34: Finale (ii)

481 49 23
                                    

Affi melangkah keluar dari bilik tidur Clara. Masih terbayang di pandangannya, keindahan mata Clara tadi. Walau bertentang mata selama sesaat sahaja tapi keindahan mata Clara asyik Affi ingat.

Baru Affi perasan mata Clara warna hijau cair. Sangat unik dan cantik.

Affi teruskan melangkah. Kembali menuju ke destinasi asalnya; dapur. Selain bilik Clara, Affi juga harus melintasi bilik Iefa (sebelum ni Affi dan Iefa kongsi bilik tapi Affi menyampah hadap Iefa tiap malam. Jadi dia halau Iefa ke bilik baru).

Pintu bilik Iefa elok terbuka luas. Affi jeling sedikit ke dalam (tak tau kenapa Affi ni jadi rajin pulak main masuk bilik orang ni). Affi nampak Iefa sedang duduk di atas lantai, membelakangi Affi. Biliknya gelap, hanya tempat yang diduduki Iefa diterangi beberapa batang lilin. Iefa kelihatan seperti memegang sesuatu. Tidak terlalu jelas di pandangan Affi sebab suasana yang suram.

"Kau buat apa tu?" Soal Affi, sambil memeluk tubuh dan bersandar di pintu. Iefa sekadar menoleh sedikit sebelum kembali menghadap lilin di hadapannya. "Sejak bila kau kisah pasal apa yang aku buat ni?" Soal Iefa, tanpa memandang Affi. "Ceh.. jawab saja lah." Balas Affi. "Mari lah sini. Kau tengok apa yang aku buat." Ajak Iefa.

Affi pun duduk di sebelah Iefa. Jelaslah di tangan Iefa itu ada sebatang tongkat. Nampak agak tua dan bengkang-bengkok. Terdapat batu permata hijau di hulu tongkat itu. "Ini tongkat yang aku curi daripada ayah aku. Sebab aku nak ubah rupa aku kepada manusia. Aku ni separuh sahaja syaitan, jadi kekuasaan aku tak kuat. Jadi aku curi tongkat ayah aku." Jelas Iefa.

Affi hanya mendengar, macam biasa lah. Dia bukan banyak cakap pun.

"Di dunia manusia ni, kau pasti pernah dengar tentang manusia yang amalkan ilmu sihir, kan? Atau selalu orang panggil...bomoh, pawang ataupun dukun. Dan kau pasti pernah dengar khabar tentang bomoh yang sangat kuat sampaikan tiada yang dapat menandinginya, kan?" Soal Iefa.

Affi angguk. "Kau nak tau tak... walaupun aku dah ada tongkat ayah aku ni. Kekuasaan aku ni hanya tahap bomoh terkuat itu sahaja. Maknanya aku ni syaitan yang lemah. Aku ni... kalau bersemuka dengan bomoh terkuat, aku takkan dapat tahan. Aku akan mati." Ujar Iefa. Raut wajahnya memang tersenyum. Tapi bagaikan ada awan mendung yang menaungi wajahnya. Suram.

"Kau boleh mati eh?" Soal Affi. "Boleh. Bahkan ayah aku yang syaitan sebenar pun mati. Apatah lagi aku yang lemah ni. Apatah lagi..." Iefa mengusap batu permata hijau di hulu tongkat yang dipegang, "...kalau batu ni dimusnahkan."

"Oh batu ni punca kekuasaan kau?" Soal Affi. Iefa mengangguk, "Benda ni cuma aku, engkau dan kakak aku saja yang tau." Ujar Iefa, lalu mendongak memandang wajah Affi. "Dan sekarang aku merasakan ada yang akan bunuh aku. Orang itu cuba memusnahkan batu permata ini."

"Maksud kau? Kakak kau? Siapa kakak kau? Kau masih tak beritahu aku!" Soal Affi, bersemangat. Iefa hanya menggeleng, "Aku cuma dapat berharap dia tak terfikir untuk bunuh aku."

Bunyi ketukan di pintu menghentikan perbualan mereka. Affi dan Iefa pantas bersama menoleh ke arah pintu. Clara sedang berdiri di situ. "Kenapa, Clara?" Soal Iefa. Dia menolak tongkat itu ke bawah katil, lalu bangun menuju ke arah Clara.

"Saya lapar."

-------

Disebabkan bekalan makanan markas dah habis, mereka bertiga bersiap untuk makan di luar. Ya, mereka makan di luar.

Maaf tiada kejadian istimewa yang berlaku, jadi author skip ke part diorang otw balik rumah.

