Vince tersedak saat dia ditegur Adelia.

"T—ttak.. Tak.. Tak apa Farhana. Awak boleh jalan seorang diri. Saya takkan paksa." putus Vince. Adelia memandang ke arah Farhana dengan muka tidak percaya.

"Tak boleh !! Korang tahukan aku takut nak jalan sesorang kat red carpet !" kata Adelia dengan geram. Dia bukan sesaja ajak Farhana untuk susahkan Farhana berjalan dengan dia cuma dia takut sesorang bila dekat red carpet. Rasa macam flash kamera akan makan dia hidup-hidup dan dia sendiri tidak boleh jangkakan soalan yang bakal ditanya oleh pengacara khas red carpet.

Takut !

"Adelia , aku faham kau ada rasa takut bila kat red carpet. Tapi sampai bila ? Kau kena berubah Adelia. Dah dua tahun kau lalui semua ni , takkan takut lagi ?" tegur Farhana.

"Betul tu Adelia." sapuk Vince.

Melihat Adelia yang diam tidak menjawab membuatkan suasana kereta menjadi sepi. Vince menekan-nekan sesuatu di keypad fonnya.

Sebaik sahaja tiba di hadapan bangunan utama majlis malam ini. Pintu dibuka oleh staff yang bertugas. Farhana melangkah keluar dari kereta terlebih dahulu. Kuat bunyi sorakan peminat saat pintu dibuka. Adelia hanya mampu memerhati.

"Adelia , jangan risau. Nanti bila turn Adelia akan ada pelakon lelaki mengiringi Adelia." pujuk Vince.

"Siapa ?"

"Errr—"

"Fariz ?" soal Adelia lagi. Vince tidak pula meng-ia-kannya tetapi tidak pula menyangkalnya.

Setelah Farhana turun kereta mula bergerak semula untuk pusing sekali lagi bangunan ini. Vince perasan akan wajah masam Adelia. "Adelia jangan lah macam ni." pujuk Vince.

Sebaik tiba di hadapan bangunan itu semula. Pintu kereta perdana hitam ini dibuka oleh staff yang bertugas. Teragak-agak Adelia hendak keluar. Seseorang menghulurkan tangannya untuk membantu Adelia. Adelia mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan si pemilik tangan itu.

Syariff !?

Syariff masih menghulurkan tangannya. Adelia menyambut huluran tangan Syariff. Sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta , mereka berdiri sebelah menyebelah buat seketika sebelum berjalan masuk ke dalam bangunan. Suasana menjadi riuh dengan suara-suara sorakan peminat serta wartawan-wartawan yang tidak berhenti merakam gambar Adelia.

Adelia yang berdress labuh warna cream lembut sangat padan dengan Syariff yang bersuit coklat. Masing-masing sama cantik sama padan.

"Lia cantik sangat." puji Syariff ketika mereka berjalan.

"Awak buat apa dekat sini ?" soal Adelia. Dia sebenarnya daripada tadi lagi nak tanya tak tertanya pula. Alang-alang Syariff dah buka mulut , tanya jelah.

"Teman tuanku la. Handsome tak patik ?" soal Syariff.

"Hmm.."

"Hmm je ?" soal Syariff lagi.

"Dah sebulan tak jumpa tak call , benda ni yang awak tanya saya ?" soal Adelia dengan kecewa bercampur marah.

"Saya rindu awak , Adelia Humaira." bisik Syariff.

Adelia diam.

"Awak tak rindu saya ke ?"

"Tak."

Baru sahaja Syariff hendak membalas mereka sudah tiba di hadapan pengacara red carpet.

"Ira Adelia , nampaknya malam red carpet ini sekali lagi milik Ira Adelia." puji pengacara perempuan.

"Mana ada, ramai lagi artis-artis yang hadir lebih cantik dari saya." balas Adelia.

"Siapa lelaki yang segak bergaya di sebelah awak ni Adelia. Tak takut gossip ke ?" usik pengacara. Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya status lelaki disebelah Adelia sebaik sahaja nampak akan kelibat lelaki itu.

Adelia memandang ke arah Syariff. Dia mengukirkan senyuman buat semua orang yang berada di sini.

