🌠 Episod Akhir 🌠

1.3K 71 26
                                    

Satu sinaran terang menerangi seluruh kapal angkasa Gaga Ra . Boboiboy kini telah kembali kepada yang asal . Elemennya tidak berpecah lagi . Boboiboy jatuh terduduk kerana keletihan . Begitu juga Memobot dan Ochobot .

"Boboiboy ! Ochobot ! Korang berdua okay ?" . Yaya, Ying, Gopal dan Fang menuju ke arah mereka berdua .

"Jangan kau harap dapat menuju ke Boboiboy !" Gaga Ra bangkit dan menyerang mereka .

Yaya, Ying, Gopal dan Fang pengsan . Boboiboy yang melihat keadaan itu mula hilang sabar .

"Berhenti cederakan kawan-kawan aku !"

Gaga Ra hanya tersenyum sinis . Dia kemudiannya menuju kepada Ochobot .

"Apa yang kau cuba nak buat kat Ochobot hah ?!"
"Ohh, takde ape . Aku cuma nak pastikan , kalau aku tak dapat Ochobot, kau pun takkan dapat Ochobot .." Senyuman jahatnya kian terserlah .

Boboiboy mula cuak .

"Ochobot ! Bangun ! Kau kena larikan diri ! Bangun Ochobot !! Bangunnn !!"

Ochobot masih tidak menyedarkan diri . Boboiboy semakin cemas . Kini dia hanya mampu melihat Gaga Ra mengangkat Ochobot .

"Jangan kau berani nak apa-apakan Ochobot !"

"Hahahaha . Tak . Cuma aku nak tanya kalau-kalau kau ada kata-kata terakhir untuk Ochobot ? Kalau takde. Lihatlah kemusnahan ni ! Bebola pemusnah kegelapan !"

"Jangan !!!"

Ochobot kini sudah hancur dihadapan mata Boboiboy . Air mata Boboiboy mengalir deras . Dia melihat kawan-kawannya masih tidak sedarkan diri .

"Hahahahahaha ! Semuanya dah tamat Boboiboy ."

Boboiboy berasa sangat marah bercampur kesedihan .

"Kau cederakan kawan-kawan aku, kau musnahkan Ochobot . Lepastu, kau nak kata semua ni dah tamat ? Belum lagi Gaga Ra !"

Boboiboy melepaskan semua amarahnya . Gaga Ra hanya ketawa melihat peristiwa itu .

Air mata Boboiboy tumpah di atas Ochobot . Serta-merta, satu sinaran terang yang silau menerangi seluruh kawasan itu .

Gopal, Yaya, Ying dan Fang mula sedar setelah seakan melihat sinaran terang yang silau itu . Mereka terkejut .

"Bb-boboiboy pecah tujuh ..?" Yaya, Ying, dan Gopal terpegun .

"Dan semua elemen dia mendapat kuasa tahap kedua.." Fang turut terpegun dengan kemunculan Boboiboy itu .

"WOAH !! Gempak la . Aku dah dapat jadi Blaze !"

"Hek eleh kau ni sembang kencang macam dia je dapat kuasa tahap kedua .. Aku pun dapat jugak !" Thorn tidak mahu mengalah dengan Blaze .

"Apa² jelah Blaze..." Ice pula sekadar mengalah . Malas hendak bertengkar mungkin ?

"Eik ? Tapi mana Solar ?" Taufan menggaru-garu kepalanya mencari kelibat Solar .

"Haah la, biasanya dia yang terlebih action .." Gempa turut menyertai perbualan mereka .

"Takde ape bendanya dia kat belakang Gaga Ra tuh ha .. Aku dah nak termuntah tengok aksi berlagak macho dia dari tadi ." Halilintar mengomel kerana merasakan perbuatan Solar agak menjengkelkan baginya . Dia turut menudingkan jari ke arah tempat Solar berada .

"Hello fans ! Lama tak jumpa ! Kalau nak autograph boleh mintak selepas battle ini berakhir ye .." Solar mula bersuara dan berjalan menuju ke arah elemennya yang lain . Dia turut melanggar Gaga Ra yang berada di hadapannya ketika berjalan .

SIBLINGS LOVESHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin