Janganlah dia salah faham aku nak ambil kesempatan ke apa. Dah memang aku ni takut naik flight, nak buat lagu mana lagi. Omel hati Amani.

"Jangan risau. Kalau awak takut, saya kan ada. Saya ada disisi awak."

Amani tersenyum mendengar bait ayat suaminya yang semakin hari, semakin manis.

Mujurlah sepanjang perjalanan kapal terbang tiada masalah. Tapi, Amani baru tersedar yang masalah satu lagi muncul. Menaiki bot.

Dari kecil memang dia ni jenis mudah mabuk laut. Buktinya, tak sampai seminit pun bot bergerak, kepalanya sudah berpusing. Hampir dia mahu muntah.

"Kenapalah Ani tak cakap awal-awal yang Ani ni mabuk laut. Kalau tak, ummi dah bawa ubat untuk Ani makan dah." ujar Datin Fatimma yang duduk bertentangan Amani di dalam bot kecil itu.

"Ani lupa yang kita akan naik bot." jawab Amani dengan suara lesu.

Danish memang dari tadi merasa kasihan dengan Amani. Jelas mata isterinya itu tak dibuka dengan luas. Mungkin pening tu kuat sangat.

"Ani, sandar pada bahu saya." cadang Danish.

Walaupun kepalanya pening, Amani masih terperanjat dengan cadangan itu. Apa? Nak bersandar pada bahu dia di depan ummi, abi dan kak Jiha? Aku rela pengsan dulu. Tapi, aku memang macam nak pitam dah ni.

Amani menggeleng dengan mata yang hampir terpejam.

Danish dengan laju merapatkan tubuhnya dan memeluk kejap bahu Amani. Dia menolak kepala Amani agar bersandar pada bahunya.

Amani nak menolak pun tak larat. Kepala dia memang sangat pening saat ini. Dengan bersandarkan bahu suaminya, Amani mampu untuk meneruskan perjalanan dengan sedikit keselesaan.

"Danish! Tak ikut Ani ke?" jeritan suara Najiha menyedarkan Danish dari lamunan.

Terkebil-kebil Danish dibuatnya.

"Mana Ani?" soalnya apabila Amani sudah menghilang dari sisinya.

"Tu ha, jalan kat sana." Najiha menunjukkan kearah Amani yang sedang berjalan ke pantai.

Danish melajukan langkahnya kearah Amani. Najiha pula tersengih melihat reaksi Danish.

"Ani, tunggulah saya." Suara Danish separuh menjerit.

Amani memalingkan badannya dan berhenti.

"Kenapa encik Danish?" soal Amani apabila Danish sudah berdiri di hadapannya.

"Saya teman awak berjalan kat tepi pantai untuk legakan pening tadi."

Amani mengangguk sahaja. Agak lama mereka berjalan di tepi pantai itu tanpa sebarang bicara. Masing-masing cuba mencari topik untuk dibualkan.

"Encik Danish, terima kasih sebab tolong saya atas bot tadi." Amani cuba memulakan perbualan.

"Tak perlulah ucap terima kasih setiap kali saya berbuat sesuatu untuk awak. Saya memang akan tolong awak selalu."

Amani tersenyum lagi mendengarnya. Danish memang sudah berubah 360 darjah. Tidak seperti pertama kali dia menjejakkan kaki ke bilik mereka.

"Encik Danish, saya nak tanya satu benda boleh?"

Amani menghentikan langkahnya dan diikuti Danish.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now