Bab 8

15.1K 838 25
                                    

I'm still haunted by the memory
I'm trying to pick myself up
piece by piece

.

.


KELAM-KABUT Iris mengemas meja yang bersepah dengan buku-buku latihan anak muridnya. Terkejar-kejar dia menyusun kerana tiba-tiba sahaja Fateh menelefonnya untuk berjumpa di satu tempat. Katanya penting antara hidup dan mati.

Memandangkan kelas tambahan pada petang ini dibatalkan, Iris mempunyai masa terluang selepas pukul dua. Walaupun begitu, dia masih ada banyak tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan seperti menanda buku latihan anak muridnya ataupun merancang jadual untuk kelas hari esok.

Di dalam hati, sempat juga dia menyumpah Fateh. Bukan main lelaki itu mendesak dirinya untuk berjumpa sekarang juga. Sudahlah diberitahunya lambat. Perangai dari dulu hingga sekarang memang tidak pernah berubah.

Tergesa-gesa Iris memandu kereta Axia miliknya untuk menuju destinasi yang telah dinyatakan oleh Fateh. Bila diamati alamat yang diberi, destinasi perjumpaan mereka berdua adalah di sebuah restoran mewah di tengah-tengah ibu kota.

Entah apa mimpi mamat ni nak ajak aku jumpa dekat tempat-tempat macam ni?

Sebaik sahaja sampai di restoran mewah tersebut, Iris segera melangkah masuk. Telefon bimbitnya tiba-tiba sahaja bergetar menandakan ada satu pesanan ringkas masuk.

+ Reservation table No.9, tau Iris

Setelah bertanyakan kedudukan meja tersebut pada salah seorang pekerja yang menjaga kaunter, langkahnya diatur laju. Tiba di satu tempat, atau lebih tepat lagi di hadapan sebuah bilik sederhana besar, Iris seperti ragu-ragu untuk melangkah masuk.

Seriuslah? Restoran ini siap ada kawasan yang berbilik. Tapi, betul ke bilik yang ini? Dekat depan pintu ada tertampal nombor 9.

Setelah agak lama berkira-kira untuk masuk ataupun tidak, Iris tawakalkan hati untuk melangkah masuk. Sebaik sahaja tombol pintu dipulas, wajahnya menjengah sedikit ke dalam. Membulat besar matanya kerana merasa takjub. Bibirnya terkunci rapat dan tergamam dengan dekorasi dalamannya yang sangat-sangat indah dan penuh romantis.

Bunga mawar merah dan putih yang berpasu-pasu dihias pada sekeliling bilik tersebut. Ditambah lagi dengan lilin-lilin yang diselang-selikan antara pasu-pasu tersebut. Di tengah-tengah bilik pula, terletak sebuah meja berbentuk hati. Sesuai untuk menempatkan dua manusia yang berpasangan.

Haruman bilik yang begitu semerbak semakin menyucuk rongga pernafasannya. Benar-benar menghadirkan perasaan indah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Akibat terlalu ralit memerhati dekorasi bilik restoran itu, Iris terlupa sebentar pada Fateh yang sedari tadi merenungnya. Saat anak mata mereka berlaga, dia jadi gugup tiba-tiba. Hatinya mula tertanya-tanya mengapa Fateh perlu membawanya ke tempat begini. Terasa seperti tidak sesuai pula.

Kalau lelaki itu ingin belanja dia makan, tidak perlu rasanya sampai ke tempat mahal dan romantik macam ni. Cukuplah bagi Iris jika sekadar di restoran biasa-biasa sahaja. Lagipun dia tidak selesa kerana dirasakan tempat ini terlalu intim buat mereka berdua.

Iris semakin gugup apabila perasan sahabatnya itu masih merenung dirinya dengan riak wajah yang cukup serius. Dia berdehem sedikit untuk menyingkir pergi perasaan gugupnya.

"Apa mimpi kau ajak aku ke tempat macam ni? Kalau nak belanja aku pun, kau tahu kan favourite aku. Tempat ni macam mewah sangat aje..."

"Kenapa? Kau tak suka ke?" Fateh bertanya serius.

Salahkah Aku Menanti [TERBIT]Where stories live. Discover now