23: Affi's Day Out

928 56 8
                                    

Affi ke pantri markas itu. Pantri yang dia sendiri bina. Zaman Iefa kendalikan markas tu, mana ada pantri tu. Entah dia makan minum apa kat situ. Affi membuka kabinet di atas kepala, tangannya menggangau mencari sepaket air bancuh. Dua tiga kali gagau, tiada walau satu paket pun yang dapat Affi capai. "Aik? Serius ah?" Affi jenguk pula kepala, meninggikan sedikit badannya. Affi merengus apabila mendapati semua serbuk bancuh dah habis.

"Pelahap sangat agaknya aku ni. Tak sedar dah habis." Affi merendahkan diri semula. Mug tadi diletak semula di atas rak. Dia menapak kembali ke ruang hadapan.

Dia memandang kalendar di dinding. Satu-satunya hiasan dinding. Okey, bukan hiasan... tapi satu-satunya objek yang terlekat di dinding tu. Kalendar tu istimewa. Kalendar itu akan berubah ikut tahun. Jimat duit, takyah tukar-tukar kalendar. Eh jap, duit? Affi ni perlu duit ke? Mana dia dapat duit?

Affi melangkah ke sudut ruangan itu. Suatu kotak kecil sebesar tapak tangan diambil. Ada segulung duit. Gulungan itu diambil lalu disisip ke dalam saku. "Hmm..takkan nak keluar pakai baju ahli sihir ni?" Cebik Affi. Dia membuat beberapa gerakan tangan dan suatu serbuk magis (yang anda semua boleh tengok dalam citer Cartoon Network atau kartun Barbie) berpusar mengelilingi tubuh Affi. Dan sekelip mata.. Affi sudah berubah pakaian.

Tadinya, dia memakai tuksedo aneh berwarna gelap yang sinonim dengan dunia gelap. Kini, dia memakai cap, sweater hoodie dan seluar jeans three-quarter. Kakinya bersarung sneakers. Ranggi tapi simple.

Affi menghampiri lapisan membran yang memisahkan air kolam dengan ruangan dalam markas. Matanya ditutup, sejenis mantera dibaca.. lalu tanpa disedari Affi sudah diteleportasi ke permukaan kolam renang. Di tengah-tengah kolam renang. Like..literally terapung. Affi mengangkat kelopak mata, lalu mula berjalan ke gigi air.

"Lama jugak aku tak keluar dari markas ni. Last rasanya.. time aku nak tunaikan hajat sorang budak tu nak famous." Affi menghirup udara, bagaikan menikmati suatu nikmat kebebasan.

"Bila eh kejadian tu? Hmm..20 tahun lepas rasanya.. patutlah udara sekarang dah lain. Makin berhabuk." Affi mencebik. Matanya menjuling ke atas. "Kat mana aku nak beli air bancuh ni eh?" Kepalanya ligat berfikir. Lalu suatu nama kedai yang pernah dia dengar, terlintas di fikiran. Affi senyum. Cap pantas dikemaskan. Tangan dimasukkan ke dalam kocek.

"99 Speedmart dah bukak ke eh time ni?"

----

Satu demi satu rak jualan dilalui. Dironda satu per satu. Dijenguk penuh teliti. Affi tergaru-tergaru kepala. Salesgirl di kaunter dah pandang Affi semacam. Tak pasti dia memandang Affi sebagai seorang pencuri (sebab Affi satu-satunya pelanggan ketika itu) ataupun kerana kekacakan Affi.

Rasanya sebab yang kedua tu. Muka Affi ni bukan stok biasa-biasa. Air muka Affi ni lain macam. Macam ada aura yang boleh buat orang takkan lepaskan mata pada pandangan pertama. Wajah yang orang akan ingat sampai bila-bila. Malangnya, dia gay. Lelaki gay sumpahan.

Setelah puas menahan ego daripada bertanya kepada salesgirl itu, akhirnya Affi akur. Affi melangkah ke kaunter dengan helaan nafas lemah. Helaan nafas yang menandakan dia kecewa dengan diri sendiri kerana gagal mempertahankan ego dirinya.

Tipikal lelaki dengan ego tinggi.

Salesgirl tu menunduk apabila Affi menghampiri kaunter. Malu mungkin. Semakin Affi menghampiri, semakin tak keruan perlakuan si salesgirl. Macam kucing hilang anak.

"Tumpang tanya.." Affi memulakan bicara. Terasa lain benar apabila itulah dua patah perkataan pertama yang diluah setelah keluar dari markasnya...

"Aa...aa.. ya?" Salesgirl itu mendongak, cuba berlagak biasa, seperti melayan pelanggan lain. Namun, hatinya yang berdebar melihat kekacakan luar biasa Affi telah menyukarkan salesgirl itu membuat mimik biasa.

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now