"Tunang saya." kata Adelia.

Syariff tergamam. Dia memandang Adelia di sisi dengan wajah terharu. Maknanya Adelia nak public-kan kisah percintaan mereka.

Terlopong semua yang ada.

"Diam-diam dah bertunang cik Adelia kita ! Melepaslah semua lelaki yang ada hati pada Cik Adelia kita yang sorang ni." kata pengacara lelaki pula. Adelia tersenyum malu.

"Adelia , tunang Adelia ni lelaki yang pernah digossipkan dulu dengan Adelia ke ?" soal pengacara.

"Ha'a." jawab Adelia, dia merenung lama anak mata Syariff begitu juga Syariff. Tak tahan semua yang melihat mereka berdua. Dari tadi duk tenung sesama sendiri.

"Tak lari tunang Adelia tu. Nak kahwin nanti jangan lupa share-kan kepada peminat yang lain." tegur pengacara itu. Syariff dan Adelia masing-masing tersenyum malu.

Selepas seketika , mereka melangkah masuk ke dalam dewan berlangsungnya majlis pada malam ini. Duduk sahaja di mejanya , rakan-rakan artis pula bertanyakan kepadanya siapa Syariff.

"Yup , tunang I. Almost 1 month kan kita bertunang ?" soal Adelia pada Syariff yang duduk di sisinya.

"Kenapa Adelia tak pernah nak share pun. Sampai hati tau ! Even tak nak share dengan fans share lah dengan kami." tegur rakan artis.

Ini yang dia suka dalam dunia artis Malaysia , mungkin ramai yang tidak sedar tetapi hubungan artis sesama mereka sangatlah rapat. Ya ada beberapa gossip mengenai artis X dan artis Y yang tak berbaik lahh apalah tapi tu sangatlah sedikit selebihnya gossip nak berlaga-laga sesama artis banyak bermula dari peminat.

"Apa nama kau." soal salah seorang artis lelaki.

"Syariff."

"Owhh, kau artis baru ke model ?" tegur artis lain pula.

"Eyy eyy eyy , jangan nak takut-takutkan fiance aku erh.." tegur Adelia. Dia menggenggam erat tangan Syariff.

"Aku tahu fiance aku handsome kalah kau orang kan ? But , Syariff bukan model dan pelakon tapi dia seseorang yang sangat aku bangga dan respect." kata Adelia.

Artis-artis yang lain sudah buat muka loya geli mendengar pujiannya pada Syariff. "Simpan kau punya sweet untuk lepas kahwin nanti. Majlis dah nak start." tegur rakan artis yang lain.

"I setuju , mahu diabetes pula kami kat sini." sapuk rakan artis yang lain.

Tergelak yang lain mendengarnya.

Syariff mendekati Adelia untuk membisikan sesuatu. "Tak sangka friendly jugak kawan-kawan awak. Ingat diva sangat." bisik Syariff.

"Dorang ni bila perangai diva terkeluar terlebih diva semua ni. Masing-masing kepala masuk air. Awak jangan tertipu lah dengan gambar instagram dorang. Dekat meja ni , semuanya artis geng-geng masuk air." kata Adelia bersama ketawa kecil.

Tiba-tiba ketawa Adelia terhenti.

"If one day mereka tahu siapa saya mesti mereka tak segila macam ni dengan saya nanti." luah Adelia.

Syariff mengusap lembut jari jemari Adelia. "Lambat lagi nak fikir semua tu." tegur Syariff.

" bulan depan kita dah nak nikah dah kan ? Lambat lagi apanya. Maknanya ada lagi sebulan je untuk saya rasai semua ni." kata Adelia lagi.

Syariff menggosok lembut bahu Adelia. "Tu takkan berlaku." kata Syariff.

"Percayakan saya tak ?" soal Syariff.

Adelia mengangguk kecil.

"Saya takkan biarkan kerjaya awak tamat macam tu je sebab kahwin dengan saya." kata Syariff.

"Saya percayakan awak."









×××

Jangan lupa vote ya kawan-kawan ✨

Adelia HumairaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt