humaira ni..," balasku mencuit hidung si montel itu.

"Reen, thank you datang. Nanti bila-bila free datanglah sini.."

"Betul cakap Kak Hana tu. Rajin-rajinlah datang sini. Lagipun rumah Reen tak jauh kan?"

"In shaa Allah kak, abang. Nanti Reen datang lagi. Okaylah Reen balik dulu. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam," serentak pasangan suami isteri itu menjawab.

 Jam di dashboard sudah pun menunjukkan pukul 11 malam. Diana sudah tidur di belakang. Aku yang masih tidak rasa mengantuk, menemai Qaireen memandu.

"Kak Hana dengan suami dia kerja apa, Reen?"

"Dua-dua engineer. Diorang kenal pun masa sama-sama belajar kat poli..," ujar Qaireen.

"Oh. Aku suka tengok diorang. Romantik and sweet je.."

"Kan? Aku pun suka tengok diorang. Tapi jalan cerita cinta diorang banyak juga liku-liku. Adatlah kan dalam perhubungan. Tak semestinya bahagia selalu tanpa ada cabaran dan dugaan.."

"Betul. Aku setuju. Mana ada hubungan yang tak pernah diuji?"

                                          ****

Pagi Ahad, aku bangun seperti biasa. Usai solat subuh, aku tidak menyambung tidur memandangkan sekejap lagi aku perlu bekerja.

Aku turun ke dapur menyediakan breakfast. Ketika sedang menikmati sarapan, whatsapp berbunyi.

- Wish me luck, sayang!

Terukir senyuman di bibir lantas jari jemari menari di atas keypad. 

+ Good luck abang! 

 - Thanks. Wish you were here.

+ Me too but I'm so sorry okay?

- Okay. Got to go now. Bye sweetheart!

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now