23 - kakak Qhalif punya

Start from the beginning
                                    

"Hai , semua." tegur Adelia kepada ahli keluarganya. Fariz terdiam.

"Kakak !" Qhalif segera berlari mendapatkan Adelia. Tubuh Adelia dipeluknya erat. Adelia tergelak kecil melihat gelagat adiknya yang seorang.

"Kamu kawan Adelia ?" suara Puteri Kasih membuatkan Fariz menggigil ketakutan.

"Yes , mom. Dia kawan Lia." jawab Adelia bagi pihak Fariz.

"Lia yang ajak dia. Mom, kesiankan lah kawan Lia. Jangan lah takutkan dia." kata Adelia apabila perasan yang Putera Wafiq dan Puteri Kasih merenung ke arah Fariz.

"Kawan ? Berapa lama dah kawan ?" soal Putera Wafiq.

"Pa , Fariz kawan Lia. Kami hanya kawan dan tak lebih dari tu. Kan , Fariz ?" soal Adelia.

"Ya , tuanku." laju sahaja Fariz menjawab. Adelia rasa kesian pula mengheret Fariz sekali. "Fariz , duduk lah. Berapa lama lagi nak berdiri kat situ ?" soal Adelia apabila dia sudah mengambil tempat di sebelah adiknya Laila.

"Duduk lah sini." Adelia menunjukan kerusi yang kosong di sebelahnya. Fariz mengangguk sebelum dia mengambil tempat di sebelah Adelia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selesai makan malam , Putera Wafiq dan Puteri Kasih terlebih dahulu meninggalkan dewan makan. Sengaja mereka memberi peluang kepada anak-anak untuk berbual sesama mereka.

Hazreeq memandang Fariz yang berada di sebelah Adelia dengan renungan tajam. Tidak selesa Fariz dibuatnya , bukan dia tak perasan tapi daripada tadi lagi Putera itu merenungnya.

"Hazreeq." tegur Adelia.

"Jangan mimpilah kau boleh dapat kakak aku sebab dia dah ada abang ipar aku yang berkali-kali ganda lagi bagus dari kau." kata Hazreeq pada Fariz. Dia perasan lirikan mata Fariz pada Adelia. Dia perasan semua tu ! Dia tahu lelaki itu suka kakak dia.

"Hazreeq ! Fariz ni lagi tua dari Hazreeq , jaga bahasa. Tak malu ke putera bersikap kebudakan di hadapan rakyat biasa ?" soal Adelia.

Dia memandang ke arah Fariz yang terkejut dengan kata-kata Hazreeq. "Sorry tau Riz." ucap Adelia pada Fariz. "Tak apa." balas Fariz.

"Riz !? Akak panggil abang Syariff nerd sedangkan abang Syariff berjuta kali handsome dari dia." kata Hazreeq dengan tidak percaya. Hazreeq terus melangkah keluar dari dewan makan.

Adelia melepaskan keluhan berat. "Sorry , Riz. Adik aku memang macam tu. Dia pantang kalau ada yang menggugat kedudukan bakal abang ipar dia." terang Adelia.

Laila memandang ke arah kakaknya. "Kakak , Laila rasa abang mengadu dekat abang Syariff." kata Laila.

Adelia menoleh ke arah adiknya. "Kakak pun rasa macam tu." balas Adelia. "Laila tahu kakak hanya sayang abang Syariff seorang je. Betul tak kak Lia ?" soal Laila.

Tersenyum Adelia mendengar kata-kata Laila. "Pandai , Laila." puji Adelia.

Fariz yang mendengar kata-kata Adelia merasakan hatinya hancur berkecai. Tetapi bila fikirkan semula , dia memang tak layak untuk bersama Adelia. Kehidupan mereka berbeza bagai langit dan bumi.

"Kak Lia , kak Lia. Antara abang Syariff dengan Qhalif mana kak Lia lagi sayang ?" soal Qhalif , dia berlari ke arah Adelia. Terus dia duduk atas riba Adelia.

"Tak ada soalan lain ke Qhalif ?" soal Adelia pada adiknya yang berusia 6 tahun sekarang ni.

Qhalif menggeleng.

"Mestilah Qhalif." kata Adelia. Dia mencium pipi si comel itu dengan geram. Terkekek-kekek Qhalif ketawa.

Fariz tersentuh melihat perilaku keibuan Adelia. Kalau lah perempuan ini bakal isterinya , dialah lelaki paling bahagia.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now