16: Affi (ii)

1K 66 1
                                    

Dira baring di katilnya.

"Aku benci kau!"

Dira rasa sakit apabila teringat semula kata-kata Affi tadi. Dira meraup muka. 'Cara aku..salah ke?' Dira mengalah.

"Ah..dia budak pintar..mesti dia faham niat aku koyak-koyakkan buku tu..." Dira menutup mata.

Buku yang dia pinjamkan daripada Affi-yang Affi baling pada dia tadi- berada di sisi Dira. Bagi Affi,mungkin buku tu dah tiada nilai kerana Dira telah mengoyak-ngoyakkan hampir semua mukasurat. Hanya beberapa mukasurat yang Dira biarkan elok. Itu memang sengaja. Dira ada motif dia sendiri.

"Tapi macam mana kalau dia tak dapat tafsirkan?" Dira sebak. Ya, dia tau cara dia ni salah. Dira yang tadinya baring, segera duduk. "Aku harus berkonfrontasi dengan Affi!" Dira pantas bangun lalu mengatur langkah. Keluar dari rumah. Menuju ke rumah Affi.

----

Affi menyandarkan tubuh ke bingkai pintu sambil menyilang tangan. Kening dijongketkan. "5 minit je aku bagi untuk kau bagitau apa yang kau nak sangat bagitau sampaikan senja macam ni sanggup datang rumah aku. Cepat."

Dira menarik nafas. Lega Affi memberinya peluang. "Awak tengok buku ni.." Dira menayangkan buku tersebut di hadapan Affi. Tapi Affi memalingkan wajah. Nampak sangat benci-ataupun sedih-melihat keadaan buku yang rosak teruk.

"Awak tau kan apa tajuk buku ni?" Soal Dira.

"Mestilah. Buku aku. 'Mystery of Feelings' tajuk dia" jawab Affi, bernada dingin, masih menyilang tangan dan bersandar secara sisi di pintu.

Dira menarik nafas, cuba tidak terlalu direct menyampaikan mesejnya.

"Awak perasan kan ada beberapa muka surat yang saya biarkan elok?" Ujar Dira, cuba megajak Affi berfikir.

Affi tergelak sinis. "BEBERAPA? Cuma beberapa je?" Affi menggeleng. Kali ini silangan tangan dileraikan, lalu tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar, dan tangan kanan meramas rambut. "Maknanya kau memang sengaja jahanamkan buku aku ni? HAH?" Affi mengawal tone tengkingannya.

"Ya, saya memang sengaja..tapi.."

"HAHAHA!! Kau ni memang perempuan tak berhati perut, Dira!! Kau dah rosakkan buku aku..pulangkan dalam keadaan ranap macam ni..tak mintak maaf...dan sekarang kau dengan mudahnya mengaku kau SENGAJA buat? Hebat!!" Affi menggeleng, bertepuk tangan memerli dan ketawa mengejek berselang-seli.

"Tu sebab saya datang nak terangkan kat awak sekarang.."

Affi menunjuk tapak tangan tepat di depan muka Dira.

"Kau tau maksud aku tala tapak tangan aku ni depan muka kau?"

"Supaya saya stop bercakap?"

"Tu satu maksud. Satu lagi maksud... tempoh 5 minit untuk kau bercakap dah habis dan kalau kau bercakap lagi, tapak tangan aku ni akan hinggap di muka kau. Jadi, aku harap kau boleh berambus dari sini. TERIMA KASIH atas penerangan kau tadi."

Bam!!

Pintu dihempas kasar oleh Affi. Dira kecewa. 'Affi dah tutup hati dia...'

Dengan kecewa, Dira menapak pulang. Buku tersebut diletakkan sahaja di lantai, depan pintu rumah Affi.

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now