Bab 6

5 4 0
                                    

Akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju iaitu IOI City Mall. Mereka melangkah masuk ke bangunan itu.
"Awak kita pergi Tea Live dulu
please...," saran Talita manja sambil
mengayun-ayunkan lengan Hakimi dengan manja. Terkebil-kebil dibuatnya Hakimi itu. Talita masih tidak menyedari perbuatannya itu, dia masih ralit bermain dengan lengan Hakimi sambil memerhati sekeliling. Orang sekeliling mula memerhatikan mereka. Talita masih tidak menyedari hal itu. Kemudian secara tiba-tiba dia merasakan lengannya dipaut seseorang, lantas Talita memandang gerangan yang memaut lengannya. Hakimi buat tidak endah akan pandangan Talita itu, lalu dia mengatur langkah mencari Tea Live. Talita turut sama mengatur langkah sambil memandang Hakimi tidak berkedip.
"Hey, jalan pandang depan lah! Nanti jatuh tersadung dekat mana-mana kang!" nasihat Hakimi tenang sambil menguntum senyum. Talita berdehem kecil bagi mengawal dengupan jantungnya yang tidak tentu arah itu.Kemudian menghentikan langkahnya. Hakimi turut sama berhenti. Hakimi berpura-pura memandangnya pelik. Dia tahu apa yang berada di benak fikiran Talita. Dalam hati dia menguntum senyuman meleret.
"Kenapa awak paut tangan saya?" soal Talita tidak puas hati sambil menjeling pada lengannya yang dipaut Hakimi. Dia berpura-pura tidak puas hati tetapi sebenarnya di lubuk hatinya dia cukup gembira. Hakimi tidak mengendahkan soalan yang diajukan gadis manis di hadapannya itu lalu terus mengatur langkah sambil menarik tangan Talita. Terbuntang mata Talita dibuatnya.
"Awak! Orang tengok lah! Saya ni dah lah famous!" bentak Talita tetapi masih tidak melepaskan genggaman Hakimi. 'Eh, eh minah ni! Sempat pula dia riak dengan aku eh!' Hakimi mencebik.
"Awak ingat, awak sorang je famous! Eh saya pun famous lah!" gumam Hakimi.
"Eee tak kesah lah siapa lagi famous ke apa! Tu! Awak tu! Awak kenapa tiba-tiba nak pegang saya? Lagipun kita bukannya ada apa-apa hubungan pun! Nanti orang nampak nak jawab apa?" bebel Talita geram.
"Banyak betul awak membebelkan!" kata Hakimi lalu ketawa kecil. Dia langsung tidak berkecil hati dengan bebelan Talita itu, malah dia merasakan kecomelan Talita terserlah. Talita mendengus geram.
"Kalau awak boleh main-main dengan tangan saya tadi...kenapa saya tak boleh kan? And if anyone ask anything...just say that we're going to marry soon! Okay baby!" terang Hakimi manja sambil menayangkan senyuman menggoda buat Talita. Talita menelan liur. Dia tidak menyangkakan jawapan itu yang terkeluar daripada mulut Hakimi. Dia cuba mengawal reaksi mukanya. Tetapi lain pula jadinya. Mukanya kelihatan pucat.

Hakimi menghentikan langkahnya lalu memandang wajah Talita. Dia tergelak besar. Orang disekelilingnya diabaikan. Talita tersedar, lalu dia mencubit perlahan bahu Hakimi. Hakimi mengaduh kesakitan. Dia mengusap-usap bahu yang pedih akibat cubitan Talita.
"Sakitlah awak! Bisa betul cubitan awak tu!" adu Hakimi manja.
"Ee gedik lah awak ni! Tulah... Siapa suruh awak gelak kuat-kuat! Orang tengok lah, tak malu ke?" Talita menjeling geram.
"Awak tu lah buat saya gelak. Siapa suruh! Muka pucat macam mayat hidup!" usik Hakimi. Terkekeh-kekeh dia ketawa. Talita mencubit lagi bahu Hakimi. Geram. Haa, kan dah kena double! Padan muka!
"Auchh sakit lah wakk....," adu Hakimi lagi.
"Alalala sakit ke? Tulah...Nak gurau pun silap orang lah wak! Padan muka! Meh, sini! Mana yang sakit tu?" Hakimi mengusap bahu kirinya supaya Talita tahu di mana tempat yang sakit tu. Aik dia yang cubit, tak kan tak ingat kot tempat mana yang dicubit! Talita mengusap-usap lembut bahu kiri Hakimi. Hakimi tersengih. Mata Talita melilau-lilau sekeliling. Mata-mata di situ tidak lepas daripada memandang Talita dan Hakimi. Kemudian kedengaran jeritan nyaring Talita di segenap ruang itu. Hakimi terkejut lalu dia mengosok-gosok telinganya. Talita tersengih apabila dia menjadi perhatian ramai.
"Awak! Apa jerit-jerit ni! Sakitlah telinga saya dengar awak jerit!" marah Hakimi perlahan sambil mengusap-usap telinganya. Talita tayang sengih.
"Kenapa awak tak bagitahu saya yang kita dah sampai Tea Live?" tanya Talita laju lalu terus berlari anak ke arah tempat kegemarannya. 'Ouh! Dia gilakan Tea Live rupanya! Senanglah aku!' Hakimi mula memasang rencana untuk memikat hati Talita.
Hakimi mendekati Talita. Talita sudah mengeluarkan wangnya untuk membayar smoothienya. Dia membeli Signature Passion Fruit Smoothies.Cepatnya dia order! Hakimi menahan tangan Talita.
"Tak pe! Biar saya bayar!" Hakimi menghulurkan wangnya kepada cashier.
"Tak pe ke awak bayar ni? Saya masih ada duit lagi lah! Lagipun papa ada bagi kad kredit dekat saya," terang Talita. Dia tidak mahu mengguna duit lelaki itu. Hakimi hanya menghadiahkan senyuman manisnya. Kemudian Hakimi menarik tangan Talita. Talita terpinga-pinga.

Cinta Satu DekadWo Geschichten leben. Entdecke jetzt