Bab 11

16.9K 944 99
                                    

Just let me being a shadow
Because no matter what
It'll be her

.

.


FATEH membuka pintu kamarnya perlahan-lahan dengan penuh debaran di dada. Saat terpandangkan Afiyyah yang sedang elok berdiri di hadapan cermin meja solek itu, automatik bibirnya mengukirkan senyuman. Perasaan apabila sudah bergelar suami orang begitu sukar diungkapkan dengan kata-kata.

"Sayang..." Fateh menghampiri isterinya yang sedang leka menyisir rambut di hadapan cermin.

"You're so beautiful." Fateh mengungkap romantik lalu merangkul pinggang ramping isterinya dari belakang.

"Abang..." Afiyyah menoleh sekilas sebelum tertunduk malu.

"Kenapa bidadari abang ni terlampau cantik. Abang tak boleh bayang macam mana lelaki di luar sana pandang sayang masa abang tiada dekat Malaysia. I'm so jealous." Fateh meluah rasa cemburu.

"Fiya cantik ke?"

Fateh tersenyum sebelum pandangan mata mereka bertemu melalui refleksi cermin di hadapan.

"Ya Allah, soalan apa ni sayang?" Fateh tergelak kecik. "Cantik sangat sangat. A word beautiful can't even describe how gorgeous you are to me." Bersungguh-sungguh Fateh mengayat isterinya dengan bibir yang tersenyum senget.

"Abang... kenapa abang setuju kahwin dengan Fiya?" Afiyyah bertanya tiba-tiba dengan sepasang mata yang membundar. Hatinya begitu meronta-ronta untuk sebuah kepastian dan jawapan.

"Sebab abang cintakan Fiya. Tiada sebab lain, sayang." Fateh membalas jujur seraya mengucup perlahan ubun isterinya. "Kenapa Fiya tiba-tiba tanya soalan macam ni?"

Afiyyah diam beberapa saat sebelum menjawab pertanyaan suaminya itu dengan soalan juga.

"Kenapa hati Fiya selalu rasa yang abang sebenarnya sukakan kakak?" Tulus Afiyyah bertanya. Dia tidak mahu curiga namun entah mengapa ringan sungguh bibirnya untuk bertanya soalan sebegini.

Wajah Fateh berubah riak sebelum menggeleng laju untuk menidakkan. Pertanyaan Afiyyah tersebut sedikit sebanyak telah mengusik hatinya. Dia jadi tidak selesa pula apabila hal ini diketengahkan.

"Macam mana Fiya boleh terfikir sampai macam tu? Kalau abang suka Iris, buat apa abang kahwin dengan Fiya? Merepeklah sayang ni. Abang hanya akan berkahwin dengan gadis yang abang cinta..." Fateh memujuk dengan jemarinya yang tidak duduk diam mengelus pipi bersih Afiyyah.

Fateh sudah berjanji. Perasaan lama yang sudah terkubur beberapa tahun yang dulu akan dibiarkan berlalu. Afiyyah telah pun selamat menjadi isterinya beberapa jam yang lepas. Fateh bersyukur kerana telah berjaya menguatkan hatinya untuk belajar mencintai Afiyyah selama ini. Dia berjanji untuk mencintai dan menyanyangi Afiyyah sepenuh jiwa dan raganya walaupun nyawa sendiri perlu menjadi galang ganti.

"Fiya selalu rasa serba salah untuk teruskan hubungan kita setiap kali terpandangkan wajah kakak. Walaupun kakak dah jelaskan pada Fiya yang dia tak ada simpan sebarang perasaan pada abang, hati Fiya tetap rasa sedih bila tengok wajah kakak. Fiya selalu rasa dan tertanya-tanya... Fiya ni jadi penghalang antara abang dan kakak ke?"

Serentak itu, Afiyyah menunduk muram.

"Sayang..." Fateh memagut dagu isterinya agar mendongak memandangnya semula. Direnung sepasang mata itu dengan perasaan cinta yang menggunung.

"Apa sayang cakap ni? Iris cuma kawan baik abang. Abang mengaku sejak kecil kami rapat dan sentiasa bersama tapi itu semua tak bermaksud yang kami saling mencintai..." Kedengaran jujur Fateh menyakinkan hati sang isteri.

Salahkah Aku Menanti [TERBIT]Where stories live. Discover now