Mimie:
Ish, can you just say it!😤
             
Zara:
Tu Ahh

Sara:
Tahh!

Talita:
Eee tak sporting lah kau orang ni😒 Well💁 I brought my boyfriend with Me😜

Sara:
Really! Omaigod! Can't wait lah

Zara:
Wow, fans meeting lah😙uhuks🙊

Mimie:
Hahah asal korang dua ni? Tetiba je kau orang excited lebih ni kenapa¿

Zara:
@mimie Of course lah😉 Dia tu famous+handsome kot..😍

Sara:
Tu ahh pasal. Sapa tak bangga bila dapat keluar dengan 'hot guy'

Mimie:
@zara Talita ni takde pula, kau nak excited lebih.. Tak de pula nak hargai dia as a instafamous😒 Dia pon popular juga tau

Talita:
Ah sudah! Kak Long ceramahhh huhu

Sara:
Ambik kau! Kena Setempek😂


♥♥♥♥
Kedengaran riuh-rendah
suara-suara 3 sekawan itu di sebuah restoran. Zara, Sara dan Mimie. Mereka berborak tak sudah-sudah. Eii.

"Uitt, riuhnyaaaaa!"tegur Talita.
Zara, Sara dan Mimie menjeling tajam.

"Assalamualaikum kau mana?! Datang-datang terus serbu," marah Zara.
Talita tersipu-sipu malu.

"Assalamualaikum girls,"

"Waalaikumsalam!"

"Uitt marah lagi kaa?" Tergelak kecil Talita.

Kemudian Talita berdehem kecil sambil memulakan bicara.
"Kenalkan he's my boyfriend,"
Tercengang mereka bertiga. 'Uishh,tak perasan pula dia ada kat situ tadi,' desis hati Sara.
'Wow! Tak sangka jumpa
depan-depan lagi handsome..,' gumam hati Zara pula.

"Hai I Hakimi. Her official boyfriend. I'm sure that you know.. Kk ehem..tak payah nak kerek sangat kan?! I bukan jenis macam tu," Hakimi memulakan bicara.

Zara, Sara dan Mimie sekadar tergelak kecil sambil mengangguk-anggukkan kepala mereka.Hakimi dan Talita mengambil tempat.

Mereka bergelak ketawa tak sudah-sudah. Talita tercongok dekat situ macam orang asing. Padahal orang asing tu Hakimi. Eh,Hakimi bukan lagi orang asing kan? Yelah dia dah jadi sebahagian daripada grup tu jugalah kiranya. Sebab kawan Talita, kawan dia orang juga. Emm,itupun kalau Talita yang kenalkan lah.

"Haishh, aku kat sini tunggul ke apa?! Asyik kau orang je berborak. Bila turn aku pula? Ouh kau orang... Ada orang baru,korang layan dia je eh! Tak rindu aku ke? Punya lah aku rindu kau orang.. Ingat kan nak berborak lah apa dengan korang, tuptup korang layan orang lain.. Mm ok fine. Aku dah tak diperlukan ann?"rajuk Talita sambil bermain-main dengan straw minuman di dalam gelasnya.

"Ala, my bebeh jangan lah macam ni. Kau yang diam, bukan salah kita orang,"pujuk Mimie.

"Tulah pasal! Yang kau diam je ni kenapa?  Jealous ke kita orang layan boyfriend kau..,"gurau Zara.
Talita sekadar menjeling. Hakimi mengukir senyum nakal. Kemudian tangannya melingkar ke arah bahu kanan Talita lalu diusapnya.
"Ala,sian baby saya ni... Kena palau ye. Meh,sini," Hakimi menarik Talita ke dalam pelukannya.

Talita mendengus perlahan lalu meleraikan pelukan mereka. Hakimi tersengih. Sengaja mengusik.

"Weyh aku rasa kat sini makin panas lah! Pastu tak tahu kenapa tiba-tiba dekat atas meja ni ada banyak semut!"

"Tu ahh! Weyh, semut! Semut!" Hahaha habislah Talita kena usik dengan manusia-manusia tu.

"Ouh,yeke! Manoi semutnya? Ouhh haahlah banyak ni kat sini,"sambung Talita sambil menepis-nepis sesuatu di meja. Kononnya tepis semut lah tu..😂 Talita pun layan jelah. Daripada dia duduk macam tunggul, baik dia join sekali.
♥♥♥♥

Kedengaran bunyi-bunyi yang membingitkan. Alunan rentak
lagu-lagu yang dimainkan oleh DJ sering kali kedengaran. Beberapa orang menari-nari di atas pentas mengikut rentak lagu yang semakin rancak.

Lelaki muda itu dikelilingi perempuan-perempuan yang berpakaian persis pelacur. Ketat+pendek nak mampuihh. Perghh, seksi gila! Pemuda itu kelihatan seperti pelajar sekolah gayanya. Dengan senang hatinya, dia meneguk minuman keras. Eee sedap sangat ke air kencing syaitan tu? Macam nilah remaja-remaja sekarang, tak tahu halal haram! Ishh!

"You... Jom lah dancee..," pujuk salah seorang perempuan yang berkepit dengannya.

"Haa yelah yelah..," jawabnya sambil tersengih-sengih. Well..orang mabuk memang sikit sikit sengih, sikit sikit sengih ann?

"Bos! Dah pukul 11:30 malam! Nanti mummy daddy bos bising lah. Saya hantar bos balik eh? Tak pasal-pasal kantoi nanti," bisik pembantu peribadinya tatkala dia leka menari-nari di atas pentas.

Dia ialah pembantu peribadi secara rahsia pemuda itu. Hanya pemuda itu sahaja yang mengetahui kewujudan pembantu peribadinya itu. Dia sengaja merahsiakan daripada pengetahuan orang lain.

"Ish,spoil lah! Susah betullah jadi baik ni!" desisnya geram tetapi suaranya masih dikawal. Takut awek-awek sebelah dia tu dengar..

"Haa,apa you?" tanya seorang perempuan.

'Laa, dengar ke? Ingatkan tak dengar tadi!'

"Hmm.. I ada cakap apa-apa ke?"soal pemuda itu kembali, pura-pura. Perempuan yang tadinya sekadar menggeleng kepala. Lambat. Dia sebenarnya teragak-agak nak geleng kepala. 'Aku salah dengar ke? Tak silap aku, dia ada cakap something. Ahh, orang mabuk selalu mengarut!' gumam perempuan itu. Dia menepis segala andaian yang dibuatnya tadi.

"Emm you girls! I got to go now! See you next time, okay?" terang pemuda itu.

What? Siapa yang pergi kelab tu? Why he say 'dia terpaksa buat baik'? Who is that guy? Eee kenapa remaja sekarang macam tu? Ya Allah jauhilah author daripada perkara negatif macam tu. Tak mau author jadi macam tu! Author pun nak doakan korang semua semoga sentiasa di jalan yang benar! Aaminn.

Cinta Satu DekadWhere stories live. Discover now