Bab 16

18K 916 50
                                    

Because something fake like me
Can only be used as a replacement
The look in your eyes told me who is
the most important one to you
.

.

.

BERLARI dan terus berlari. Itu sahaja yang terlintas di mindanya saat ini. Tapak kaki yang sudah berdarah teruk kerana berlari di atas batu-batu tajam langsung tidak memberikan kesan pada dirinya.

Sakit?

Tidak.

Apa yang penting dia perlu keluar dari kawasan yang begitu asing baginya ini. Tempat yang terlalu gelap tanpa sebarang cahaya yang terbias. Ditemani pula dengan bunyi-bunyi serangga yang menyeramkan di malam hari. Kawasan ini terlalu lapang sehinggakan dirinya tidak pasti arah lariannya ini akan berakhir di mana. Apabila menunduk ke bawah, hanya batu-batu tajam yang terhampar.

Aku dekat mana?!

"Tolong!!!"

Kakinya dihayun lebih pantas untuk mencari bayang manusia yang menjerit meminta tolong itu. Mungkin itu merupakan satu petunjuk buatnya untuk menemui jalan keluar.

"Tolong!!!" Jeritan itu kembali bergema. Namun Iris tidak tahu ingin menuju ke mana.

Peluh yang merenek keluar di dahi sudah seperti air hujan yang mengalir. Tercunggap-cungap pernafasannya kerana terlalu penat berlari. Sejauh mana pun dia berlari, keadaan masih kekal sama. Bayang manusia yang meminta tolong masih tidak diketemui. Seolah-olah dirinya berlari di kitaran yang sama berulang kali.

"Tolong..." Jeritan meminta tolong itu semakin melemah dan kedengaran sayu menyapa gegendang telinga.

Iris mempercepatkan lariannya walaupun dia tahu lariannya tidak akan membawanya ke mana-mana sebelum tubuhnya tersembam jatuh kerana tersandung batu. Sejurus itu matanya tertancap pada sekujur tubuh yang terbaring lemah tidak jauh dari tempat dia terjelopok jatuh. Segera tubuhnya bangun untuk mendapatkan manusia yang merintih kesakitan itu.

Mata Iris membulat dengan kepala yang digeleng laju tanda tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Manusia yang mengalami kecederaan teruk di kepala itu adalah adiknya sendiri!

"Ya Allah! Fiya?! Macam mana Fiya boleh ada dekat sini?" Iris segera memangku adiknya yang kelihatan sangat lemah itu.

"A-akak..." Afiyyah cuba bersuara. Terketar-ketar tangannya cuba mengusap pipi Iris.

"Kenapa Fiya jadi macam ni?! Ya Allah! Kenapa dengan adik aku?!" Tangisan dihamburkan sepenuh hati. Tersayat pedih melihatkan keadaan adiknya yang sedang nazak menghadap sakaratul maut.

"Te-terima ka-kasih akak se-sebab banyak berkorban untuk Fi-Fi-ya..." Afiyyah cuba menarik nafasnya yang terasa payah.

"Jangan cakap macam tu Fiya! Fiya adik akak! Apa jua akak sanggup lakukan untuk Fiya. Tolong jangan buat akak macam ni!" Iris semakin basah dengan air mata apabila yakin adiknya tidak akan mampu bertahan lama.

"A-akak jan-janji? Sang-gup bu-bu-at a-pa sa-haja un-tuk Fiy-ya?"

"Ya, akak janji!!! Tolong bertahan Fiya!" Iris seperti orang gila berlari ke sana dan ke mari sambil menjerit meminta tolong walaupun dia tahu di situ hanya wujud dirinya dan adiknya sahaja.

Situasi ini ibarat dejavu. Dejavu yang menarik diri Iris ke sebuah penyesalan yang tidak berpenghujung.

Nafas yang ditarik Afiyyah semakin kencang dengan dada yang berombak deras. Turun dan naik dadanya menentang hebatnya sakaratul maut. Iris yang melihatkan itu segera mendapatkan adiknya kembali. Sekali lagi air matanya tumpah kerana tidak sanggup menyaksikan pemergian adik yang tersayang.

Salahkah Aku Menanti [TERBIT]Where stories live. Discover now