Affi selaku seorang lelaki ditugaskan untuk membawa beg-beg plastik yang penuh dengan barang yang baru dibeli di pasar raya tadi. Selesai makan tengah hari tadi di restoran, mereka ke pasar raya pula untuk beli barang dapur. Semuanya guna duit Clara. Affi malas nak seru duit haram entah dari mana-mana, jadi dia guna jalan mudah dengan menggunakan duit Clara. Clara kan anak orang kaya.

Di bibir kolam, Iefa terus saja lompat masuk dalam air. Ketika di dasar kolam, di depan membran, terus sahaja Iefa masuk. Tak perlu mantera ke apa. Terus masuk. Special case.

"Kau masuk dulu. Kalau ada masalah, boleh aku back-up." Ujar Affi. Clara mengangguk. Brosur dikeluarkan dari poket lalu mantera dibaca dan Clara ghaib. Dah masuk la kot dalam markas.

Affi diam sebentar di bibir kolam. Plastik-plastik diletakkan di lantai. Tangan dimasukkan ke dalam poket. Tanpa menoleh, dia bersuara, "Aku tau kau perhati kami dari awal lagi. Dari kat restoran lagi kan?"

Gadis di balik dinding terkejut. Dia fikir Affi tidak menyedari kehadirannya. "Kau siapa? Kenapa kau ikut kami? Kau jejaki siapa antara kami? Tunjukkanlah diri kau!" Affi berpusing, mrnghadap arah dinding di mana si gadis bersembunyi.

Si gadis mendengus lalu keluar dari tempat persembunyian. Dia memakai jubah hitam dan ber-hoodie. Menyebabkan separuh wajah tertutup. Hanya nampak dari hidung ke mulut. Tapi pakai topeng mulut pulak. Secara teknikalnya, Affi tak nampak langsung wajah gadis itu.

"Kau dah lama kan sebenarnya memerhatikan aku? Dulu aku pernah jalan-jalan ke luar bandar setelah bertahun tak keluar. Dan kau ada mengekori aku kan?" Teka Affi.

Gadis itu hanya diam. Rasa terhina kerana kehadirannya dapat dihidu. "Kenapa kau senyap? Kalau kau ada apa-apa masalah, kau cakap! Bukan menghendap!" Herdik Affi. Gadis itu merengus. Suatu bola kecil dikeluarkan dari dalam poket, lalu dibaling.

Bom asap!

Asap berkepul-kepul membatasi pandangan. Ketika itu gadis tersebut lari. Affi terbatuk-batuk sedikit. Beberapa saat, asap pun menghilang. "Huh..lapuk betul cara lari." Affi kembali mendapatkan beg-beg plastik dan teleport ke dalam markas menggunakan cara Clara.

Kalau guna cara Iefa, basah la barang-barang dalam beg plastik tu nanti.

Apabila sampai di dalam markas, beg plastik diletakkan di dapur. Sweater dibuka sambil berjalan menuju ke bilik. Affi melewati ruang tamu dan mendapati Iefa sedang menonton suatu filem inggeris di HBO.

Affi masuk ke dalam bilik, lalu mencampakkan sweater di atas katil. Baju yang menyarung tubuh dibuka. Terserlah tubuh yang sedang-sedang elok dan cerah warna kulitnya. Bahunya lebar dan tegap.

Kebetulan Clara melalui bilik Affi untuk ke ruang tamu. Clara ternampak Affi yang tidak berbaju (sebab Affi tak tutup pintu). Sesuatu telah menarik perhatian Clara untuk menegur Affi. "Err...abang.."

Affi menoleh memandang Clara di muka pintu. "Kenapa?" Soalnya sambil mencampakkan baju ke atas katil. "Belakang abang tu.. memang ada tiga titik tu ke?" Soal Clara. "Haa? Titik? Titik apa?" Soal Affi kembali. "Tu ada kat belakang abang." Tunjuk Clara. Affi ke cermin besar di penjuru bilik. Dia menilik tiga titik yang berada di belakangnya.

Iefa yang menonton TV terdengar soalan Clara yang berdiri di muka pintu bilik Affi. Lalu Iefa menuju ke bilik Affi.

"Oi Iefa. Aku rasa aku tak pernah ada tiga titik pelik ni. Kau tau tak ni apa?" Soal Affi sambil menayangkan belakang badannya kepada Iefa. Wajah Iefa berubah serta-merta. Clara perasan perubahan air muka Iefa. "Akak tau ke tu titik apa?" Soal Clara.

"Korang tau tak maksud expiry date?"

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now