🌠 Episod 4 🌠

818 64 13
                                    

Enjin kereta dimatikan . Petir melangkah keluar dari keretanya dan menuju ke pintu rumah . Jam menunjukkan sudah pukul 1 petang . Hari ini kelasnya hanya setengah hari sahaja . Dari luar, dia dapat menghidu bau makanan yang sangat digemarinya .

'Ayam kicap !' Getus hati Petir . (La.. Ingatkan makanan ape lah tadi kan ? 😂)

Petir membuka kasutnya dan memberi salam . Tanpa dijawab salamnya oleh sesiapa, dia terus meluru masuk ke dalam rumah . Ruang dapur terus diterjahnya . Tudung saji dibuka dan benarlah firasatnya berkata ketika di pintu rumah .

"Wahhh . Ayam kicap !!!"

Pinggan diambil dan tiga senduk nasi dituang ke dalam pinggan . Lauk ayam kicap turut diambilnya berketul-ketul . Petir menikmati makanan itu dengan penuh nikmat . Yalah, bukan senang nak melantak ayam kicap hari-hari .

Tanah yang baru selesai mandi menuju ke dapur apabila mendengar bunyi sudu dan pinggan berlaga di dapur . Apabila dilihat dengan jarak dekat, oh Petir dah pulang .

"Eh ? Petir, bila kau balik ?"
"Baru je tadi.."
"Eik? Baru balik terus melantak ayam kicap ? Berketul-ketul pulak tu . Dahlah, jangan lah ambik banyak sangat . Aku tau lah kau suka ayam kicap tapi ingatlah sikit tiga orang adik kau tu belum pulang dari sekolah lagi . Nanti diorang pulang, tak ada makanan ... Kebuluran lah jawabnya"
"Hehe, sorry . Okay Petir tak amik dah lauk ."

Tidak lama kemudian, Cahaya turun ke dapur untuk minum air .

"Eh Abang Petir ? Bila balik ?" Soalan itu diabaikan oleh Petir . Cahaya yang malas bertanya berkali-kali kini meneruskan hasratnya untuk minum air . Memandangkan dia masih kecil, agak terkial-kial untuk dia menuang air sendiri . Petir yang melihat gelagat adiknya itu berasa kasihan dan membantunya .

"Eh, terima kasih abang Petir" Petir menguntumkan sebaris senyuman di bibirnya yang comot .

Cahaya yang berada di atas kerusi memandang pinggan nasi abangnya itu . Riak mukanya berubah terkejut .

"Eh melampau betul abang petir makan . Ni makan ke, melantak ni ? Sampai berketul-ketul ayam diambilnya . Ish, ish, ish .."
"Eh, lantak aku lah, ni kan makanan favourite aku . Suka hati lah ."

Cahaya hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah abangnya itu .

Sedang asyik Cahaya dan Petir berbual, tiba-tiba kedengaran salam diberi dihadapan pintu rumah . Daun yang berada di ruang tamu membuka pintu rumah . Ternyata Angin, Api dan Air sudah pulang .

Namun, setelah pintu rumah terbuka, api terus meluru masuk rumah dan mencari Tanah . Pintu tertolak, pintu terkena pada Daun dan dia terjatuh . Angin yang melihat situasi itu memarahi Api kerana tidak berhati-hati .

"Daun, kau okay tak ni ?" Angin mengurut-ngurut kaki Daun . Dia seorang abang yang agak prihatin . Cahaya dan Petir yang melihat situasi itu dari jauh hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap Api yang sebegitu rupa .

Api mencari Tanah . Dia menjerit-jerit di dalam rumah memanggil Tanah seperti ada tsunami yang bakal melanda . Air yang tidak tahan dengan perangai Api itu memarahi Api . Namun Api masih menjerit-jerit memanggil Tanah seperti Tsunami bakal melanda betul-betul . Oleh kerana dia masih belum diam, Air membuat keputusan dan .....

"Tekanan Air !" Api yang disimbah dengan tekanan air itu terus berhenti menjerit-jerit .

Daun dan Cahaya yang melihat 'drama' itu berasa teruja .

"Woahhh ! Abang Air ada kuasa air ke ? Kenapa kiteorang tak pernah tahu pun selama ni ?" Cahaya dan Daun menunjukkan riak wajah ingin tahu . Manakala Api pula mencebik bibir tidak puas hati dengan tindakan Air .

Tanah, Petir dan Angin berbincang seketika .

"Abang rasa, sudah tiba masanya kau berdua patut mengetahui hal ini ." Tanah memulakan bicara manakala Petir dan Angin hanya mengangguk-ngangguk .

"Tahu apa ?" Cahaya dan Daun menyoal serentak .
.
.
.
.
.
Bersambung ~

Okay, tq readers ! Kalau tak best, komen sahaja di bawah okay ? Btw,, maaf kalau episod ni pun pendek juga . Last but not least, Luv you all. 💞

SIBLINGS LOVESWhere stories live. Discover now