25

1.4K 100 0
                                    

Pintu pejabat milik Taehyung dibuka kasar dan matanya dihidangkan dengan aksi Taehyung sedang membantu Hyerin menyiapkan kerja sekolahnya. Muka Jennie kelihatan sungguh tegang sekali. Hyerin segera memeluk lengan Taehyung akibat takut melihat wajah tegang ibunya. Mata Jennie silih berganti memandang Taehyung dan Hyerin.

"Hyerin, balik" Suara marahnya cuba dikawal.

Hyerin pantas menggeleng. Gelengan Hyerin membuatkan amarahnya semakin berkelodak.

"Mummy cakap balik tu balik la" Suara Jennie sudah naik seoktaf. Air mata Hyerin pantas keluar menandakan dia benar benar takut dengan perubahan sikap ibunya. Taehyung benar benar terkejut melihat kemarahan Jennie lalu berdiri sambil mendukung Hyerin.

"Jennie sayang, kenapa ni.. Janganla marah Hyerin. Kalau awak nak marah, marah jer la saya. Ok, saya minta maaf sebab amik Hyerin tak bagitau awak. I am sorry ok" Kata Taehyung.

"Aku tak kisah la kau nak cakap apa, yang penting aku nak anak aku balik. Aku nak Hyerin" Bentak Jennie. Manakala semua pekerja pekerja Taehyung setia menyaksikan drama yang berlaku di pejabat boss mereka.

"Kenapa tu. Apa hubungan yeoja tu ngn boss"

"Budak tu anak sapa"

"Cantikla yeoja tu"

"Sian husband aku kena marah ngan yeoja tu"

Tanpa mereka sedar, seorang lelaki berbahu lebar jalan menghampiri mereka.

"Ehem" Deheman lelaki itu menyentakkan perbuatan mereka semua.

"Buat apa ni. Tak ade keje ke" Jin menyoal dingin. Kelam kabut mereka semua kembali ke meja masing masing untuk membuat kerja. Kemuadian Jin mengalihkan pandangan dan terpapar la drama antara Jennie dan Taehyung. Jin mengeluh lalu mendekati mereka.

"Tae, Jen, sudah la jangan gaduh. Lagipun tak elok gaduh depan anak" Nasihat Jin. Jennie menjeling Jin kemuadian memandang Taehyung.

"Tae, aku tak minta apa2 pun. Aku just nak anak aku jer. Tolong la" Rayu Jennie.

"No, dalam keadaan awak macam ni, saya takkan bagi Hyerin pada awak. Saya tak tahu apa masalah awak, tapi jangan lepaskan pada Hyerin" Taehyung masih berlembut dengan Jennie walaupun percakapan Jennie agak kasar dan terus berlalu keluar bersama Hyerin didukungannya.

"Aiishhh" Keluh Jennie.


ASSASSIN'S LOVE ( BTS X BLACKPINK)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang