Bab 5

8 6 0
                                    

Sudah tiga hari Talita tidak hadir ke sekolah. Setiap tiga hari itu jugalah Hakimi dan Talita berhubung melalui telefon apabila malam menjelma. Mereka semakin rapat. Kecoh satu sekolah tentang hal Talita dibuli dan Talita jatuh pengsan.
Pembuli-pembuli itu sudah dikenakan tindakan digantung sekolah selama dua minggu. Mereka pelajar tingkatan lima. Sebaya Talita. Mereka pelajar kelas belakang, 5 Teras (1).

Hari ini Talita datang ke sekolah dengan semangat yang baharu. Traumanya hilang sejak Hakimi sentiasa ada bersamanya. Hakimi datang ke rumah Talita untuk melawatnya dan menjaganya. Ibubapa Talita membenarkan sahaja. Mereka tahu Hakimi seorang yang baik dan bertanggungjawab. Lagipun mustahil untuk berlaku apa-apa kerana mereka selalu memantau dua orang remaja itu.

Talita masuk ke kelas dengan hati yang berbunga-bunga lalu terus duduk di tempatnya seperti biasa. Pelajar lain hanya memerhati dengan wajah hairan. Ada segelintir pelajar berbisik-bisik. Emma, Anne dan Elly memandangnya pelik. Anne dan Elly yang duduk di hadapan Talita terus memusingkan badannya ke belakang sambil merenung Talita tajam. Wajah Emma dan Razali terus bertukar sinis. 'Ouh, ni mesti tak lain dan tak bukan! Si Hakimi punya kerja...,' bisik hati Emma dan Razali. Emma berdehem kecil. Talita hairan mengapa semua pelajar memandangnya pelik. Talita membelek-belek mukanya dan pakaian sekolahnya. Emma dan Razali ketawa geli hati. Mereka yang lain hanya menayang wajah cemberut.
"Kenapa you gelak?" soal Talita kepada Emma, tidak puas hati.
"Kau pula apasal gelak?" tanya Talita sambil menundingkan jarinya ke arah Razali.
"Kau orang ni kenapa pandang aku macam tu?!" sambungnya lagi.
"Kau tu lah kenapa? Senyuman kau tu manis betul harini! Dah okay ke? Kau mabuk ehh?......Mabuk cinta!" seloroh Razali sambil menguntum ketawa. Emma turut sama ketawa. Mereka yang lain terpinga-pinga. Huh? Mabuk cinta? Talita bercinta dengan siapa? Talita tersentak. 'Adui! Dasar mulut tempayan lah kau orang ni!' desis hati Talita, geram. Talita menjegilkan matanya pada Razali. Razali tidak menghiraukan jegilan itu, dia terus-terusan ketawa. Seronok dapat mengenakan Talita.
"Eh! You bercinta dengan siapa? Tak bagitahu kita orang pun kan! Razali dengan Emma je tahu... Apa ni?!" sembur Anne.
"Tulah you ni...Kita orang bukan kawan you ke?" sembur Elly pula, merajuk. Fairuz menepuk-nepuk perlahan bahu Razali. Razali memandangnya dengan tawa yang masih bersisa.
"Apa?"
"Weyh dia couple dengan siapa? Macam mana kau tahu? Bila dia couple? Aku tak tahu pun! Kau orang dah tau tapi tak bagitahu kita orang kan!" sembur Fairuz bertalu-talu.
"Hey hey lek lah! Kau ni kenapa over sangat! Asal? Kau syok dekat dia ke?" seloroh Razali.
"Eee kau ni ubah topik pula! Jawab lah! Aku hempuk kau karang!" tempik Fairuz. Razali ketawa kecil lalu membisikkan sesuatu. Fairuz mendengarnya dengan teliti. Kemudian mereka berdua ketawa besar lalu bertepuk-tampar antara satu sama lain. Mereka yang lain terpinga-pinga. Belum sempat Talita disergah lagi dengan soalan yang bertalu-talu, Cikgu subjek pagi itu masuk. Talita mengeluh perlahan. Dia lega. 'Fuh! Nasib cikgu masuk tepat pada masanya! Memang maut habis soalan dia orang ni,' bisik hati Talita sambil tergelak kecil.

