Mereka bersembang sehinggakan Irdina terlupa untuk pulang ke rumah. Irdina meminta diri untuk pulang. Biasalah perempuan, setahun pun memang tak habis bercerita.

~~~
Chicken chop yang dimasak oleh Irdina sudahpun terhidang di atas meja. Air kordial perisa oren sudahpun dituang ke dalam gelas. Puding caramel dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya sedap dimakan apabila sejuk. Sekarang ini, mahu tunggu Nazran balik sahaja.

Irdina yang setia menunggu itu melihat makanan yang terhidang di atas meja. Dia mengharapkan apabila Nazran memakan makanan itu memuji dia.

Hampir 10 minit menunggu, Irdina mendengar pintu utama rumah banglo itu dikuak yang menandakan Nazran sudahpun balik. Irdina pergi ke arahnya.

Nazran yang meletakkan kunci kereta di atas meja itu tidak endahkan kewujudan Irdina. Nazran meneruskan langkahnya yang mahu naik ke atas.

"Nazran." Panggil Irdina.

Langkah Nazran terhenti.

"Naz. Look at me."

Nazran memusingkan badannya ke arah Irdina. Matanya meliar-meliar.

"Awak tak nak pandang saya ke?" Soal Irdina.

"Apa kau nak Dina? Aku nak mandilah."

"Nazran, saya tahu yang saya salah. Saya tahu memang saya berdosa keluar tanpa izin suami. I'm so sorry. Naz, kalau saya tahu yang saya tak boleh keluar dengan Maya, saya takkan keluar dengan dia. Saya takkan layan dia. Saya taknak kita dingin macam ni lagi. Please. Saya nak kita macam dulu. Macam dulu, awak suka bahan saya, yang buat saya ketawa, yang buat saya happy. Saya tak suka awak yang macam ni. Saya nak awak macam dulu. Please...." ucap Irdina.

Nazran tenung mata Irdina. Dia memang tidak nampak keikhlasan Irdina sebaliknya dia dapat merasai keikhlasan yang diberi oleh Irdina. Dia memang mahukan hubungannya yang sebelum ini. Hubungannya yang buat dia tersenyum. Yang buat dia bahagia. Tetapi ego menguasai diri, maka terbitlah rasa benci.

"I sorry too." Ucap Nazran. Ini membuatkan Irdina berasa pelik.

"For what?"

"Aku ignore kau. Aku tak ambil tahu hal kau. Aku tak endahkan kau. Aku marahkan kau. To be honest, aku nak hubungan kita macam dulu." Ucapnya lagi.

Irdina tersentuh dengan ucapan itu. Dia sangat terkejut dengan kata-kata yang diterbitkan dari bibir Nazran. Dia tersenyum lebar. Eh! Sekejap.

"Saya punyalah panjang lebar susun kata, awak cakap macam tu je. Awak ni tak romantiklah." Seloroh Irdina.

"Kalau aku romantik, nanti aku over dose romantik dekat orang lain. Nak nak pulak, orang tu jealous dengan kita dekat hospital." Sindir Nazran.

Irdina senyum tersipu malu. Halah! Dia dah ungkit cerita lama dah!

"Jomlah makan. Saya dah siapkan dah. Let's eat." Ajak Irdina. Sengaja mahu tukar topik. Irdina berjalan menuju ke meja makan. Dengan pantas, Nazran mencapai tangan Irdina. Tangannya digenggam erat. Irdina menghadapkan badannya ke arah Nazran.

Nazran tenung wajah Irdina yang tersipu malu itu. Selepas itu, dia tenung  mata hitam Irdina. Cantik.

"Hey, listen here. Aku takkan gatal dengan orang lain selain isteri aku, okay?" Ucap Nazran dengan syahdu.

Irdina bagaikan dipukau. Terus pipinya blushing. Terasa lutut tak mampu menampung badan lagi. Kenapa dia ni sweet sangat? Siapa yang ajar awak, Naz?

"Okay. Promise?" Irdina menunjukkan jari kelingkingnya.

"Promise." Akhirnya jari kelingking itu bersatu. Eh, lupa!

"Naz, jomlah makan. Makanan dah sejuk dah tu. Nanti tak sedap pulak." Ajak Irdina.

Nazran mengangguk lalu mereka berjalan beriringan ke arah meja makan. Nampak sweet gittew. Siap pegang tangan lagi.

Usai membaca doa, Nazran menggunakan pisau untuk memotong ayam lalu dia menyuap masuk ke dalam mulut. Arghhh! Indahnya dunia. Sedapnya chicken chop bini aku!

"So how? Sedap." Soal Irdina yang inginkan pujian.

"Sedap." Kata Nazran dengan bersungguh-sungguh.

Irdina bagaikan hilang kata-kata. Inilah kali pertama Nazran memuji masakannya dan inilah yang dia mahukan. Tak sia-sia dia merancang sebegini. Irdina kembanglah! Apa lagi.

Usai menghabiskan chicken chop tadi. Tiba masanya Irdina mengeluarkan puding karamel yang sudah disejukkan. Dia menghidangkan di atas meja.

"Puding karamel lagi?" Soal Nazran. Perutnya sudah mahu meletup. Tetapi apabila puding karamel terhidang di depan mata, nafsu makannya semakin membuak-buak.

"Dessert." Jawab Irdina.

"Dina, aku baru bakar lemak tadi. Kau ni kan, suka bagi aku gemuk."

"Sekali sekala apa salahnya." Jawab Irdina.

Indahnya dunia jika Nazran seperti ini sepanjang masa. Dunia bagaikan berhenti seketika apabila tenungan Nazran di mata. Akan aku ingat memori ini sampai bila-bila. Semoga rumah tangga yang kami bina ini kukuh dan bahagia hingga akhir hayat kami. Insyaallah.

~~~
"Awak nak bagitahu dia orang ke?" Soal Iskandar.

"Kalau kita bagitahu sama-sama sama boleh?" Jawab Hani.

"Okay. Kita bagitahu sama-sama." Kata Iskandar.

~~~
Hai! Sis kata sis nak update weekend ni kan, tapi disebabkan idea datang membuak-buak, maka terhasillah bab 24. Ini khas buat pembaca setia MDILY. Amacam? Sweet tak Nazran dengan Irdina? And, Iskandar dengan Hani nak bagitahu apa? Semuanya terjawab di bab seterusnya.
Keep voting, comment and share, okay 👌.

Mr. Doktor I love youTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon