37: Finale (iv)

419 39 29
                                    

Pagi menjelang dan seperti biasa, mereka bertiga menikmati sarapan di meja makan. Clara yang menyediakan sarapan menggunakan bahan-bahan yang dibeli semalam. Mereka makan dalam diam. Hanya bunyi sudu dan garfu mengisi kesunyian markas itu. Masing-masing memikirkan hal yang berbeza.

Iefa memikirkan tentang spekulasinya yang yakin Dira kembali untuk membalas dendam. Mungkin berkolaborasi dengan kakaknya, Jwanita. Siapa tahu?

Affi pula sibuk berfikir tentang tiga titik di belakang badannya. Tiga titik yang setiap satunya sebesar penumbuk itu, menggusarkan hatinya. Nyawanya sudah dibahagi tiga. Tiga kali serangan dan nyawa Affi bakal melayang.

Clara pula bimbang akan situasi yang melanda. Kekusutan fikiran Affi dan Iefa bagaikan menjalar dalam dirinya, walaupun tiada kata yang diungkap oleh dua ahli mistik itu. Hal-hal sihir yang berlaku sejak kebelakangan ini agak mengejutkan Clara kerana dia memang tak pernah terlibat dengan hal-hal misteri sebegitu. Sudah pastinya merunsingkan apatah lagi Affi dan Iefa yang sesaat bagaikan minyak dan air, sesaat lain bagaikan cincin dan permata. Hairan juga dirinya namun didiamkan saja. Bukan dia tahu apa-apa mengenai hubungan Affi dan Iefa.

"Jom ikut aku, Affi." Ujar Iefa seraya bangkit dan meninggalkan meja makan. Affi hanya menurut. Pinggan dan cawan kotor dibawa ke sinki. Termasuk Iefa punya sekali.

Dasar setan pemalas. Main tinggal je pinggan cawan kotor dia.

Clara hanya diam. Tak tahu nak bereaksi apa. Takkan dia nak jenguk apa yang akan dibuat oleh Affi dengan Iefa? Dia bukan siapa-siapa. Jadi, Clara hanya meneruskan makan bagaikan tiada apa yang berlaku.

Affi dan Iefa memasuki bilik upacara. Masih ingat bilik ini? Ya, bilik di mana permulaan Affi menjadi seorang ahli sihir bernafsu songsang. Affi mengetap gigi. Dia benci bilik ini. Dia benci terkenangkan kebodohan dirinya 50 tahun dahulu sehingga terjatuh ke dalam perangkap licik Iefa. Memandai-mandai Iefa menjadikannya seorang ahli sihir sehingga meragut segala kebahagiaannya. Jikalau Iefa tidak muncul dalam hidupnya, pasti dia sudah bahagia dengan Dira, walaupun Dira melakukan kesalahan, pasti akan Affi maafkan apabila Dira menerangkan situasi yang sebenar.

Affi juga pasti akan bahagia dengan ibunya dari dulu, dan bukannya menemui ibunya di kala hujung nyawa. Penumbuk digenggam. Ya, Iefa pemusnah kebahagiannya. Affi benci. Benci. Benci. Perasaan ini sudah lama bersarang dalam diri Affi. Namun dia pendam. Affi teramat mahukan dirinya kembali kepada manusia. Dia mahu merasai rutin manusia biasa. Bukannya terperuk di markas bodoh itu. Bukannya hayat bergantung kepada tugas menunaikan hajat. Bukan. Bukan dan bukan. Hidupnya lebih daripada itu.

"Aku nak tingkatkan kekuasaan kau. Supaya boleh bertahan jikalau ada apa-apa yang berlaku." Iefa memberi iayarat seperti menyuruh Affi baring di katil batu yang ada di tengah bilik upacara. "Tak." Jawab Affi, sepatah. Iefa terkejut. Bulat matanya melihat Affi yang tegas melawannya itu. "Apa kau kata? Kau taknak?" Soal Iefa, meninggi nadanya. "Benar apa kau dengar. Aku cakap aku taknak. Kau tak boleh paksa aku." Affi ketap gigi.

"Cukuplah segala yang kau buat kat aku! Kau hancurkan hidup aku, kurung aku kat tempat tak guna ni bahkan beri aku tugas yang melawan fitrah aku! Kau menyebabkan aku tunduk pada syaitan macam kau! Cukuplah, Iefa. Aku sudah tidak mahu lebih lagi. Cukuplah sekadar menunaikan hajat. Pasal ancaman akan datang, kau uruslah sendiri!" Affi keluar dari bilik. Berdebar dirasai apabila melepaskan segala amarah nya tadi.

Dia melangkah kembali ke meja makan. Sesekali ditoleh ke belakang bagi memastikan sama ada syaitan itu mengikutinya atau tidak. Nampaknya tidak. Tiba di meja, Affi mendapati Clara sudah tiada. Affi merasa tidak sedap hati. Dia membaca mantera lalu sesaat kemudian dia muncul di gigi kolam. Clara sedang duduk di situ. Merendam kaki di dalam air kolam. Affi menghembus nafas lega melihat Clara selamat.

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now