Bab 2

7 4 0
                                    

Langit biru yang cerah mendamaikan permandangan. Angin sepoi-sepoi bahasa yang mampu menenangkan hati sesiapa sahaja yang gelisah. Cuaca baik. Nafasnya dihela. Semangat baru ditanam. Azam baru ditanam. Sekolah Menengah Kebangsaan Sierramas sudah berada dihadapannya. Berdiri tegak dihadapan pagar sambil mengambil nafas baru.

Talita dimasukkan ke dalam kelas 5 Perakaunan. Sepatutnya dia boleh dimasukkan ke dalam kelas 5 Sains. Tapi katanya dia tidak berminat dan memohon untuk masuk ke kelas 5 Perakaunan.

Semua murid berdiri tegak apabila diarahkan untuk bangun. Ketua kelas memberi salam kepada guru diikuti yang lain. Cikgu Rohaya selaku guru kelas itu menjawab salam mereka dan membenarkan anak muridnya duduk.

"Cikgu nak kenalkan, ni kawan baru kau orang," terang Cikgu Rohaya sebaik sahaja Talita masuk ke dalam kelas atas kebenarannya.
"Talita perkenalkan diri kamu," arah Cikgu Rohaya. Talita mengangguk kecil, faham.
"Assalamualaikum and good morning, you guys! Nice to meet you! I'm Talita Izany, you can just call me Talita or... Izany........Urmm it is up to you lah! Hehe I'm from Kuala Lumpur. I just came here, so... If you don't mind nanti saya tanya macam-macam jangan ada yang pengsan ye nanti," terang Talita dengan selorohnya. Semua murid 5 perniagaan ketawa kerana seloroh Talita.
"Haha so, any question?" soal Talita.
Beberapa pelajar mengangkat tangan mereka. Seorang demi seorang menyoal Talita.
"Ermm if you don't mind, can I call you sayang?" soal seorang pelajar lelaki sambil mengukirkan senyuman menggoda buat Talita. Pelajar perempuan mula membuat muka menyampah. Segelintir pelajar perempuan juga ada yang membuat muka 'nak muntah' dan ada juga menjeling geram. Kedengaran
suara-suara pelajar membantah soalan 'tidak berbayar' Adib. Ada juga yang menyuarakan pendapatnya tentang Talita.

"Eee kau ni gedik lah Adib,"

"Dasar playboy!"

"Aku bagitahu awek kau nanti, Adib!"

"Eh lelaki memang tak cukup satu kan?"

"Eeee Talita tu bukan lah cantik sangat,"

"Apasal kau suka sangat dekat Talita ni! Err tolonglah,"

"Err, okay! okay! Calm down," ujar Talita sambil mengayunkan
kedua-dua belah tangannya ke atas dan ke bawah, cuba menenangkan keadaan.
"Hurmm maaf ye Adib...just call Talita," balas Talita. Adib tersengih malu dan sekadar mengangguk faham.
"Okay any other question?" sambung Talita.
"You single ke?" soal Amer sambil mengangkat-angkat sebelah keningnya.
"Hahahah errr...kenapa tanya soalan macam tu eh?" balas Talita, ragu-ragu.Amer hanya tersengih seperti kerang busuk sambil mengeleng kepalanya.
"Errmm you ni macam familiar lah! You.....anak Dato Shamel kan? Am I right?" soal Miya, pelajar yang duduk bersebelahan tingkap. Segelintir pelajar dan juga Cikgu Rohaya terkejut mendengar soalan Miya.
"Err....yes! Macam mana you tahu I ni anak dia?" balas Talita perlahan sambil membongkok sedikit. Seperti berbisik. Miya yang hanya memerhati tindak-tanduk Talita terus ketawa kuat. Pelajar lain juga tidak terlepas untuk turut serta ketawa.
"Hahahah you ingat dia orang tak dengar ke...Nak bisik pun dekat lah sikit," ujar Miya dengan ketawanya yang masih berbaki.
"Entah! Lagipun buat apa nak malu untuk mengaku yang kau ni anak Dato Shamel! Haduii hahahaha," balas Tila, pelajar perempuan yang duduk bersebelahan dengan Miya.
Talita tersengih malu sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Cikgu Rohaya sekadar mengeleng kepala apabila tawanya dapat dihentikan.
"Okay, okay! Dah semua, stop laughing!"
"Talita, awak duduk sebelah Emma," arah Cikgu Rohaya sambil menunding jarinya ke arah Emma. Talita mengangguk kecil dan terus mengatur langkah ke tempat duduknya.

Kriinnngggg....
Loceng menandakan waktu rehat bermula. Semua pelajar tingkatan 5 dan pelajar STPM menuju ke kantin untuk mengisi perut yang lapar. Talita membeli semangkuk kecil bihun sup dan sebotol air mineral. Dia mengatur langkah menuju ke meja yang diduduki oleh Anne, Elly, Emma, Fairuz dan Razali. Sedang dia mengatur langkah, secara tidak sengaja dia terlanggar seorang pelajar lelaki tinggi lampai, berwajah polos dan memakai pakaian lengkap sebagai pengawas. Hampir sahaja kuah sup di dalam mangkuk itu terkena uniform pengawas pelajar itu. Talita tergamam seketika. 'Fuh! Kus semangat! Nasib dia elak!" luah hati Talita.

"Oppss! Sorry saya tak sengaja! Tak perasan pula awak jalan,"

"Ouh it's okay! Nasib tak terkena baju saya aje," balas Hakimi sambil menjuihkan mulutnya pada mangkuk bihun sup yang dibeli Talita. Mereka berdua ketawa kecil.
"Ehemm! Talita, baru masuk sekolah dah ada boyfriend ke?" laung Fairuz. Sengaja dia menguatkan suara. Biar datang gosip. Talita hanya menjegilkan matanya. Rakan-rakan semeja dia tu dah ketawa
terbahak-bahak.
"Lek la Talita! Sengaja, gurau kasar!" laung Fairuz lagi.
Talita hanya menjegilkan matanya. Hanya itulah yang dia mampu buat pada masa ini. Dia malu hendak
jerit-jerit tidak tentu pasal dekat lelaki di hadapannya ini. Hakimi hanya senyum simpul. 'New student! I see...Cun lah dia ni,' bisik hati Hakimi sambil mengangguk-anguk kecil.
"Hmm, sorry again. I have to go now! I hope we meet again!" pinta Talita lalu terus melangkah ke arah meja santapan rakan-rakannya. Hakimi hanya mengangguk dan terus mengatur langkah.

Setibanya Talita di meja itu, dia disergah dengan beberapa andaian.
"Wah! Dah ada boyfriend eh?" soal Fairuz, gurau.
"Eee no lah," balas Talita sambil menjeling geram.
"You kenal tak tu siapa?" duga Emma. Talita sekadar menggeleng. Mereka tidak terkejut langsung kalau pun Talita masih tidak mengenali Hakimi. Yelah Talita masih pelajar baharu di situ.
"Hurmm, tak terkejut lah kalau Talita tak kenal sekalipun! Yelah dia kan peramah..baik! Orang kutuk dia
depan-depan pun dia still buat baik dengan orang tu," ujar Elly.
"Tulah pasal! Eh, tapi kau tak boleh buat baik sangat dengan orang macam tu tau! Nanti lagi senang dia nak pijak," nasihat Anne. Sama seperti dalam kelas tadi. Ramai yang mengutuknya, kononnya Talita guna bomoh tu yang ramai lelaki nak dekat dia!
Talita hanya menayangkan tangannya yang dibentukkan menjadi ok👌. Dia malas hendak melayan.
"Okay,okay! Berb...," belum sempat Emma menghabiskan kata-katanya Razali terlebih dahulu menyampuk.
"Ha! Dah, dah ye! Rehat dah nak habis! Makan cepat!"
"Hmm yelah," kata Anne, Emma, Elly dan Fairuz, pasrah. Talita tergelak kecil.

Cinta Satu DekadWhere stories live. Discover now