Bab 5

18.2K 1K 91
                                    

Haruskah ku relakan hidupku
Hanya demi cinta yang mungkin
bisa membunuhku
.
.


AFIYYAH mengetuk perlahan pintu bilik Iris untuk meminta izin masuk. Setelah mendengarkan suara kakaknya memberi keizinan, segera dipulas tombol pintu itu tak sabar-sabar. Nampak benar dia seperti membawa hajat.

"Kakak? Are you still studying?" Tegur Afiyyah pada Iris yang masih khusyuk menelaah buku di meja belajar. Kakaknya itu memang sangat rajin belajar. Lagi-lagi tahun hadapan gadis itu akan menduduki peperiksaan besar.

"Sikit lagi ni. Kejap lagi akak tidur." Jawab Iris seraya menoleh sekilas pada adik kesayangannya tersebut.

"Ada apa-apa yang Fiya nak minta tolong akak ke?" Soal Iris terlebih dahulu. "Hal belajar?"

Afiyyah menggeleng seraya mendekati kakaknya.

"Bukan pasal belajar." Jawab Afiyyah perlahan. "Ni pasal hati dan perasaan..." Malu-malu Afiyyah mengungkap sebaris ayat tersebut.

Iris segera menoleh. Matanya mengecil seperti mengesyaki sesuatu. Senyum kecil mula terukir di hujung bibir seolah mula faham apa yang ingin dikongsikan adiknya tersebut.

"About that boy yang Fiya cerita tu ke?" Soal Iris dengan senyuman mengusik.

Afiyyah mengeluh sebelum tertunduk malu.

"Fiya tahu yang Fiya masih terlalu muda untuk cakap pasal ni. Kalau mama dengar mesti dia tak suka. Tapi Fiya tak tahu nak luah pada siapa lagi kalau bukan pada kakak."

Iris tersenyum. Dia lebih daripada faham. Dirinya sendiri jatuh cinta pada usia yang sangat muda. Jauh lebih muda daripada Afiyyah. Soal hati dan perasaan ini, hanya diri kita sendiri aje yang faham. Orang lain tidak akan pernah faham.

Jika ingin dibandingkan dengan zaman dahulu, ramai aje yang berkahwin sejak berumur 16 tahun lagi. Cuma peredaran zaman yang telah mengubah segalanya. Zaman sekarang pendidikan lebih penting untuk dikejar berbanding membicarakan soal hati dan perasaan.

"Tak apa, cerita aje lah pada akak. Apa yang menganggu Fiya tu?" Soal Iris prihatin.

"Jom duduk dekat katil." Ajak Iris sambil menarik tangan adiknya.

"Fiya tak ganggu kakak nak belajar ke ni?"

"Belajar tu esok pun boleh sambung. Esokkan cuti sekolah. Apa yang lebih penting adalah adik akak ni." Jelas Iris sebelum tubuhnya dipeluk erat oleh Afiyyah.

"Kakak adalah kakak terbaik! Sangat baik dan memahami!" Jerit Afiyyah penuh teruja.

Iris hanya mampu tergelak sebelum mereka duduk saling berhadapan di atas katil.

"Now, tell me what is going on?"

"Pada awalnya Fiya yakin apa yang Fiya rasa tu sekadar mainan perasaan sebab Fiya sekadar suka tengok wajah dia... tipikal perempuan suka tengok lelaki berwajah kacak kan..."

Mereka sama-sama tergelak kerana bersetuju dengan kenyataan itu. Kenyataan seorang anak gadis yang baru nak meningkat umur.

"Tapi makin lama Fiya tengok dia, perhatikan dia... Fiya tersentuh dengan cara dia layan perempuan tanpa mengambil kira perempuan tu cantik ataupun tidak. Bolehlah dikatakan dia seorang lelaki yang sentiasa memilih hati berbanding rupa. Fiya jadi jatuh cinta dengan sikap dia yang macam tu. Bukan tipikal lelaki kacak yang berlagak tak tentu pasal." Terang Afiyyah panjang lebar seraya menguntum senyum. Begitu menggambarkan hatinya yang sedang mengembang indah.

Iris mengangguk faham. "Kalau dia dapat Fiya mesti dia bertuah gila. Fiya pun baik, lembut dan cantik pula tu." Puji Iris.

"Tapi masalahnya dia tu senior. Dia Form 5, sedangkan Fiya baru Form 2... tak jauh sangat ke kakak?" Afiyyah bertanya bimbang.

Salahkah Aku Menanti [TERBIT]Where stories live. Discover now