Bab 3

10 5 0
                                    

Enam sekawan itu menunggu giliran masing-masing untuk dijemput pulang ke rumah. Mereka menunggu di perhentian bas. Anne dan Fairuz baru sahaja pulang. Mereka berbual kosong sementara menunggu ibubapa menjemput mereka. Elly dan Emma kelihatan rancak berborak.

"Weyh Talita folio kau dah siap ke?" soal Razali.
"Dah," jawab Talita ringkas.
"Cepatnya siap!Cikgu baru bagi 4 hari lepas kot!"
"Hmm biasa!" ujarnya bangga sambil menayangkan muka bangganya.
"Eleh, riak pula kau eh!" Razali menjeling geram.
"Nak tengok!" sambung Razali teruja sambil tersengih.
"Eleh! Tadi jeling-jeling! Menyampah aku!"
"Ala...Boleh laa..Please?" pujuk Razali, berlagak manja. Talita mencebik.
"Eee! Fikir comel ke?!" tempik Talita, pura-pura. Tetapi dalam hati... 'Heul!(Omaigod!) So cute! Hahahah,' jerit Talita dalam hati.
"Jap lah aku tengok," sambungnya lagi, geram. Talita menyelongkar begnya. Dia mencari folionya.
"Weyh! Tak ada lah!" jerit Talita. Elly dan Emma terdiam seketika. Mereka terkejut dek jeritan Talita tadi.
"Oii! Kau jerit kenapa?" marah Razali.
"Hei, hei, you jerit-jerit ni apahal?" marah Elly dan Emma hampir serentak. Talita tersipu-sipu malu.
"Heheh sorry,"
Elly dan Emma hanya menjulingkan matanya ke atas dan terus menyambung perbualan mereka tadi.
"Weyh! Teman aku pergi ambil dekat kelas! Please! Lagipun kau nak tengok juga kan," rayu Talita.
Razali hanya mengangguk setuju. Dia dan Talita bangun dan mengatur langkah ke kelas.

Pin!Pin!
Bunyi hon kereta Myvi kuning dan kereta Persona hitam kedengaran. Kereta Myvi kuning itu milik ayah Razali, manakala kereta Persona hitam itu milik ibu Elly. Razali memohon maaf kepada Talita kerana tidak dapat menemankannya.
"....Whatsapp jelah malam ni. Kau suruh ah Emma temankan kau ke kelas. Sorry again aku tak boleh teman," pesan Razali sambil melambai tangan lalu berlalu pergi. Elly turut berlalu pergi ke kereta ibunya.
"Emma! Sini kejap!"
"Apa?"
"Teman aku pergi kelas. Ambil folio! Tertinggal!" pinta Talita. Emma mendengus geram. Talita tersengih. Dia dan Talita jalan beriringan ke kelas.

Emma meminta untuk ke tandas sebentar. Talita mengangguk.
"You pergi je dulu, I tunggu dekat kantin eh?"
"Okey,"

Sewaktu dia melangkah ke kelas, lengannya ditarik kasar oleh seseorang. Perkara yang sama berlaku kembali. Dia ditarik ke belakang bangunan sekolah. Ada dua orang pelajar lelaki. Mereka berdua berwajah sinis. Talita cuba melepaskan lengannya.
"Eh, kau nak apa haa?!" jeritnya sambil cuba melepaskan lengannya daripada cengkaman 'binatang' itu.
"Hmm...kau rasa aku nak apa haa..?" soal pelajar lelaki yang mengenggam lengan Talita. Suaranya sengaja diperlahankan. Dia kononnya cuba menggoda Talita. Eee fikir dia tergoda ke? Seseorang di sebalik bucu bangunan itu sedang memerhati dengan tekun. Dia terasa bahang di muka kerana pembuli itu cuba untuk bermanja-manja dengan Talita.
Talita terus merentap lengannya dengan kasar. Dia mengusap-usap lengannya yang terasa pedih akibat cengkaman lelaki itu. Dia lemas diperlakukan begitu. Lagi-lagi dua orang lelaki dihadapannya ini cuba melakukan sesuatu di luar jangkaannya. Talita cuba mencari ruang untuk melepaskan diri. Dia terus berlari tetapi malangnya tudungnya ditarik dari belakang. Talita mengerang kesakitan.
"Hoi! Kau fikir tak sakit ke buat macam tu!" sergah pelajar itu. Dia mula geram apabila Talita diperlakukan begitu.
"Ho ho ho... Hero sudah mari,"
"Ish, lepaslah! Sakitlah!" Talita meraung kesakitan. Hakimi terus menumbuk muka dua orang pembuli itu dengan rakus. Ya, Hakimi. Lelaki yang mengintip di sebalik bucu bangunan itu ialah Hakimi. Talita membetulkan tudungnya yang hampir tercabut itu. Dua orang pembuli itu bangun dan terus lari lintang-pukang sambil memegang tempat yang sakit akibat tumbukan padu Hakimi. Air mata Talita hampir gugur tetapi ditahannya.
"Awak okey?" soal Hakimi, risau. Talita hanya mengangguk sedikit. Dia mengucapkan terima kasih pada Hakimi lalu mengatur langkah pergi. Hakimi tersedar dan mengejar langkah Talita.
"Ermm, esok awak tak payah pergi sekolah lah. Rest je dekat rumah," saran Hakimi. Talita menghentikan langkahnya dan berpaling menghadap Hakimi. Talita terus melentokkan kepalanya di bahu Hakimi. Dia menangis teresak-esak. Hakimi terkaku. Dia tidak tahu hendak buat apa lalu dia membiarkan sahaja.

