23

1.5K 106 14
                                    

Suasana pagi yang menunjukkan pukul 7:30 pagi itu sangat tenang dan mampu membuatkan penghuni rumahnya tidak mahu bangun. Namun tidak bagi Jennie. Jam seawal 6:30 pagi dia sudah terbangun dari tidur lenanya. Dia turun kedapur dan menyiapkan sarapan buat suaminya dan anaknya.

Taehyung and Hyerin POV

Taehyung mencelikkan matanya apabila telefon pintarnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Tanpa melihat nama diskrin, dia terus melekap telefonnya pada telinga.

Yeoboseo - Taehyung          

Woiii mana kau? Meeting pukul 8 ni. Kau tak masuk lagi. Kau jangan buat pasal Tae. Baik kau datang cepat sebelum aku ambil jawatan CEO kau ni - Sehun

Aku demam. Bye - Taehyung

Tanpa mendengar balasan Sehun, Taehyung terus mematikan panggilan.

"Erghhh" Kedengaran rengekan Hyerin yang baru bangun tidur. Tae tersenyum nipis. Tangannya dibawa membetulkan rambut anak gadisnya. Tidak lama kemudian, Hyerin mencelikkan matanya. Melebar senyuman Hyerin saat wajah Taehyung menyapa pandangannya pada hari itu.

"Daddy" Terus dipeluk tubuh Taehyung. Tergelak kecil Taehyung dibuatnya.

"Yer ni daddy sayang" Kata Tae sambil meleraikan pelukan.

"Bila daddy datang? Daddy tidur sini ke semalam?" Soal Hyerin.

"Yer sayang. Daddy datang semalam. Tapi Rin dah tidur" Balas Tae.
Hyerin hanya meng'o'kan sahaja.

😍😍😍

China Food Restaurant

"Hasil siasatan saya, memori Taehyung dah pulih dan sekarang dia kerap berjumpa dengan anaknya dan isterinya, Jennie. Semalam Taehyung tidur dirumah Jennie" Jelas Kai kepada Puan Kim sebaik sahaja mereka berdua selesai menghabiskan makanan mereka.

"Saya nak awak hapuskan mereka berdua. Kalau perlu bunuh, bunuh jer. Payment saya akan bank in nanti. Saya pergi dulu, ada hal" Kai hanya mengangguk mendengar arahan Puan Kim. Puan Kim mencapai beg tangannya dan pergi.

😇😇😇

Yoongi dan Yuha melangkah masuk kedalam penthouse milik Yoongi. Bagasi milik Yuha dibawa oleh Yoongi. Selepas mengetahui asal usul dan pekerjaan gadis itu Yoongi terus mengajak Yuha menetap dirumahnya memandangkan ibubapa gadis itu telah meninggal. Ibu bapa Yoongi pula bercerai sewaktu dia berusia 16 tahun.

"Yoongi, ermm bilik aku mana" Soal Yuha. Yoongi memandang Yuha kemudian tersenyum.

"Kita satu bilik" Balas Yoongi

"What?? Tak nak la aku. Kau ni bukannya betul pun" Yuha menjeling.

"Haiishh yer la. Aku dah offer taknak. Bilik kau sebelah bilik aku jer. Dah jom naik" Mereka berdua pun naik keatas.

😙😙😙

Keretanya di parking di garaj. Dia keluar dari kereta kemudian matanya terlihat sebuah kereta berwarna merah.

"Argh ade pulak perempuan ni. Menyibuk betul la"

Dia lock kereta dan masuk kedalam rumah.

"Tae kamu dari mana? Kenapa semalam tak balik rumah? Kamu tidur mana semalam?" Soal Puan Kim.

Taehyung berpusing menghadap Puan Kim. Kelihatan Irene duduk disebelah Puan Kim dengan memakai baju tidur berwarna biru gelap.

"Tae sibuk omma. Semalam Tae tidur hotel" Bohong Taehyung.

"Yeke you sibuk? Tidur hotel?  Bukanke you sibuk dengan benda lain?" Senyum Irene.

"Eiii sibuk la langsuir ni. Haduhh"

"Urusan aku kau tak payah sibuk" Tae jeling Irene.

"Tae, cakap elok elok tak boleh ke. Irene bakal isteri kamu" Tegas Puan Kim. Taehyung berdecit dan tersenyum sinis.

"Cakap elok elok? Bakal isteri? Tak perlu kut omma. Omma tak perlu ajar Tae cakap elok elok sebab omma sendiri pon pernah tengking isteri Tae dan halau dia tinggalkan Tae masa Tae koma dulu. Sampai hati omma kan halau Jennie masa tu"

Puan Kim hanya tenang kerana sudah tahu mengenai ingatan Tae yang sudah pulih manakala Irene benar benar terkejut waktu tu.

Taehyung tergelak kecil melihat wajah terkejut Irene dan wajah tenang ibunya.

"Omma mesti dah tahu kan pasal ni. Yer la penyiasat Omma, Kai yang beritahu omma. Sampai hati omma kan halau isteri Tae. Omma tahu tak masa tu Jennie pregnant masa omma halau dia. And yang paling Tae tak sangka omma sanggup ugut bunuh keluarga dia untuk dia tinggalkan Tae. Kenapa omma kenapa" Suara garau milik Tae sudah naik. Puan Kim terkejut dengan kenaikan suara anak lelakinya itu.

"Tae, jangan biadap ngan omma you" Sampuk Irene.

"Eii kau tak payah nak sibuk la" Bidas Tae.

"Omma tak suka dia. Dia tak sesuai untuk kamu. Dia layak wujud dalam keluarga kita Tae" Kata Puan Kim.

"Tak layak? Kenapa? Kenapa omma benci sangat dengan Jennie. Apa salah dia"

"Sebab omma dia rampas kekasih omma yang sepatutnya jadi appa kamu dan mereka berkahwin. Hati omma hancur Tae. Bertahun omma tunggu dia tapi akhirnya dia pergi dekat perempuan tu pulak. Hati perempuan mana tak hancur Tae"

"Omma, hanya sebab tu jer, omma bencikan Jennie sampai sanggup halau and ugut Jen. Apa ni omma?"

"Tae, omma you sayang sangat dekat you sebab tu dia buat macam ni. I pun sayangkan you. Kalau I jadi omma you pun, I akan buat benda sama" Celah Irene.

Taehyung meluat mendengar kata kata Irene lantas dia keluar dari rumah. Panggillan omma tidak dihiraukan. Dia harus mencari ketenangan.

ASSASSIN'S LOVE ( BTS X BLACKPINK)Where stories live. Discover now