🌠 Episod 8 🌠

683 55 8
                                    

Fang, Gopal, Yaya dan Ying tiba di rumah 7 elemental . Angin sudah menanti dimuka pintu rumah sedari tadi .

"Angin, kenapa kau panggil kiteorang ? Ada emergency apa ?" Gopal mula mengajukan soalan .

"Yaa lo . Kenapa tiba-tiba saja ? Ada masalahkah ?" Ying turut kelihatan ingin tahu .

"Hm, mana Petir dan Tanah ?" Yaya pula sudah mencari-cari kelibat Petir dan Tanah .

"Itulah masalahnya sekarang !" Angin membuka bicara . Dia semakin risau tentang kehilangan 2 abangnya itu .

"Ha kalau macam tu . Ceritalah dekat kiteorang ." Fang sedari tadi ingin mengetahui hal sebenar setelah menerima dm dari Angin di Instaspace .

"Aku akan cerita . Tapi bukan di sini . Nanti adik-adik aku dengar ." Angin mula mengajak 4 orang rakannya itu ke tempat yang lebih tersembunyi .

Dalam masa yang sama, di sebalik dinding, kelihatan Api menghendap abangnya dan rakan-rakan abangnya . Air juga turut menemani Api . Namun Api terkejut kerana abangnya ingin beredar dari kawasan rumahnya .

"Eh, weyh Air . Ikut aku cepat !"
"Huwarghh ! Nak pergi mana pulakkk . Aku nak tido ni .." Air yang baru bangun dari tidur menggeliat dan merungut .

"Hisyyy ! Kau ni tak habis-habis dengan tido kau tuh . Jomlah teman aku ikut abang Angin"

"Eh, abang Api tengok apa tu ?"  Api terkejut apabila pusing ke belakang setelah ditegur oleh seseorang .

"Eh Daun, buat apa kat sini ?" Api cuak kerana Daun mengikutinya . Kelihatan Cahaya juga turut mengikuti Daun .

Daun mengabaikan soalan Api . Dia melihat apa yang Api lihat . Apa yang dia nampak cuma abangnya Angin, dan rakan-rakan abangnya .

"Eh, apa abang Angin buat---" Tiba-tiba mulut Daun ditutup oleh Api .

"Ish kau ni . Cakap kuat-kuat tu kenapa . Nanti abang Angin dengar macam mana ?" Api memarahi Daun kerana sifatnya yang terlalu lurus bendul .

"Alaa abang Api ni . Tak payah lah marah-marah . Bagitau je la dekat Cahaya dan Daun ." Cahaya membuka kata apabila melihat abangnya dan adiknya seperti hilang kawalan .

"Okay ! Korang boleh join abang . Tapi kena diam . Tengok je apa yang berlaku ." Api , Cahaya dan Daun bersetuju untuk bekerjasama . Berbeza pula dengan Air yang sedari tadi tidur .

👊⚡🍃🔥💧🍀☀

"Tanah dan Petir dah hilang .."
"Haa ?! Hilang ?!" Mereka berempat terkejut .

"Dey ! Macam mana boleh hilang ?" Gopal yang tidak puas hati mula mengajukan soalan .

"Hm, macam ni ceritanya ..." Angin memulakan ceritanya .

10 minit kemudian ~

"Haa. Macam tulah kisahnya ..."
"Tapi, takkanlah sebab aku diorang bergaduh ?" Riak muka risau jelas terpancar di wajah Yaya . Dia kelihatan berasa bersalah atas apa yang terjadi .

"Hm. Aku taktaulah Yaya . Tapi ape yang penting sekarang kita kena cari diorang . Dan Fang, aku perlukan bantuan kau . Aku rasa , kehilangan diorang ni ada kaitan dengan Alien yang pernah culik Ochobot dulu ."

"Aku okay je . Tapi kalau betul Alien tu punya kerja . Apa kita nak buat ?" Fang juga turut khuatir .

"Takde pilihan lain . Kita kena lawan !" Kenyataan Angin itu membuatkan mereka berempat terkejut . Begitu juga dengan Api, Cahaya dan Daun .

SIBLINGS LOVESWhere stories live. Discover now