"Boyfriend I , I yang lebih kenal dia dari you. So you tak payah nak judge dia !" marah Adelia. Bukan Syariff tak nak tapi dia yang minta.

Suasana di situ semakin tegang , bisikan demi bisikan orang sekeliling tidak dihiraukan langsung oleh mereka berdua.

"Lia.." tiba-tiba satu suara familiar menegur Adelia membuatkan Adelia menoleh ke arah suara itu.

"Syariff." sahut Adelia.

"Kenapa ni ?" soal Syariff. Dia mendekati Adelia , bahu Adelia dipeluk erat di hadapan Rayden.

" saya cuba terangkan benda sama pada dia , but dia masih lagi kacau saya." adu Adelia.

Apabila Syariff tiba , mereka menjadi perhatian utama orang di sekeliling mereka. Masing-masing tergamam melihat situasi di hadapannya.

Rayden merenung tajam tangan Syariff yang berada di bahu Adelia. Matanya beralih ke anak mata Syariff. Kedua-dua mereka bertentangan mata membuatkan semua orang yang berada di sekeliling mereka menjadi seram sejuk.

"Adelia curang ke ?"

"Kau tak dengar ke tadi Adelia kata jangan sebarkan berita palsu dekat Rayden."

"Maknanya Rayden suka Adelia tapi Adelia tolak !? Orang gila mana nak tolak Rayden !?"

"Ira Adelia lah yang gila tolak Rayden !"

"Aku tak sangka pemilik Pertahanan Lusia ada masa untuk seorang artis Malaysia ?" soal Rayden dengan sinis kepada Syariff.

"Kau siasat latar belakang aku ?" teka Syariff.

"Adel , you ingat I kisah ke boyfriend you ni siapa ? Dia anak panglima ke menteri ke anak raja sekalipun ke , I tak peduli Adel. I Rayden Amar akan dapatkan you." kata Rayden dengan yakin.

Lelaki itu terus berlalu pergi. Bengang Adelia dengan perangai tak faham bahasa Rayden. "Macam mana saya nak balik Lusia ni ? Baru tinggal sekejap tunang saya , dah ada yang datang mengganggu ?" soal Syariff pada Adelia.

"Abaikan lelaki tak faham bahasa tu. Err , Syariff jom kita pergi tempat tertutup sikit." pinta Adelia. Baru dia perasan yang semua orang sedang perhatikan mereka. Syariff laju sahaja setuju , dia juga perasan yang mereka menjadi perhatian ramai.

Tidak jauh dari set pengambaran , mereka berdua duduk minum di sebuah cafe. Memandangkan scene Adelia untuk hari ini sudah selesai , jadi tiada masalah untuknya tinggalkan set pengambaran.

"Sorry fasal Rayden." ucap Adelia.

"It's okay. Best juga ada love rival macam mamat tak faham bahasa tu. Dia menyedarkan saya yang kita masih twenties. Rasa macam budak pula bila gaduh rebut awak." kata Syariff bersama ketawa kecil.

"Ha'a kan.. Kita baru masuk twenties. Macam tak percaya je lepas habis sekolah , dalam masa 3 tahun macam - macam kita dah lalui." kata Adelia pula.

"Petang ni saya dah balik Lusia. Ada banyak benda nak kena uruskan dekat Lusia sebelum kita kahwin nanti." kata Syariff.

"Nak balik dah ?" soal Adelia dengan tidak percaya. "Yup." balas Syariff.

"Cepat nya." kata Adelia dengan nada merengek.

Syariff mencapai tangan kanan Adelia. Jari jemari Adelia diusapnya sebelum menggenggam erat tangan itu. "Apa kata bila awak free , awak datang ke pulau saya. Kat situ kita boleh pergi memburu , boleh swim kat laut , boleh tunggang kuda dan boleh buat macam-macam lagi lah." ajak Syariff.

"Cakap fasal memburu , dah lama saya tak menembak. Rindunya nak pegang pistol." balas Adelia.

"Rindu kan ? So , bila free datanglah ke pulau  Khazanah."

"Khazanah ?" soal Adelia.

"Yup , kita asyik panggil pulau tu pulau tu so saya namakan dia pulau Khazanah. Kan sedap sikit panggil pulau tu dengan nama. Lagipun atas pulau tu ada segala hasil titik peluh saya."  cerita Syariff.

"Insya -Allah bila free saya datang dengan Vince." balas Adelia.

Apabila berbual dengan Syariff , masa seakan-akan bergerak dengan pantas. Perbualan mereka hanyalah berkisahkan hidup mereka , selepas seharian penat bekerja. Tidak lah sweet tetapi tidak lah bosan.

Hanyalah perbualan yang mampu mengeratkan hubungan mereka. Masing-masing mula tidak sabar akan hari bersejarah mereka.

"Lia , walauapapun berlaku. Saya percayakan awak dan saya harap awak percayakan saya." ucap Syariff.

"Saya sayang awak." ucap Syariff lagi.

"Syariff , awak ada masalah ke ?" soal Adelia apabila melihat raut wajah Syariff berubah.

"Syariff , awak ada masalah ke ?" soal Adelia lagi. Risau dia dibuatnya.

"Saya akan busy."

"Saya faham."

"Saya —"

"Saya percayakan awak Syariff." balas Adelia sebelum Syariff berkata sesuatu. Dia mula tidak sedap hati akan perubahan Syariff. Cepat-cepat rasa takut itu dicampak ke tepi.











×××

Jangan lupa vote ya rakan-rakan ✨

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now