Irdina menurun tangga. Dia melihat dua orang sahabatnya berbual-bual. Rancak sungguh. Irdina menuju ke ruang tamu. Dia melihat jika ada tempat duduk yang kosong. Sebelah Hani menjadi tempat sasaran dia lalu dia duduk di sebelah Hani.

"Lama sampai?" Soal Irdina.

"Baru tadi." Jawab Hani.

"Ni Is, apa mimpi kau datang rumah aku ni? Siap call lagi jangan pergi mana-mana." Soal Nazran.

"Saja. Nak jumpa kau. Dah lama tak jumpa." Kata Iskandar.

"Dekat hospital kita jumpa kan? Kepala kau terhantuk meja ke? Tiba-tiba jadi manusia prihatin ni." Jawab Nazran.

"Engkau ni, jadi baik salah. Jadi jahat salah. Okay, just straight to the point jelah. Hani, ada tak? Bagi dekat dia orang ni." Arah Iskandar. Hani mengangguk sahaja.

Hani mencapai sampul surat di dalam beg tangannya. Dia memberikan kepada Irdina. Irdina mencapai sampul tersebut. Dia membuka perlahan-lahan. Terdapat kad jemputan. Walimatuurus Hani dan Iskandar? Macam tak percaya!

"Seriously babe?" Soal Irdina. Hani cuma mengangguk sahaja. Terus Irdina peluk Hani. Hani membalas pelukan sahabatnya. Nazran seperti sudah tangkap dengan perbuatan mereka. Mereka akan berkahwin? Nazran sudah menjangka lebih awal lagi. Akibat Nazran mengejek Iskandar pengecut. Terus Iskandar membuat keputusan untuk melamar Hani.

"Congrats bro. You did it!" Puji Nazran.

Pelukan Hani dan Irdina terlerai. Berkali-kali Irdina mengucapkan tahniah dan syukur. Yelah, sahabatnya dari zaman universiti lagi kot. Suka dan duka dikongsi bersama. Mana tak rapat kalau macam tu!

Kolam mata Irdina mula pecah. Air mata kegembiraan turun dengan selajunya. Bersyukur kerana sahabatnya tidak lama lagi menjadi isteri.

"Tak payahlah nangis. Overlah. Aku pun tak nangis." Sindir Hani.

"Hey Hani, kau tak ingat ke yang kau pernah broken dulu. Sekarang nilah kebahagiaan tu datang." Kata Irdina. Emosional betullah. Sesiapa je yang tak nak tengok kawan dia bahagia. Tiba-tiba Hani pula nangis.

"Eh,emo pula. So, aku nak kau orang berdua jadi pengapit kita orang." Kata Hani sambil mengesat air matanya.

"Betul tu. Balas jasa kita orang yang dulu jadi pengapit kau." Aambung Iskandar.

"Okay." Kata Nazran dan Irdina dengan serentak. Jodoh ke ni? Memang jodohlah! Apa lagi?

"Jom makan. Aku dah masak." Pelawa Irdina.

Mereka semua menangguk menuju ke meja makan. Mereka menikmati makanan yang dimasak oleh Irdina bersama Nazran sambil berasa syukur. Akhirnya Hani, kau dapat juga jumpa cinta sejati kau.

~~~
Hani menilik badannya di cermin. Baju kurung moden putih sudah disarung. Shawl sudah dililit dengan kemas oleh Irdina. Solekan yang tipis dikenakan di wajahnya dan menampakkan keaslian wajahnya.

"You look so beautiful, Hani." Ucap Irdina.

"Yeke cantik? Weh, aku dahlah nervous ni." Kata Hani. Tangannya menggigil mengalah orang menghidap parkinson.

"Relaks. Tarik nafas." Kata Irdina sambil melakukan perbuatan itu. Hani pula mengikut sahaja.

"Lepas. Fuhhhhhhh."

"Okay. How? Tenang sikit?" Soal Irdina.

"Okay sikit." Kata Hani.

Bunyi pintu dikuak begitu jelas didengar. Hani dan Irdina terus memandang ke arah pintu. Kelihatan mak saudara Hani. Mungkin untuk memberitahu yang pengantin lelaki sudah sampai.

Mr. Doktor I love youOnde histórias criam vida. Descubra agora