10: Beautiful (ii)

1.2K 74 7
                                    

Rael membuka mata dengan payah. Hidungnya terbau haruman yang wangi. Dia membuka mata dan memandang ke kiri kanan. Suasana yang sungguh suram dan misterius. Tiada lampu yang terpasang menerangi bilik itu melainkan lilin-lilin yang sungguh banyak.

Lilin yang beraneka bentuk, warna, ketinggian dan ada yang melepaskan bauan harum apabila dibakar. Rael melihat tempatnya berbaring. Tilam yang empuk, bercadar hitam.

"Katil siapa ni?" Soal Rael, menepuk-nepuk tilam yang empuk itu. Dilihat sekeliling bilik yang sederhana luas itu. Dekorasinya biasa namun bermotifkan suram. Gelap.

"Kau dah bangun?" Soal suatu suara. Rael memandang ke arah muka pintu. Seorang lelaki yang agak tinggi sedang berdiri di muka pintu, membawa dulang berisi teko dan air. Lelaki itu melangkah menghampiri katil. Cahaya lilin menyuluh wajah lelaki misteri itu, lalu terserlahlah wajahnya yang kacak.

Lelaki itu meletakkan dulang di meja di tepi katil lalu melabuhkan punggung di katil, di tepi Rael. Lelaki itu menatap muka Rael dengan tenang.

"Nama aku Affi. Apa nama kau?" Affi memulakan bual bicara. Rael bagaikan terpukau mendengar suara Affi yang sungguh menggoda itu. Suara yang tak dapat digambar dengan kata-kata. "Na..nama aku Rael.." ucap Rael,terketar-ketar agak gugup.

"Oh. Rael..." Affi bagaikan berfikir sesuatu. "Umm..Affi?" Seru Rael.

"Hmm?" Sahut Affi.

"Kita di mana ni?" Soal Rael. Affi tersenyum lalu menjawab, "Kita sekarang di rumah aku. Di dasar kolam renang yang kau terjun tadi" jawab Affi. Teko dicapai, lalu isinya dituang ke dalam cawan. Cawan tersebut kemudiannya di hulur kepada Rael.

"Kenapa kau cuba bunuh diri?" Soal Affi, cuba mengorek rahsia. Rael merenung pantulan dirinya di dalam air teh di dalam cawan.

"Aku rasa kelelakian aku tercalar." Jawab Rael, cuba mengambil nafas bercerita. Affi terjongket sedikit kening mendengar mukaddimah cerita Rael.

"Tadi...aku baru putus dengan Dania. Kekasih aku. Bila aku tanya sebab dia mahu putus..dia kata....dia sebenarnya lesbian!! Sakitnya hati aku tak tertanggung kau tau! Malu aku sebab selama ni aku jatuh hati pada seorang gadis lesbian!" Luah Rael.

Affi tersenyum. "Kau mau tau sesuatu, Rael?" Soal Affi, memancing perhatian Rael. "Apa?" Soal Rael, ingin tahu.

"Aku ini sebenarnya ahli sihir. Aku boleh makbulkan segala permintaan yang kau mahu. Tapi setelah selesai segalanya kau perlu menuruti arahanku." Ujar Affi.

"Ahli sihir?" Rael bagai tidak percaya. Lelaki tampan misterius di hadapannya kini ialah ahli sihir?
"Jadi, kau ada apa-apa permintaan yang mahu ku tunaikan?" Soal Affi, tersenyum manis. Rael memandang Affi. Rael tersenyum.

"Jadikan aku perempuan."

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now