Malam itu telefon Talita berdering berkali-kali. Talita hanya mengabaikan deringan itu. Dia tahu itu pastinya Razali. Dia malas hendak melayan sesiapa buat masa ini. Dia masih trauma dengan kejadian petang tadi. Ini pun, dia tidak turun makan. Ibubapanya sudah sungguh risau. Berkali-kali juga ibubapanya memujuk untuk turun makan. Tapi dia tiada selera.

Dia duduk bersimpuh lalu mengambil telefon pintarnya. Dia menyalin nombor daripada sehelai kertas ke kenalan di dalam telefonnya. Itu adalah nombor telefon Hakimi. Hakimi berinya pada petang tadi. Dia memberitahu Talita jikalau memerlukannya hanya perlu mendail nombornya atau whatsapp sahaja. Talita mengambil keputusan untuk menghubungi Hakimi. Talian telefon diangkat. Talita memberi salam kepada Hakimi. Salam Talita dijawab.

"Err awak dah tidur...ke?" soal Talita. Jantungnya berdegup kencang.
"Hurm awak call saya. How I'm going to sleep, right?" Suara Hakimi sungguh menenangkan hati Talita yang tidak tenteram. Talita rasa sungguh tenang. Segala kesakitan dan traumanya dapat dilupuskan buat sementara.
"Awak? Awak? Yuhu! Are you there?" panggil Hakimi. Lama Talita mendiamkan diri. Talita tersentak.
"Haa? Ye ye betul tu," jawab Talita, gelabah. Kedengaran tawa Hakimi pecah. Talita hanyut sekali lagi dalam suara tawa Hakimi.
"Hahahahah apa yang ye tu? Maksud awak...awak setuju nak kahwin dengan saya lepas SPM ke?" seloroh Hakimi. Sempat lagi dia mengenakan Talita.
"Haa? Kah...kah...kahwin? Bila masa saya setuju?" Bertambah lajulah degupan jantungnya. Semakin kuatlah Hakimi ketawa.
"Kenapa awak gelak?!" jerit Talita geram.
"Hahahaha tak ada apa lah. Tak payah risau lah. Saya gurau je tadi," Hakimi cuba menenangkan Talita. Lama mereka berdua berdiam.
"Awak okay tak ni?" soal Hakimi risau. Dia masih risaukan Talita kerana keadaannya pada petang itu sungguh menyentak tangkai hatinya. Talita terlalu trauma.
"Hmm entah lah...kalau pisang dah berbuah dua kali, macam mana saya tak trauma," jawab Talita, suaranya sungguh sayu. Talita rasa senang untuk meluahkan apa sahaja dengan Hakimi. Yelah, kawan-kawan lamanya sudah dia tinggalkan di sekolahnya dahulu. Hakimi tersentak. 'Hah? Pisang berbuah dua kali? Maksudnya dekat sekolah lama dia pun dah pernah kena? Patutlah dia trauma lebih,' desis hati Hakimi.
"Err sorry kacau awak malam-malam macam ni... Mesti awak dah nak tidur kan?" suara Talita kedengaran sayu di pendengaran Hakimi. 'Hmm mesti dia perlukan seseorang kan untuk luahkan isi hati dia?,' gumam Hakimi dalam hati.
"Haah kan? Kenapa awak tak tidur lagi? Mesti awak nak saya dodoikan! Saya on je! Awak nak ke?" Hakimi cuba untuk mengubat Talita yang masih trauma. Talita ketawa kecil.
"Eee perasannya awak ni," ujar Talita dengan nada manja. Hakimi rasa terbuai-buai dalam kata-kata Talita yang manja itu. Kemudian Hakimi ketawa kecil.
"Awak pergi sekolah tak esok?" soal Hakimi.
"Pergi kot! Trauma saya hilang pula bila ada seseorang ubati," jawab Talita, terselit gurauan dalam
kata-katanya. Hakimi dan Talita sama-sama ketawa.

Cinta Satu DekadWhere stories live. Discover now