Bab 3

18K 1.1K 70
                                    

Mungkin kita pernah saling merindukan namun tak pernah berani
untuk saling mengungkapkan
.
.



TUJUH TAHUN KEMUDIAN

BASIKAL yang terhuyung-hayang kerana dikayuh terlalu laju tidak diendahkan oleh Fateh. Lopak air juga habis dilanggarnya. Sesekali jam yang terikat di pergelangan tangannya dipandang sekilas seraya mendengus kasar. Musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bakal tiba dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Maka kelas tambahan juga semakin bertambah sehingga ke lewat petang. Sekarang ini pun Fateh terpaksa memonteng beberapa kelas secara senyap-senyap kerana begitu risaukan Iris yang dikatakan demam sejak semalam lagi.

Hatinya begitu risaukan keadaan Iris. Pagi tadi mummy ada memberitahu bahawa Iris tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam gadis itu masih belum kebah. Ingin menjenguk, Fateh sudah terlambat ke sekolah. Terpaksalah dia menahan hati yang tidak tenteram sepanjang sesi pembelajaran pagi tadi.

Dia sendiri tak pasti mengapa dirinya jadi begitu cemas. Mungkin Iris sudah dianggap sebahagian daripada hidupnya. Melindungi dan menjaga Iris sudah menjadi tanggungjawabnya walaupun bila berhadapan dengan gadis itu, tak ada maknanya dia nak tunjuk kasih sayangnya yang sebenar sebagai seorang sahabat.

Sampai sahaja di hadapan pagar rumah yang terbuka tersebut, Fateh segera mencampakkan basikalnya ke sisi jalan.

"Assalamualaikum, mama!" Tercungap-cungap Fateh ingin mengambil nafas yang terasa pendek. Ditahan kedua tangannya pada kepala lutut bagi meredakan semputnya. Tidak pernah dia berbasikal selaju tadi. Ini semua kerana hatinya yang tak sabar-sabar untuk sampai ke rumah.

"Waalaikumussalam, Fateh." Qaisara melangkah keluar saat mendengarkan salam dari luar rumah. 

"Kamu ni kenapa, dengan baju sekolah tak bertukar, basikal main campak ke tepi. Apa yang kamu kejarkan sangat ni? Kamu baru balik sekolah kan?" Qaisara membebel sambil menggeleng kepala melihatkan perilaku Fateh yang sudah dianggap seperti anak sendiri itu.

"Ke kamu dah salah rumah. Rumah kamu kat sebelah ni aje tau." Sempat lagi Qaisara bergurau.

"Ish apa mama ni. Fateh memang nak datang sinilah!" Fateh masih belum mampu menghabiskan ayatnya kerana kekurangan nafas.

"Manalah tahu kamu tersilap rumah lagi. Nanti kena piat telinga dengan mummy kamu tu suruh balik rumah, mama tak tahu ya." Qaisara menyembunyikan senyuman geli hatinya.

Fateh, Fateh. Selagi Sumayyah tak menjerit dari sebelah rumah, memang selagi itulah anak muda itu tak balik-balik.

"Mama ni macam tak bagi Fateh datang tau. Merajuklah macam ni..." Fateh mencebikkan bibirnya bersama riak wajah tidak puas hati.

Qaisara melepaskan tawanya.

"Alah mama cakap aje. Kalau iya pun nak merajuk, masuklah ke dalam dulu. Macam penat sangat dah mama tengok kamu ni." Qaisara menjemput masuk.

Cepat sahaja Fateh masuk ke dalam rumah tanpa teragak-agak. Tak tahu malu langsung dengan perangai tak semengahnya itu.

"Kalau kamu nak jumpa Fiya, dia balik lewat harini. Ada co-q –"

Belum sempat Qaisara habis berbicara, Fateh sudah mencantas terlebih dahulu.

"Iris mana, mama? Fateh dengar dia demam panas? Teruk sangat ke keadaan dia mama? Pagi tadi lagi Fateh nak tengok Iris tapi dah kelam kabut nak ke sekolah." Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja apa yang ingin diberitahu Qaisara mengenai Afiyyah. Fikirannya saat ini hanya dipenuhi dengan Iris sahaja.

"Oh, Iris ada aje dekat atas tu. Berehat dalam bilik." Qaisara menjawab malas soalan Fateh yang macam bertih jagung itu. Nampak risau sangat.

"Ok, thanks mama! Fateh nak jumpa Iris sekejap!" Sepantas kilat Fateh berlari menaiki anak tangga tanpa sempat Qaisara berkata apa-apa lagi. Habis dilangkahnya beberapa anak tangga sekaligus kerana tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan Iris.

Salahkah Aku Menanti [TERBIT]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin