34 - Aku nak Adel

Start from the beginning
                                    

"Jangan nak buat spekulasi tak betul di sini. Ingin saya tegaskan bahawa gossip itu tak betul , Adelia bersama saya pada malam itu. Saya nak semua wartawan minta maaf pada Adelia. Esok saya tahu semua sudah minta maaf pada Adelia." kata Syariff.

"Apa hubungan Syariff dengan Adelia ?"

"Furute husband." kata Syariff.

"Oh really ? I thought , I yang future husband dia." kata Rayden. Kata-kata Rayden menimbulkan persoalan pada wartawan. Apa yang berlaku !?

Syariff merenung tajam ke arah Rayden. Di memberi isyarat mata meminta setiusahanya menguruskan wartawan untuk keluar dari dewan ini. Tidak sampai 10 minit , dewan sudah kosong.

Kini yang tinggal hanyalah Syariff dan Rayden.

"Apa kau nak ?" soal Syariff.

"Aku nak Adel."

Syariff mendengus kecil. Dia menjeling tajam ke arah Rayden.

"Lia bukan barang." katanya.

"Sekarang dia bukan milik aku tapi esok lusa no one know.." kata Rayden bersama senyuman tersirat. Syariff menggenggam penumbuknya.

"Dalam mimpi pun , Adelia bukan milik kau." kata Syariff. Dia terus melangkah keluar dari dewan hotel. Setiusahanya mula membuntuti Syariff keluar dari dewan. Wajah Syariff yang masam mencuka membuatkan dia tidak tenang kerana memikirkan nasibnya pada malam ini.

"Block semua video mengarut malam ni. Pasti tak ada negative news fasal Lia esok." arah Syariff.

"Baik Tuan Muda."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"H-hello.."

Adelia terdiam saat mendengar suara itu sebaik mengangkat panggilan telefon. Dah kenapa suara secretary Syariff takut sangat ni ?

"Hello ? Kenapa kamu call saya ?"

"Tu..tuanku. Boleh tak tuanku datang ke hotel sekarang." pinta secretary Syariff.

"Kenapa ni ? Apa yang berlaku ?" soal Adelia. Takkan lah Syariff marah ? Mengamuk ? Syariff takkan bengang tanpa sebab.

"Tadi masa di press conference , CEO Rayden turut ada sekali."

"Ceo saya !?"

"Di..dia , ahh.. Macam mana saya nak cakap erh ?" keluh di hujung sana.

"Ah , tak apalah. Saya datang sekarang." putus Adelia.

"Baik Tuanku. Terima kasih tuanku." ucap secretary itu.

Adelia tidak mengambil masa lama untuk ke hotel. Sebaik sahaja tiba di pintu utama hotel , kelihatan secretary Syariff sudah menanti akan kedatangan dia.

"Tuanku , terima kasih datang." ucap secretary itu sebaik sahaja Adelia melangkah keluar dari kereta.

"Kenapa ni ?"

"Tuan Syariff , dia -"

Tanpa menunggu balasan lelaki itu , Adelia terus melangkah masuk ke dalam hotel. Berlari lelaki itu mengejar langkah Adelia. Tiba sahaja di hadapan lif , secretary itu menekan butang ke atas terlebih dahulu begitu juga sebaik sahaja masuk ke dalam lif. Laju sahaja lelaki itu mengiringinya ke bilik hotel Syariff.

Tiba sahaja dihadapan bilik Syariff , Adelia menjeling sekilas ke arah secretary itu sebelum loceng ditekan. Muka secretary itu kelihatan takut-takut sahaja daripada tadi.

'DING DONG'

tiada sahutan.

'DING DONG'

"Aku dah kata jangan kacau aku kan !?" tengking satu suara dari dalam. Pucat lesi muka secretary itu sebaik mendengar jeritan Syariff.

"Syariff , ni Lia lah ! Bukak pintu ni." arah Adelia.

Tiada balasan.

"Syariff , takkan sebab CEO aku kau nak buat perangai tak bertempat !?" jerit Adelia dengan geram.

Tidak lama selepas itu , pintu bilik terbuka dari dalam. Wajah masam Syariff menjadi tatapan matanya. Kecut perut secretary melihat wajah majikannya. Jelingam maut Syariff membuatkan dunianya bergegar !

"Syariff , apa semua ni !?" soal Adelia.

Syariff tidak menjawab.

"Kenapa kena sampai mengamuk bagai ? Kau bukannya budak kecil lagi." bebel Adelia.

"Kau tahu tak kau dah susahkan ramai orang !? Cuba lah-" tak habis Adelia membebel tubuhnya ditarik masuk ke dalam bilik hotel.

Terkejut Adelia apabila tubuhnya ditarik secara paksa. Dan , sudah pastilah secretary Syariff paling terkejut.

'Tt..tuan , bukan mahram..' tapi sayangnya hanya terlafaz dia tekaknyanya sahaja , tak mampu terlafaz di mulut.

"Ya Allah , kau lindungi lah tuan puteri dari serigala jadian. Amin." doanya tanpa sedar.









×××
Jangan lupa vote tau ✨

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now