🌠 EPISOD 3 🌠

917 76 18
                                    

Jam kini sudah menunjukkan jarum pendeknya pada angka 10. Bermakna, sudah 1 jam Petir di kampus. Manakala Angin, Api dan Air mungkin sudah rehat untuk makan di kantin sekolah.

Setiap hari Isnin hingga Jumaat, sudah tentulah yang tinggal di rumah hanya Tanah, Cahaya dan Daun. Meskipun Cahaya dan Daun sudah berumur  5 tahun, namun mereka berdua tidak dapat didaftarkan memasuki tadika berikutan permasalahan wang yang dialami keluarga mereka. Tambahan lagi apabila ibu bapa mereka sudah tiada.

Tanah yang sudah selesai menyiapkan kerja rumah duduk di ruang tamu. Alat kawalan jauh diambil dan butang ON ditekan. Televisyen terpasang. Tanah melepaskan lelahnya di sofa. Di hadapannya kelihatan Cahaya sedang belajar membaca manakala Daun pula kelihatan asyik bermain. Tanah merenung mereka berdua dengan tenungan yang kosong.

'Kalau mama dan ayah masih hidup, mesti Cahaya dan Daun dapat kasih sayang sepenuhnya tanpa perlu hidup dalam kesusahan.' Desis Tanah dalam hati.

Tanpa disedari, mutiara jernih membasahi pipinya ketika merenung wajah 2 orang adiknya itu. Dia merasa kagum dengan ketabahan 2 orang adik kembar bongsunya itu. Meskipun masih kecil, mereka berdua tidak pernah merungut walaupun hidup dalam kesusahan. Suatu perasaan kasihan sentiasa timbul dalam hati Tanah.

Daun yang sedang asyik bermain terpandang wajah abangnya Tanah. Dia perasan bahawa abangnya itu sedang menangis. Menangis tanpa suara.

"Eh? Abang Tanah menangis? Kenapa menangis? Ada masalah ke?" Daun mengajukan berdas-das soalan kepada Tanah.

Tanah tersenyum tawar. "Eh, Abang Tanah tak nangis lah. Abang Tanah mengeluarkan air mata je."

"Ouhhh"

"Huh, sama lah tu." Cahaya yang mendengar kenyataan abangnya itu terus melontarkan kenyataan yang sebenar-benarnya.

"Eh budak ni. Tahu pulak dia ye. Siapa yang ajar?"

"Haa mestilah abang Petir yang ajar."

"Ouhh. Patutlah pandai adik abang ni.. Abang kesayangan dia yang ajar rupanya~"

"Eh, Daun tak pandai ke?" Ujar Daun menginginkan kepastian.

"Ha? Mana ada. Adik-adik abang Tanah semuanya pandai. Cuma Daun kenalah rajin belajar." Tanah menggosok surai rambut Daun.

"Kau tu pandai je. Cuma banyak main. Janganlah ikut perangai Abang Api tu sangat." Cahaya mengeluarkan sedikit kata-kata yang agak menyakitkan hati Daun.

"Hehhhh, macamlah dia tu pandai sangat." Daun seakan berbisik dengan diri sendiri namun bisikan itu turut didengari oleh Cahaya.

"Hah? Apa kau cakap?" Cahaya mula naik suara terhadap adiknya itu.

"Heihhh. Dahlah tu. Jom makan! Abang Tanah dah siapkan makanan." Tanah yang melihat Cahaya seakan mahu bergaduh dengan Daun, terus meleraikan perbalahan mereka berdua.

"Eh, tapi Abang Tanah tak bagitau lagi kenapa abang menangis tadi~" Daun yang masih belum mendapatkan jawapan dari Tanah mula bertanya semula kepada abangnya itu.

"Takpalah Daun, nanti Daun dah dewasa mesti Daun akan faham juga."

"Abang Tanah, mungkin Daun tak rasa apa yang abang Tanah rasa. Tapi, Daun tau abang sedih sebab tak mampu bagi kesenangan dekat kiteorang. Daun tak kisah pun hidup susah, asalkan bahagia sebab Daun ada abang yang kuat macam Abang Tanah. Abang ingat tau pesanan Daun ni." Daun memberikan kata-kata semangat untuk abangnya Tanah.

Tanah yang mendengar kata-kata Daun itu berasa amat terharu. Tanah memeluk Daun.

"Terima kasih Daun. Abang bangga dengan semangat Daun." Daun hanya tersenyum gembira dipeluk abangnya. Baginya, dia sangat gembira kerana dapat memberikan abangnya Tanah, sedikit kekuatan agar tidak terus dibelenggu kesedihan.

BERSAMBUNG ~
.
.
.
.
.
Sorry guys episod ni pendek. Nanti saya update lagi dalam masa terdekat. Btw, sorry lambat publish. I'm very busy lately n tq cause follow n read this FanFic. Keep read and support me! To silent readers, rajin-rajinkanlah diri anda untuk comment, jgn malu. Saya x kisah pun komen apa. klau x best bagitau je, nnti saya boleh perbaiki lagi. 💞

— Author fateyha_ 💙

SIBLINGS LOVESWhere stories live. Discover now