✨ PENGENALAN ✨

2.1K 90 15
                                    

Tanah, merupakan abang sulung daripada 7 beradik. Berumur 20 tahun dan mempunyai kuasa elemen tanah. Tanah terpaksa berhenti sekolah demi menyara kehidupan adik-adiknya. Tanah mula menamatkan pembelajarannya selepas SPM dan mula bekerja l. Sehingga kini, dia masih tidak berpeluang menyambung pelajarannya ke universiti meskipun rakan-rakannya seperti Yaya, Ying, Gopal dan Fang sudah melangkah ke pintu universiti. Perasaan terkilan kadangkala wujud di benak hatinya, namun siapa tahu, disebabkan pengorbanannya inilah Petir kini mampu menghabiskan pelajarannya dan dapat melangkah ke pintu universiti. Tanah merupakan seorang abang yang tegas namun prihatin. Sikapnya yang selalu membela nasib adik-adiknya sangat dikagumi adik-adiknya.

Petir, anak kedua dari 7 beradik ini berumur 19 tahun. Petir merupakan seorang abang yang garang dan tidak berapa rapat dengan adik-adiknya kerana sifatnya yang pemarah. Petir mempunyai kuasa elemen Petir. Petir kini berjaya melangkahkan kaki ke universiti, justeru menambahkan lagi keazamannya untuk mengubah kehidupan adik-adiknya dan abangnya. Petir seorang abang yang amat penyayang namun, kasihnya tidak ditunjukkan pada adik-adiknya melalui belaian lembut akan tetapi melalui ketegasannya mendidik adik-adiknya. Hanya Angin yang mengetahui cara Petir menujukkan kasihnya kerana Angin merupakan adik yang paling rapat dengan Petir.

Angin, abang ketiga dari 7 beradik ini mempunyai kuasa elemen angin. Angin berumur 15 tahun dan masih berada di bangku sekolah menengah. Angin seorang abang yang agak ceria dan amat rapat dengan adik-adiknya. Angin disenangi adik-adiknya kerana sifatnya yang suka mengambil berat dan mendengar masalah adik-adiknya serta sering memberi motivasi. Oleh kerana itu juga Petir tidak pernah memarahinya kerana dia sangat mengetahui cara-cara melembutkan hati abang kesayangannya, Petir. Angin tidak pernah berkira meskipun dia tidak dapat makan pada satu-satu hari kerana dia lebih mementingkan adik-adiknya yang lain. Angin merupakan abang yang sangat baik hati.

Api dan Air merupakan kembar. Api merupakan anak keempat manakala Air, kelima. Api dan Air masing-masing berumur 8 tahun dan masih berada di bangku sekolah rendah. Api merupakan adik yang kuat bermain dan pantang dicabar. Api mempunyai kuasa elemen api. Api sangat rapat dengan abangnya, Angin dan adik bongsunya, Daun. Kemana sahaja mereka pergi, mereka pasti bersama. Air pula mempunyai kuasa elemen air. Sifat Air merupakan ketenangan dan dia juga antara adik-beradik yang paling malas dan kuat tidur. Air tidak begitu rapat dengan abangnya, Api namun Air agak rapat dengan abang sulungnya, Tanah. Air tidak pernah berputus asa ketika berlawan meskipun dirinya seorang yang pemalas. Bahkan bagi mereka 7 beradik, Air sangat pandai menyelesaikan masalah dalam keadaan yang tenang sahaja.

Akhir sekali, Cahaya dan Daun juga merupakan kembar dan umur mereka merupakan 5 tahun. Mereka berdua masih belum bersekolah. Cahaya merupakan anak keenam manakala Daun merupakan anak bongsu. Cahaya mempunyai kuasa elemen cahaya manakala Daun mempunyai kuasa mengawal elemen Daun. Cahaya merupakan adik-beradik yang paling pandai. Cahaya sangat pandai berdikari. Daun pula merupakan seorang adik yang manja dan ceria. Daun amat dikasihi abang-abangnya terutama Cahaya. Cahaya dan Daun sentiasa bersama.

SIBLINGS LOVESWhere stories live. Discover now