Selepas pulang sahaja dari sekolah, dia terus merebahkan badan di atas katil empuknya. 'Gembiranya... Yess! Kejap lagi keluar dengan Hakimi...,' bisik hati bahagia Talita. Kemudian dia bersiap-siap untuk keluar bersama Hakimi. Dia mengatur langkah untuk mandi dan kemudian menunggu azan asar berkumandang. Solat zohor sudah dia tunaikan di sekolah sebelum pulang. Hakimi menjemputnya pada pukul 5 petang.

Ketukan bertalu-talu di bilik Talita.
"Talita, sayang! Hakimi dah sampai! Awak tu dah siap ke belum?"
Pintu dikuak laju dari dalam.
"Dah mama!" sahut Talita sambil mendepakan lengannya. Talita memakai Alexa printed asymmetrical sleeve dress berwarna biru gelap dan tassel earrings. Rambut perangnya dilepaskan. Dia menyolek mukanya dengan nude make up.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Erniy tersenyum panjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Erniy tersenyum panjang. Dia gembira anaknya sudah sembuh seperti sedia kala. Dia risau jika Talita masih trauma akibat dibuli lagi. Puan Erniy bersyukur kerana Hakimi sentiasa ada untuk memantau keadaan Talita. Puan Erniy dan Encik Shamel berkenan sangat-sangat dengan Hakimi. Hakimi seorang lelaki yang baik, peramah, bertanggungjawab, ringan tulang dan tidak kurang segaknya juga.

"Hakimi, jaga anak aunty tu elok-elok ye! Jangan bagi dia pulang dengan kesedihan! Aunty nak dia balik dengan wajah gembira tahap dewa dia tu! Hahahahah," nasihat Puan Erniy sambil berseloroh. Hakimi ketawa geli hati mendengar seloroh Puan Erniy manakala Talita sudah malu-malu kucing.
"Baik, aunty! Jangan risau! Saya akan jaga bidadari sebelah ni baik-baik ya," Puan Erniy tersenyum lalu mengangguk-angguk. Talita malu lalu dia mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan mamanya. Pandai tutup malu ye! Berlaga-laga pipilah anak-beranak ni.
"Jangan balik lewat! Nanti bising monster besar tu!" pesan Puan Erniy dengan selorohnya yang tidak
habis-habis itu. Mereka ketawa geli hati.
"Okay ma! Ish, kalau papa dengar tu... Mau meletup telinga mama dengar ngauman garang dia!" seloroh Talita pula. Seloroh, ketawa, seloroh, ketawa... Ish tak habis-habis dia orang ni! Mereka meminta izin untuk berlalu pergi. Kedua-duanya memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Hakimi memandu dengan tenang. Suasana di dalam kereta sunyi buat seketika. Ya, Hakimi yang memandu. Hakimi sudah mengambil lesen memandunya pada akhir tahun lepas. "Whose car is this? Is it yours?" soal Talita terkejut. Dia baru perasan akan perkara itu.
"Heh? Baru perasan ke wak?" sindir Hakimi sambil ketawa kecil. Talita mendengus kecil. Dia merajuk.
"Alalala merajuk pula my angel ni!" pujuk Hakimi lalu mencuit manja dagu Talita. Talita terpujuk hanya dengan satu cuitan manja Hakimi. Dia rasa bahagia. Ya, memang mereka tiada apa-apa hubungan. Tetapi mereka seperti pasangan bercinta.
"My angel? Euww! Siapa angel awak?" Talita berpura-pura seperti tiada
apa-apa berlaku. Hakimi hanya tersenyum simpul. 'You are, Talita! You will be my angel! Not much longer!' jawab Hakimi dalam hati.

Cinta Satu DekadWhere stories live. Discover now