" Assalamuaikum Zafriel," sapa Arabella sambil tersenyum manis. Zafriel juga turut terpaku sebentar. Dia memang selalu kalah kalau Arabella tersenyum manis macamtu. Angau tahap kronik dah Zafriel.

Deheman seseorang menghentikan lamunan Zafriel. "Ehm bro, ye aku ngaku girlfriend kau lawa do, tapi tutup lah mulut tu, malu lah kita lelaki angau macam ni," kata Zachary lalu ketawa terbahak-bahak.

Arabella yang tidak dapat menahan tawanya juga turut tertawa bersama Zachary. Terus menarik muncung Zafriel lalu dia mengambil potongan kek di tepi mejanya dan menyumbatkannya dalam mulutnya. Merajuk!

Namun, kunyahannya terhenti apabila merasa kek tersebut. " Aurora, kek ni korang beli eh?" tanya Zafriel curiga. Dah kek ni rasa sebiji dengan kek yang dia selalu makan di cafe mamanya. Namun sekarang, kek itu tidak sama rasanya kerana dimaklumkan cake maker cafe mamanya sudah berhenti bekerja dan sejak itu Zafriel mencari cake maker yang mamanya sering rahsiakan daripadanya.

"Hah? Taklah. Kita orang buat sendiri," balas Arabella lembut. Zachary di tengah hanya memandang mereka.

"Who made it?" tanyanya lagi. Arabella semakin mengerutkan dahinya. "Why? Tak sedap eh Aurora buat?" tanya Arabella risau. Yelah, kalau dah kek kau tak kena dengan taste boyfriend, mestilah risau.

"No, its so good. You made it? But how," terdiam seribu bahasa Zafriel. "Kenapa Aurora kerja dekat cafe mummy?" tanyanya pada mummy.

Arabella baru mengerti maksud semuanya. Dia segera mencari alasan yang munasabah. " Erk, erk Aurora nak cari pengalaman bekerja and stop sebab nak fokus SPM," balas Arabella. Zafriel hanya menggangukkkan kepalanya.

Tidak lama dia memandang Arabella dengan pandangan yang cukup comel dimata Arabella. "Isnin buatkan untuk Aril boleh tak?" tanya Zafriel gedik. Dia mengedip-gedipkan matanya.

PAK!

Kepala Zafriel ditampar oleh Zachary. Macam muka gay dah dia tengok si Zafriel! Meluat!

"Kau pehal do?" tanya Zafriel. Baru beberapa minit jumpa mereka dah rapat macam ni sampai berani tampar menampar.

"Meluat aku tengok kau! Dah aku nak cari Arwish! Aurora jom!" kata Zachary pura pura ingin menarik Arabella bersama.

"Ey! Tu girlfriend Aril! Tu bestfriend Aril! Jangan kacau!" kata Zafriel termanja lalu menepis tangan Zachary dan berdiri dihadapan Arabella.

Arabella dan Zachary apa lagi. Memang bantai gelaklah!

Tapi dalam diam, seseorang menyimpan perasaan benci terhadap gelak tawa mereka.

***

Pulang sahaja semua tetamu dari rumah Dato Mustapha. Dia memanggil isteri serta anak-anaknya untuk duduk di ruang tamu.

"Esok, Atiqa dah buat pembedahan. Awal pagi kita bertolak dari rumah okay? Dan kau, lantaklah mana kau nak pergi!" kata ayahnya sambil menunding jari ke arah Arabella.

Atiqa tidak betah duduk lalu berdiri dan menuju ke arah Arabella. Tangannya terus menampar pipi Arabella.

"Kau! Semua kau nak! Dari aku crushing pada Zafriel sama Zachary! Semua kau nak kebas! Dasar murahan!" jerkah Atiqa tiba tiba. Air mata dan darah mengalir dari mata dan hidung Arabella.

"Lepas je aku keluar dari hospital, aku taknak tengok muka kau lagi! Kau keluar dari rumah ni! Kalau ayah dan ibu tak setuju, Atiqa takkan jalankan pembedahan!" arah Atiqa kasar. Air matanyanya mulai mengalir ke pipi.

Dia kemudian berlari ke bilik Arabella lalu menyepahkan semua barang Arabella. Habis bertaburan barang barang Arabella. Mengamuk habis Atiqa malam tu.

Arabella hanya mendiamkan diri lalu berdiri. Dia tiba tiba memeluk ayahnya.

"Terima kasih ayah sudah terima Bella dalam keluarganya. Jaga Bella dari kecil. Pelukkan ni, pelukkan terakhir dari Bella. Bella sayang ayah sangat sangat. Jaga diri, jaga ibu, Kak Tiqa dan Abang Arwish, Bella sayang ayah always," kata Bella dengan esak tangis. Dato Mustapha hanya terkaku tanpa membalas pelukan Arabella mengecewakan Arabella. Arabella kemudian menyalam tangan Dato Mustapha.

Dia kemudian menuju ke arah ibunya lalu memeluknya.

" Ibu, Bella sayang ibu sangat sangat. Maaf Bella bukan yang terbaik buat semua. Terima kasih jaga Bella yang degil ni dengan penuh kasih sayang. Ini juga merupakan pelukkan terakhir Bella buat ibu. Bella sayang ibu sangat-sangat dan akan rindukan ibu sampai bila bila," sama seperti Dato Mustapha, Datin Emelie juga tidak membalas pelukan Arabella.

Dia kemudian beralih ke arah Arwish lalu memeluk abangnya.

"Abang, kita memang tak rapat tapi Bella sayang abang sangat sangat. Maafkan kalau Bella tak pernah jadi adik yang baik buat abang. Jagakan Ka Atiqa untuk Bella okay? Goodluck for SPM" kata Arabella namun kali ni Arwish membalas pelukannya. Semakin lebat esak tangis Arabella.

"Abang sayang Arabella juga. Jaga diri tau luar sana. Maafkan abang tak dapat buat apa-apa," balas Arwish lalu memeluk Arabella lebih erat. Arabella hanya mengganguk lalu tersenyum.

Dia kemudian memandang mereka di ruang itu lalu menghadiahkan sebuah senyuman. Dia masuk kebiliknya lalu mengemas semua yang disepahkan oleh Atiqa.

***

Huhu! Arabella got kicked out! Sedih I.

Anyway sorry for the never ending long wait. Okay dont forget to vote and comment okay? Kalau vote rise up faster, i update another chapter. 30 votes and few comments? boleh?

Bukan Yang TerbaikWhere stories live. Discover now