6: Famous (ii)

1.8K 85 7
                                    

Selepas tamat waktu sekolah, Adri berjalan ke taman sekolah. Dia duduk dan membaca buku. Pelajar lain kepoh bergosip sambil berjalan menuju ke bus stop, ke kantin malah ada yang pergi padang main bola. Adri? Ini la rutinnya. Balik sekolah, pergi taman sekolah, baca buku. Tiada siapa yang hirau. Dia balik sekolah pon naik basikal. Mak ayah dia busy.

Jam 3 petang, setelah sejam membaca buku, barulah Adri mengangkat kaki menuju ke garaj basikal. Tinggal beberapa buah basikal sahaja lagi, termasuk basikal milik Adri.

Dari jauh, Adri dapat melihat Qaif sedang duduk di basikal. Adri merengus, menyampah betul dia pada Qaif. Bukannya sebab Qaif ada buat salah terhadapnya, tapi sebab dirinya tidak sepopular Qaif.

Adri hanya melangkah ke arah basikalnya tanpa menghiraukan Qaif. Adri meletakkan begnya di bakul depan basikal. Adri menjeling Qaif yang sedang swipe swipe telefon pintar di tangan.

Adri menyorong basikal, dia menjeling Qaif. Qaif kelihatan mengalihkan pandangan, tidak mahu memandang Adri. Adri mengetap gigi. Hatinya sungguh marah dengan perlakuan Qaif yang bagaikan jijik benar mahu memandangnya.

"Woi Qaif. Apa aku ni hina sangat ke sampai kau taknak pandang aku?!"

Geram Adri dilepaskan dengan menengking Qaif yang hanya beberapa tapak jaraknya daripada Adri.

Apabila ditengking sebegitu, Qaif semakin mengalihkan pandangan daripada memandang Adri.

"Aku tau la kau popular...tapi kenapa kau taknak kawan dengan akuuu!!" Adri menjerit. Qaif memalingkan wajah memandang Adri apabila disergah sebegitu oleh Adri.

"Tak ada siapa la nak kawan dengan kau!" Jerit Qaif, lalu mengayuh basikal beredar daripada situ. Adri terkedu mendengar jawapan Qaif. Tidak disangka pelajar yang begitu terhormat di kalangan guru-guru serta pelajar lain turut bersikap tidak mahu berkawan dengannya.

Adri sedih bercampur geram. Lalu dia mengayuh keluar dari pekarangan sekolah. Otaknya berfikir, mengapa tiada siapa yang mahu berkawan dia? Dia jahatkah? Dia hodohkah?

Adri mengambil keputusan untuk ke kolam renang awam di kawasan tersebut. Adri memarkir basikalnya di luar kawasan. Dia menapak ke dalam, tiada siapa. Dia duduk di bibir kolam. Teringat dia akan kisah tentang seorang lelaki miskin yang tiba-tiba hilang selepas menjadi kaya dan hampir membunuh gadis tercantik di bandar itu, 10 tahun lalu.

Kata orang, lelaki itu hilang di kolam awam itu. Adri menggerak-gerakkan kakinya di dalam air. Dia biar je kakinya berendam dengan kasut sekolah.

Adri berdiri, menarik nafas, lalu terjun ke dalam air. Lega. Rasa air sejuk bagaikan menghanyutkan rasa amarah terhadap semua orang. Tiba-tiba, kakinya ditarik. Adri meronta cuba melepaskan kakinya. Akhirnya, Adri lemas.

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now